Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 29 November 2016

Khasiat, manfaat, faedah dan kelebihan bawang putih

Selain dari baunya yang mungkin kurang menyenangkan sesetengah orang, bawang putih ternyata mempunyai pelbagai manfaat, kelebihan, faedah serta khasiat tersendiri.

Bawang putih diketahui sangat popular digunakan dalam masakan oleh pelbagai bangsa di dunia ini. Harga bawang putih ternyata relatif tinggi atau mahal berbanding bawang merah atau bawang besar.

Khasiat, manfaat, faedah dan kelebihan bawang putih
Bawang putih yang banyak khasiat

Dibawah ini di senaraikan beberapa kelebihan, khasiat, faedah dan manfaat bawang putih dalam kehidupan masa kini. Kegunaan bawang putih boleh dikategorikan kepada beberapa aspek :

1 Aspek kesihatan

1.1 Dapat mengurangkan, menyembuhkan atau melambatkan demam dan selsema.
1.2 Berkhasiat melawan kanser kerana kadar antioksidan yang tinggi.
1.3 Melancarkan peredaran darah
1.4 Dapat mencegah masalah pembekuan darah
1.5 Mengekalkan stamina
1.6 Membantu menurunkan berat badan
1.7 Membantu mencegah hipertensi
1.8 Mengandungi vitamin dan mineral yang bertindak sebagai anti-kanser, anti-virus, anti-racun
1.9 Membantu menurunkan darah tinggi, mengurangkan gula dalam darah
1.10 Rendah kalori dan kaya nutrisi
1.11 Dapat mengawal kolesterol jahat
1.12 Membantu mencegah penyakit saraf
1.13 Dapat digunakan untuk mengurangkan sakit gigi
1.14 Meningkatkan metabolisma badan
1.15 Mencegah kerosakan hati
1.16 Mengurangkan risiko sakit jantung


2. Aspek kecantikan

2.1 Bawang putih berkesan untuk kecantikan kulit
2.2 Menyuburkan rambut
2.3 Menghilangkan ketuat dan panau
2.4 Anti kelemumur
2.5 Anti penuaan
2.6 Mengurangi uban
2.7 Mencantik dan menguatkan kuku

Pendek kata , memang banyak manfaat dan kelebihan bawang putih
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

Sabtu, 26 November 2016

Morfologi : Serai

Bagaimana struktur dan bentuk ( morfologi ) bagi tanaman herba serai. Berikut adalah morfologi ringkas dan asas tanaman serai.

1. Akar

morfologi akar pokok serai
Akar serai
Di bahagian akar serai terdapat rizom yang berfungsi sebagai cara serai membiak. Akar serai berwarna putih dan tumbuh di sekitar rizom.

2. Perdu

morfologi perdu pokok serai
Perdu serai
 Perdu serai ialah bahagian yang menyambungkan akar dan batang serai.

3. Batang


Batang serai ialah bahagian yang digunakan dalam masakan. Batang serai ditutupi oleh daun serai. Batang dan daun serai mempunyai warna yang sama iaitu kehijauan.

4. Daun

morfologi daun pokok serai
Daun serai
Daun serai berbentuk panjang dan lurus, berwarna kehijauan. Daun serai bila dipotong mengeluarkan bau yang tidak disukai oleh serangga.

5. Pucuk

6. Bunga

Pendek kata, morfologi serai senang untuk diingati
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

Jumaat, 25 November 2016

Morfologi : Kailan

Bagaimana bentuk dan struktur atau lebih dikenali sebagai MORFOLOGI bagi pokok kailan. Kailan antara sayuran berdaun yang popular. Morfologi kailan berbeza mengikut varieti.

1. Akar

morfologi akar pokok kailan
Akar pokok kailan
 Akar kailan berwarna putih, tunjang berserabut.

2. Perdu

morfologi perdu pokok kailan
Perdu pokok kailan
Perdu adalah bahagian yang menyambungkan antara akar dan batang kailan. Kadang- kadang terdapatnya cabang tambahan kepada pokok kailan.

3. Batang

morfologi batang pokok kailan
Batang kailan
Batang kailan mempunyai warna hijau lembut seperti warna daun kailan. Di bahagian batang tumbuhnya daun kailan.

4. Daun

morfologi daun pokok kailan
Daun kailan
Bergantung kepada species atau jenis, ada daun kailan seperti diatas hijau dan bujur.

5. Pucuk

6. Bunga

morfologi bunga pokok kailan
Bunga kailan

Bunga kailan berwarna putih dan berkelopak kecil.

7. Buah

8. Biji

Pendek kata, macam-macam jenis dan bentuk yang ada
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

Khamis, 24 November 2016

Morfologi : Kangkung Darat

Apakah MORFOLOGI asas ( struktur dan bentuk ) kangkung darat atau kangkung cabut. Di bawah adalah morfologi kangkung darat secara ringkas.

1. Akar

2. Perdu

kangkung
Perdu kangkung
Perdu kangkung ialah bahagian diantara akar dan batang pokok kangkung. Di perdu kangkung kelihatan akar pada buku pokok kangkung. Terdapat cabang tambahan di perdu pokok kangkung tetapi tidak pada semua pokok kangkung.


3. Batang

kangkung
Batang kangkung

Batang kangkung ialah bahagian yang menyambungkan perdu dan pucuk pokok kangkung. Di bahagian batang kangkung terdapatnya buku dan ruas. Di bahagian bukulah terdapatnya daun kangkung. 

4. Daun

kangkung
Daun kangkung
Daun kangkung berwarna hijau gelap dan berbentuk tirus seperti mata panah dengan urat daun jelas kelihatan.

5. Pucuk 

morfologi pucuk sayur kangkung darat
Pucuk kangkung darat


5. Sulur 

kangkung
Sulur pokok kangkung

Sulur pokok kangkung terhasil setelah umur pokok kangkung melebihi 4 minggu tanpa di cabut atau tuai. Sulur akan menjalar atau melilit apa sahaja bahan yang dijumpai. Pertumbuhan sulur kangkung sangat cepat.

6. Bunga


7. Buah



8. Biji


Pendek kata, setiap tumbuhan mempunyai struktur dan bentuk yang tersendiri
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

Rabu, 23 November 2016

Kebun Tepi Rumah (KTR) : Kemaskini 21 Nov 16

Berkebun atau bercucuk tanam di KTR ini memerlukan penjagaan dimana masa perlu diluangkan walau hanya sebentar. Ini untuk memastikan kita mengetahui perkembangan sayur-sayuran dan tanaman lain di halaman rumah.

1. Pokok Delima
Artikel tentang pokok delima di KTR di sini

Delima
Musim hujan memberikan pucuk2 baru

2. Pokok Kelapa
Artikel tentang pokok kelapa di sini

Kelapa
Pokok kelapa diluar pagar KTR
Kelapa
Satu lagi pokok kelapa di luar pagar

3. Pokok Durian Belanda
Artikel tentang Durian Belanda di sini

Durian Belanda
Durian Belanda ni nampak makin sihat

4. Pokok Limau Kasturi
Artikel berkaitan Limau Kasturi di sini

Limau Kasturi
Pokok Limau Kasturi sedang lebat berbuah

5. Serai
Artikel tentang serai di sini

Serai
Barisan serai yang kembali berdaun selepas di potong

6. Limau Nipis
Cerita limau nipis di sini

Limau Nipis
Limau nipis semakin galak berdaun baru

7. Pisang
Cerita pisang di sini

Pisang
Anak pisang pemberian jiran

8. Cabai
Tentang cabai di sini

Tanam Cili
Penyakit berasal dari tanah yang bermasalsh

9. Malberi
Coretan tentang malberi di sini

Malberi
Pokok malberi yang semakin sihat
10. Betik
Perkongsian berkenaan betik di sini

Betik
Anak betik berpucuk baru

11. Ceri
Artikel tentang ceri di sini

Ceri
Nampak tunas-tunas baru keluar, berjayakah ?
12. Kangkung Darat
Kisah kangkung darat di sini

Jom Tanam Kangkung Darat
Kangkung darat sudah mula menjalar
Tanam Kangkung Darat
Anak kangkung dari projek hidroponik tapis yang gagal

Tanam Kangkung Darat
Lagi anak kangkung dalam polibeg
13. Tebu
Artikel tentang tebu di sini
Tebu
Dari sebatang tebu matang kepada 18 tunas baru


Pendek kata, kalau djaga insyaAllah akan berhasil
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

Selasa, 22 November 2016

Kebun Tepi Rumah (KTR) : Cara Menyuburkan Tanah di Halaman Rumah

Tanah di halaman rumah terutamanya Taman-taman Perumahan kebiasaannya sangat kurang subur. Hanya pokok berizom seperti lalang dan rumput rumpai yang mampu tumbuh dengan baik.

Cara Menyuburkan Tanah di Halaman Rumah
Cabaran berkebun di tanah liat

Bergantung kepada jenis tanah, biasanya tanah di halaman rumah di taman perumahan adalah dari jenis tanah liat. Ini kerana tanah tambak diambil dari bukit-bukit yang digondolkan. Kalau mendapat tanah bukit jenis "top soil" memang untung kerana tanah ini biasanya mempunyai banyak humus.

Selain itu adalah tanah merah yang agak subur, manakala sebahagian besar adalah tanah liat yang padat, keras bila kena panas matahari dan melekit bila kena air.

Jadi, bagaimana untuk menyuburkan tanah liat seperti ini ? Ada beberapa tindakan yang boleh diambil bergantung kepada perancangan awal penggunaan tanah di halaman rumah.

1. Jika hanya ingin menanam rumput hiasan, tanah ini sudah tiada masalah besar, cuma segala sisa projek perumahan yang kelihatan terutama bagi rumah baru, perlulah di buang.

2. Jika ingin berkebun samada kebun sayur, bunga, herba atau buah tetapi menggunakan pasu, bekas terpakai, tong, polibeg dan sebagainya tanpa batas atau tanpa tanam terus di tanah pun tiada masalah.

3. Jika mahu menyimen halaman rumah dan membuat kebun fertigasi pun tiada masalah.

4. Masalah akan timbul bila mahu membuat kebun konvensional ( tanam atas batas atau tanam atas tanah ).

4.1 Jika hanya mahu menanam pokok besar seperti mempelam, kelapa, rambutan dan sebagainya, kita bolehlah mengorek tanah mengikut jenis tanaman ( kedalaman dan kelebaran lubang tanam ) dan mengganti dengan tanah subur ( campuran kompos, tanah loam, sisa kandang ), dan bolehlah ditanam, disiram, dibaja seperti sepatutnya.

4.2 Jika mahu menanam pokok herba seperti serai, kunyit, lengkuas dan sebagainya pun bolehlah digemburkan tanah tersebut dan dicampur dengan tanah subur dan bolehlah ditanam. Tidak perlu digali terlalu dalam dan tanah perlulah sentiasa lembab.

4.3 Kalau mahu membuat batas menggunakan tanah yg sama maka perlulah tanah tersebut di gembur dan dibuang segala bendasing yang ada dan dicampur dengan tanah subur, dan buatlah batas seperti mana yang dikehendaki.

4.4 Biasakan menggunakan bahan-bahan organik sebagai baja, racun perosak, penggalak tanaman ( plant booster ), kompos, air siraman tanpa klorin dan sebagainya. Bahan-bahan organik akan menyihatkan dan menyuburkan tanah pada jangkamasa panjang.

5. Satu perkara yang penting untuk menyuburkan tanah adalah air. Tanah yang mempunyai cukup air lama kelamaan akan menjadi subur dan boleh digunakan sebagai top soil seadanya. Dan jika ditambah baja maka tanah ini bolehlah ditanam dengan apa-apa pokok.

Pendek kata, kalau diusahakan pasti berjaya
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

Isnin, 21 November 2016

Jom Tanam Sayur - Eksperimen Tanam Taugeh Yang Gagal

Taugeh sepatutnya senang di tanam, tetapi kaedah yg betul perlu dipelajari. Kalau tidak akan jadi seperti ini.

Eksperimen Tanam Taugeh Yang Gagal
Taugeh kacang hijau

Ada beberapa jenis mesin menanam taugeh automatik di pasaran yang boleh dibeli jika berminat menanam taugeh sendiri dirumah.

Pendek kata, ilmu perlu dicari
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

Ahad, 20 November 2016

Jom Tanam Sayur - Tata Letak ( Layout ) Kebun Tepi Rumah

Tata letak atau Layout kebun memainkan peranan penting kpd aktiviti perkebunan bandar. Tata letak yg betul akan menjadikan kebun lebih cantik, kemas, senang diurus serta selamat. Tata letak bergantung kpd perancangan awal aktiviti perkebunan.


1. Jenis kebun samada kebun sayur, kebun herba, kebun bunga atau kebun buah atau gabungan antaranya.

2. Jumlah tanaman akan menentukan terutamanya sistem penyiraman dan pembajaan.

3. Tempat tanam samada menggunakan batas, pasu, polibeg, kotak polisterine, batas timbun ( raised bed ) dan sebagainya.

4. Masa mengurus tanaman amat berkait dgn kesuburan dan kekemasan kebun.

Pendek kata, cuba dulu secara mudah dan kecil2an
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

Jom Tanam Sayur - Kolam Tanah Liat

Sekarang ini musim hujan, bulan sebelas. Kalau kat Jepun, Korea dan sewaktu dgnnya dah nak masuk musim sejuk agaknya. Bila hujan turun dgn banyak, air paip tak akan kena catu insyaAllah. Banyak kebaikannya hujan ni. Bila hujan Kebun Tepi Rumah (KTR) akan menjadi lembab dan tepu dgn air.

Kolam Tanah Liat
Kolam tanah liat yang digunakan semula airnya untuk penyiraman sayuran

Ada satu batas yg di korek utk membuang sisa projek perumahan kini menjadi kolam tanah liat. Sejak  mula musim hujan, airnya hampir tak pernah kering. Yg bagusnya air kolam tanah liat ini dapat digunakan semula utk menyiram sayuran yg ada di KTR.

Tanah liat diketahui kaya dgn nutrien, jadi sebagai teori, air dari kolam tanah liat sepatutnya dpt menyuburkan tanaman. Kalau benar ini yg berlaku, maka penggunaan baja dapat dikurangkan, sekaligus dpt mengurangkan kos perkebunan.

Pendek kata, segala yg Allah Taala jadikan memang tidak sia2
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

Jumaat, 18 November 2016

Jom Tanam Sayur - Pengurusan Kewangan Aktiviti Kebun Bandar

Pengurusan kewangan ( PK ) dalam apa2 aktiviti pun amat penting untuk dipraktikkan. Tujuan PK utk memastikan transaksi keluar masuk tunai memenuhi kehendak asas aktiviti perkebunan iaitu menjimatkan kos.

jom tanam sayur


Perbandingan belanjawan sblm dan ssdh aktiviti perkebunan sepatutnya dapat diadakan .Aktiviti perkebunan sepatutnya dpt menjimatkan kos dgn menggunakan alatan asas yg boleh digunapakai semula. Selain itu kos pembelian biji benih, baja, kompos, polibeg, penyiram dll mestilah direkodkan sebagai aset kpd aktiviti perkebunan bandar.

Pendek kata, untung rugi mestilah dipastikan dlm setiap aktiviti perkebunan
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

Jom Tanam Sayur - Kacang Panjang

Kacang panjang antara sayuran jenis kekacang yg popular samada di masak atau dibuat ulam. Kacang panjang boleh dituai selepas 45 hari. Kacang panjang boleh terus di tanam dibatas atau disemai terlebih dahulu. Junjung atau para diperlukan utk kacang panjang menjalar.

Kacang Panjang
19.11.16 : Drpd 5 hanya 1 yg tumbuh
anak pokok kacang panjang
3.12.16 pindahkan ke polibeg 14 x 14
anak pokok kacang panjang dalam polibeg
Siap, semoga berjaya

28.1.17 : Sudah berbunga dan berbuah
10.2.17 : Semakin banyak yang sudah dituai




Pendek kata, biar kacang panjang menjalar di pagar pun ok
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

Jom Tanam Bunga - Bunga Raya

Bunga raya adalah bunga kebangsaan negara Malaysia. Ianya mempunyai beberapa species yg biasanya dikenali melalui bentuk bunganya. Cara pembiakan amat mudah dgn menggunakan keratan batangnya. Warna bunganya juga pelbagai ada merah, kuning , putih, oren dan sebagainya.

Bunga Raya
Satu jenis bunga raya
Bunga Raya
Bunga sudah mekar

Pendek kata, kalau pokok durian boleh tanam macam ni kan bagus

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2