Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 2 Januari 2017

D.I.Y : NutriPot Ringkas Untuk Bendi

Kemaskini 11.2.17

Untuk cili, terung, bendi, tomato, kekacang dan sebagainya perlu menggunakan bekas tanaman sekurang-kurangnya bersaiz 2 gelen serta takung air 4-5 liter untuk mengelakkan pokok tumbang bila ditiup angin kuat serta menjarakkan proses penyiraman. Baldi saiz 1 gelen boleh digunakan untuk sayuran berdaun.

-----------------------+-----------------------------------

Untuk tanaman cili dan terung boleh menggunakan baldi saiz 1 gelen, manakala untuk bendi, tomato dan sebagainya memerlukan baldi atau bekas lebih besar kerana faktor ketinggian pokok yang lebih tinggi dari cili atau terung dan mempunyai akar yang lebih panjang ke bawah.


Bekas tanaman lebih besar bermaksud takung air lebih besar yang bermakna kuantiti air simpanan lebih banyak. Jadi jumlah penyiraman akan makin jarang di buat. Bagusnya kerana masa yang diperuntukkan untuk menyiram boleh digunakan untuk membelek pokok dan menambah koleksi tanaman lain.

Pendek kata, lagi besar takung air, lagi lambat air habis
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

2 ulasan: