Video Terbaru @JomTanamSayur

Ahad, 10 Disember 2017

Pasu Pintar ( Smart Pot ) - Bahagian 3 : Dan Sayur Kangkung

Sebagai teori, sepatutnya kangkung tiada masalah dengan Pasu Pintar ( Smart Pot ) di bawah. Ini kerana sifat kangkung yang sukakan tanah yang berkelembapan tinggi.

Tanah yang digunakan mestilah jangan terlalu padat atau terlalu longgar. Walaupun kangkung tidak terlalu cerewet tentang tanah tetapi kadar tumbesaran kangkung mestilah semaksima mungkin.

Kangkung amat sensitif kepada kekurangan air, oleh itu tanah perlulah sentiasa lembab. Penggunaan baja yang berkualiti juga menghambat kadar tumbesaran kangkung. Tanah yang mempunyai banyak bahan kompos sangat sesuai untuk tumbesaran kangkung.

Menggunakan tanah berkompos daun dan rumput, setiap baldi disemai sebanyak 12 biji benih kangkung jenama Gardenic.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan