Video Terbaru @JomTanamSayur

Ahad, 11 Mac 2018

Blog Sebagai Jurnal Berkebun

Tujuan utama jurnal / catatan berkebun adalah sebagai rujukan dan juga penambahbaikan untuk sesi penanaman seterusnya.


Antara yang patut ada ialah lokasi penanaman, cara penanaman, tarikh ( semaian, pembajaan, penuaian ), senarai benih  yang ada, pemerhatian dari segi penyakit, perosak, keperluan air, baja dan sebagainya termasuk perancangan aktiviti seharian, mingguan atau bulanan dan seterusnya.

Jurnal Berkebun atau Catatan Berkebun boleh dibuat samada melalui tulisan di dalam buku2 atau tulisan dalam blog.

Teknologi internet dan telefon pintar masa kini lebih memudahkan jurnal berkebun dibuat melalui platfom blog.

Kemudahan blog percuma seperti blogspot.com tanpa perlu " renew domain name ", tanpa had data / bandwith lagi2 memudahkan pekebun menulis jurnal perkebunan menggunakan blog. Dalam berkebun, penggunaan gambar2 dan imej lebih memberi kesan kepada pembaca selain dari penulisan yang padat tetapi ringkas.

Blog juga memudahkan penyimpanan data, gambar dan sebagainya dibawah status " draft ", atau boleh disimpan terus ke awan / " cloud ".

Penggunaan buku sebagai jurnal boleh tersalah letak, hilang, basah dan sebagainya. Penulisan yang berkualiti sepatutnya boleh dikongsi dengan ramai pembaca mengikut "niche" tertentu.

Dengan menulis di blog juga kita dapat mengetahui apakah informasi yang dicari oleh pembaca berdasarkan jumlah lawatan, komen, " keyword search" dan sebagainya.

Dari sini seorang pekebun dapat menghasilkan buku fizikal sendiri sebagai salah satu sumbangan kepada generasi seterusnya.

Selamat berkebun dan berblog.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan