Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 28 Mei 2018

Tuaian Tembikai Kebun Menegak

Alhamdulillah sebiji tembikai yang ditanam di kebun menegak telah berjaya dituai, buah isi merah, segar dan berbau mengiurkan di bulan puasa ini.

Semaian pada 1.3.18 iaitu hampir 3 bulan lepas.










Tuaian Tomato Ceri

Tuaian tomato ceri yang kurang menjadi





Sabtu, 26 Mei 2018

Kursus Teknikal Pertanian Jangka Pendek Untuk Kumpulan Sasar

Kepada yang berminat untuk mengikuti Kursus Teknikal Pertanian Jangka Pendek Untuk Kumpulan Sasar 2018 boleh layari laman web di sini.

Kursus ini anjuran Jabatan dan Agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.




Jumaat, 25 Mei 2018

Tuaian Tebu

Tuaian tebu yang sudah matang di tepi pagar. Alangkah bagusnya kalau ada mesin tebu mini kan !








Isnin, 21 Mei 2018

Jom Sambung Belajar - Buat Blog Baru

Untuk memudahkan kajian / penyelidikan tentang Program dan Kursus2 Bacelor Sains Hortikultur UPM, satu blog khusus iaitu bacelorsainshortikultur.blogspot.com telah di buat.

Segala info berkaitan Program dan Kursus2 Bacelor Sains Hortikultur UPM akan di kemaskini di blog tersebut.

Malangnya demi keselamatan dan privacy, blog tersebut terpaksa di 'private' kan, yang bermaksud tiada orang lain boleh tengok kecuali empunya blog.


Khamis, 17 Mei 2018

Kemas Batas Terung dan Kacang Kelisa

2 pokok terung telunjuk yang berumur 1 thn 3 bln ( semaian pada 29.1.17 ) atas batas sudah kurang buahnya. Cantasan / pruning dibuat untuk melihat samada tunas2 baru boleh tumbuh dan menghasilkan buah2 baru.

2 pokok kacang kelisa yg tua telah di bersihkan dan dijadikan bahan kompos. 5 anak pokok kacang kelisa sebagai ganti.

Rumput rumpai yang subur, dulu kalau tengok keadaan macam ni rasa nak simen je laman rumah ni. Nasib baik belum buat kalau tak pening pula nak menghijaukan halaman rumah ni.





Komposter Jaring Ringkas Penuh kali-3

Semakin banyak sisa2 tanaman dikebun, semakin cepat komposter jaring penuh


Rabu, 16 Mei 2018

Jom Sambung Belajar - Pengenalan

Habis Dip. Kej. Pertanian UPM tahun 1992. Sudah lebih kurang 26 tahun tetiba rasa nak sambung belajar balik.

Kursus apa ? InsyaAllah dah plan nak ambik Bacelor Sains Hortikultur UPM.

Sebab apa ? Sebab hortikultur adalah berkenaan pertanian / perkebunan lebih tepat.

Bila ? InsyaAllah dalam jangkamasa lagi 3 tahun lagi.

Kenapa 3 tahun, bukan sekarang ? Boleh guna duit EPF, tak payah hutang PTPTN. Dalam masa 3 tahun boleh study dahulu subjek2 terlibat. Tak adalah nanti terkejut. Anak2 pun dah besarkan.

Dorongan ? Diri sendiri untuk menambah ilmu perkebunan / pertanian secara lebih mendalam dan sistematik.

Target / matlamat ? Habiskan kursus dalam masa 4 tahun.

Kemudian ? Gunakan ilmu untuk kepuasan diri dalam berkebun. Mungkin juga boleh menjadi tenaga pengajar, sapa tahu !

Perancangan lain ? Buka perniagaan berkaitan perkebunan cth. nurseri, ladang sayur, ternakan dan sebagainya.

Sambung lagi Master / PhD ? InsyaAllah panjang umur boleh cuba, apa salahnya.










Selasa, 15 Mei 2018

Masalah Pokok Cili Api

Pokok cili api sistem hidroponik sumbu ada sedikit masalah iaitu daun kekuningan dan gugur setelah pokok makin besar. Mungkin bacaan EC larutan baja ada masalah.