Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 30 Jun 2018

Peta Minda - Bac. Sains Hortikultur UPM

Untuk memahami Program Bacelor Sains Hortikultur UPM dengan lebih baik, beberapa peta minda boleh di buat dengan tujuan :

1. Memudahkan kefahaman berkenaan kursus2 semasa dibawah Program Bacelor Sains Hortikultur kendalian UPM :
1.1 Kursus Universiti
1.2 Kursus Teras
1.3 Kursus Elektif Fakulti Pertanian
1.4 Kursus Elektif Fakulti Lain
1.5 Kursus Bahasa Inggeris
1.6 Dan lain2 keperluan bergraduat

2. Jam kredit yang perlu di urus dengan baik untuk mengelakkan terlebih atau terkurang beban pembelajaran pada sesuatu semester.

3. Peta minda sangat bagus sebagai persediaan awal pelajaran di universiti kerana kaedah pembelajaran universiti yang berbeza dari matrikulasi, asasi dan sekolah. Bagi yang menyambung dari peringkat diploma mungkin tiada masalah namun penggunaan peta minda memang di sarankan.

4. Peta minda boleh dibuat secara ringkas atau padat bergantung kepada individu. Yang penting peta minda biarlah membantu untuk lebih memudahkan pembelajaran

5. Peta minda boleh digunakan untuk pelbagai perkara, tidak semestinya untuk pembelajaran di universiti atau sekolah sahaja. Sebagai contoh, peta minda juga boleh di buat untuk salasilah keluarga dimana untuk setiap peta minda mewakili 3 generasi secara asas.












Isnin, 25 Jun 2018

Merumput Kebun Bandar 1

Aktiviti lepas raya ni adalah mengemas kebun bandar terutama merumput.






Setawar @ Bryophyllum daigremontianum

Kelebihan Bryophyllum daigremontianum (  KalanchoĆ« daigremontiana ) atau Setawar kerana kaedah pembiakannya paling mudah dari tunas daun selain biji benih dan keratan batang.






Khamis, 21 Jun 2018

Rabu, 20 Jun 2018

Pokok Sireh

Sepokok sireh dalam pasu sudah mula menjalar dan perlu dibuat pancang





Isnin, 18 Jun 2018

Kebun Bandar Taman Perumahan 1

Contoh kebun bandar di taman perumahan. Halaman rumah lot tepi yang agak luas dan di buat batas2 kecil. Antara tanaman yang ada ialah ubi kayu, serai, terung, ubi keledek, cili, kacang, halia, jagung, keladi, kangkung, kunyit, pisang dll serta pokok bunga dan buah2an.

Taman perumahan yang telah lama akan mempunyai tanah atas yang agak subur dan boleh digunakan untuk tanaman jangka masa pendek, malah boleh juga cuba untuk tanaman yang lebih besar.









Ahad, 17 Jun 2018

Kebun Kampung Kuala Pilah

Sempena Aidilfitri 1439H, giliran balik kampung di Kuala Pilah, sempat mengambil beberapa gambar sebagai motivasi.

















Khamis, 14 Jun 2018

Mangga Chokanan Sudah Berbunga

Alhamdulillah setelah lama merajuk ( 1.5 tahun ) kerana telah di pangkas secara keterlaluan, akhirnya mangga chokanan di halaman depan rumah sudah berbunga walau hanya 1 ranting