Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 28 September 2018

Tanam Ubi Keledek Kuning

Batas timbun baru no.2 telah ditanam dengan keratan batang ubi keledek kuning di bahagian hujung batas.

Di bahagian tengah antara 2 pokok terung telunjuk adalah ubi keledek putih.

Batas timbun dengan penghadang membolehkan penggunaan maksimum tempat menanam

 Sungkupan dari bahan berasaskan kertas

Boleh ditanam hingga ketepi penghadang / dinding batas

Khamis, 27 September 2018

Rabu, 26 September 2018

Batas Timbun Baru - 3 Minggu Kemudian

Setelah 3 minggu, kangkung sudah boleh dituai ( kangkung juga boleh dituai sebagai kangkung muda / baby kangkung / micro green )

Kangkung sebagai tanaman ujian kerana senang hidup walaupun ditanah yang masih belum subur sepenuhnya

Kangkung juga jarang diserang perosak dan penyakit jika cepat dituai

Daunnya masih belum berkembang dengan lebar sepenuhnya

Rumput dan rumpai jarang2 kelihatan oleh kerana tanah ditutup dengan sungkupan

Kadar pertumbuhan agak perlahan namun sekata / seragam

Isnin, 24 September 2018

Batas Timbun Baru No.2 - 2

Saiz batas timbun baru no.2 ialah 3 kaki lebar x 10 kaki panjang x 12 inci tinggi dari tanah asal

Papan lapis tidak akan tahan lama bila terkena hujan dan panas

Papan dari palet atau dinding rumah juga sesuai untuk dijadikan penghadang / dinding batas timbun

Jarak antara 2 batas timbun ialah 2 kaki untuk memudahkan kerja menguruskan kebun

Batas timbun dengan dinding / penghadang memberikan lebih keluasan untuk menanam per kaki persegi

Hampir siap, perlukan penambahan tanah dan kompos

Tanah di bahagian laluan akan ditambah untuk di samaratakan dengan tanah asal

Batas no.1 kurang +/- 2 kaki dari batas no.2

Sabtu, 22 September 2018

Batas Timbun Baru No.2 - 1

Batas timbun baru untuk batas terung telunjuk sedia ada di perbuat dari almari lama

Papan dari bahagian almari lama adalah dari papan lapis, berat tetapi akan cepat hancur

Senang untuk dipisahkan jika tahu caranya

Batas timbun tanpa penghadang / dinding akan lebih cepat kering dan tanahnya mudah dilarikan hujan lebat

Keluasan kawasan menanam akan bertambah dengan adanya dinding / penghadang

Rabu, 19 September 2018

Batas Timbun Baru - 2 Minggu Kemudian

Batas timbun baru yang disemai dengan biji benih kangkung sebagai tanaman ujian telah berumur 2 minggu.

Anak kangkung semakin membesar, siraman air baja nasi telah dibuat.

Baja NPK hijau 15:15:15 juga telah ditabur manakala sungkupan dari potongan kotak, kertas suratkhabar dan bekas telur serta bekas minuman juga telah ditambah.

Tujuan utama dari semua aktiviti ini ialah untuk menyuburkan tanah supaya tanaman seterusnya dapat tumbuh dengan mudah, subur dan memberikan hasil yang sepatutnya ... insyaAllah

Untuk lebih cepat percambahan kangkung, biji benih perlu direndam, dibuang yang tidak bernas dan ditanam terus

Ada sedikit rumput dan anak ulam raja yang tumbuh tetapi dengan mudah dapat dicabut dan diletakkan kembali sebagai kompos

Batas timbun yang tidak dipijak menghasilkan tanah yang longgar dan sesuai untuk sistem pengakaran tanaman bergerak mencari air dan nutrien

Batas timbun dengan penghadang memudahkan proses meletakkan sungkupan, menabur baja, menyiram, merumput dan sebagainya

Isnin, 17 September 2018

Pokok Bangun Bangun @ Plectranthus amboinicus

Pokok bangun-bangun atau bebangun atau hati-hati hijau atau pokok ubat batuk aka Plectranthus amboinicus

Sejenis herba wangi, berangin dan boleh dimakan

Pucuk boleh dibuat ulam dan ubat tradisional

Rasa manis dan sedikit berlemak pedas

Jumaat, 14 September 2018

Kotak Kertas Sebagai Sungkupan

Kotak kertas yang dipotong kecil2 dapat di jadikan bahan kompos dan sungkupan

Potongan kotak kertas

Potongan kotak kertas dan kertas suratkhabar

Bekas telur dan bekas letak minuman juga sesuai di potong dan dijadikan sungkupan dan bahan kompos

Campuran bahan2 diatas yang telah dipotong.