Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 3 September 2018

Membina Batas Timbun Baru - 3

Akhirnya batas timbun aka raised bed yang jadi adalah 3 kaki lebar x 8 kaki panjang x 10 inci tinggi ( dari tanah asal )

Antara bucu hujung batas timbun dengan pagar paling dekat ada 5 kaki ( 3 kaki untuk batas dan 2 kaki untuk laluan )

Tanah di letakkan pada bahagian tepi papan penghadang untuk menutup lubang yang ada

Antara bahan kompos yang digunakan adalah kulit buah2an yang di peram

Kompos daun2, rumput rumpai, sisa kebun serta sisa dapur turut digunakan sebagai bahan kompos

Bahan2 kompos ditabur merata dan disiram sehingga lembab

Tanah pula dimasukkan dan diratakan

Bahan2 kompos diselang selikan dengan tanah, disiram dan diulang sehingga penuh batas timbun

Banyak juga tanah dan bahan kompos yang di perlukan

2 ulasan: