Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 10 Januari 2019

Keburukan Dan Kebaikan Penggunaan Baja Kimia

Penggunaan baja kimia yang mengikut spesifikasi / aturan / prosedur yang telah ditetapkan akan mendatangkan hasil yang setimpal.

Tetapi penggunaan baja kimia yang sembarangan hanya memburukkan keadaan alam sekitar dan ekonomi pekebun.


 
Kebaikan penggunaan baja kimia :

1. Mudah didapati dan kandungan nutrien yang lengkap
2. Murah terutama jika dibeli dalam kuantiti besar
3. Mempercepatkan tumbesaran tanaman
4. Boleh di formulasikan mengikut kehendak pengguna / pasaran
5. Mudah digaul, larut dan meresap dalam tanah
6. Terdapat dalam bentuk butiran, cecair dan hablur
7. Baja foliar boleh disembur terus ke daun
8. Formulasi nutrien yang tinggi untuk kurangkan kos pembuatan, penyimpanan dan pengangkutan
9. Nutrien dalam bentuk sedia untuk digunakan oleh tanaman
10. Memudahkan pengurusan jadual pembajaan tanaman mengikut jenis baja dan peringkat tumbesaran
11. Sesetengah baja boleh dicampurkan dengan racun kulat / serangga dan diberi serentak
12. Boleh dibeli secara dalam talian dan memudahkan urusan pekebun



Keburukan penggunaan baja kimia :

1. Tidak mesra alam sekitar
2. Merosakkan tekstur dan pH tanah
3. Penggunaan berlebihan boleh membunuh organisma dalam tanah
4. Nutrien mudah hilang diudara terutama baja butiran yang ditabur atas tanah
5. Boleh berlaku larian nutrien bila hujan lebat
6. Boleh membahayakan tanaman jika bersentuh
7. Lebihan baja boleh meningkatkan keasidan tanah dan mengurangkan kesuburan tanah
8. Merosakkan tanaman jika berlebihan atau salah penggunaan 
9. Pencemaran air bawah tanah dan sungai
10. Pencemaran sumber makanan
11. Mempunyai tarikh luput / expired date
12. Pembuatan, penyimpanan dan pelupusan pada skala besar memberikan kesan kepada hidupan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan