Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 16 Mei 2019

Adanya Batas Timbun, Apa Perlunya Komposter ?

Batas timbun aka raised bed dengan penghadang / dinding dapat digunakan sebagai tempat menanam kompos sisa dapur. Oleh kerana tanah batas timbun berkeadaan longgar kerana tidak dipijak maka proses mengorek dan meletakkan sisa dapur menjadi lebih mudah.

Ianya juga dapat digunakan sebagai tempat buangan sisa kebun. Hanya perlu di racik kecil2 untuk memudahkan proses pereputan. Hampir kesemua sisa kebun dapat digunakan sebagai sungkupan atau bahan kompos yang ditanam.

Batas timbun aka raised bed dengan penghadang / dinding juga dapat dijadikan tempat cacing tanah membiak. Cacing tanah akan menghasilkan baja tahi cacing aka vermicompost yang sangat baik untuk tanaman dan tanah.

Ianya juga dapat digunakan untuk melupus air basuhan beras, ikan, air rebusan ulaman dll. Selain menyuburkan tanah, kita juga dapat jimat air.

Dengan mengurangkan tempat untuk komposter, kita dapat menambah tempat untuk batas timbun, bermakna lebih tempat untuk tanaman kita. Bermakna lebih banyak jenis tanaman dapat ditanam.

Batas timbun boleh di gunakan pelbagai tujuan

Komposter jaring ringkas yang sudah jarang digunakan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan