Video Terbaru @JomTanamSayur

Ahad, 23 Jun 2019

Tanam Serai Di Batas Timbun

Empat batang serai telah ditanam di batas timbun no.1 menggunakan secara anggaran kaedah kebun kaki persegi ( square foot garden ).

Rumpun serai yang hampir habis dituai akan digunakan sebagai benih untuk tanaman dibatas timbun

Serai yang telah dicabut perlu dikemaskan dan dipotong daunnya dan akar berlebihan mensisakan sedikit akar untuk merangsang pertumbuhan serai

Ukuran anggaran sahaja, kalau nak lebih tepat, boleh gunakan tali sebagai pembahagi batas timbun

Kailan telah dituai untuk memberi laluan kepada serai pula. Lubang digali lebih kurang 2 inci atau sekadar cukup menutupi perdu serai

Serai siap ditanam diempat penjuru tengah batas timbun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan