Video Terbaru @JomTanamSayur

Ahad, 13 Oktober 2019

Kerengga vs Koya ( Mealybugs )

Kawalan biologi menggunakan kerengga untuk menjaga kualiti dan meningkatkan kuantiti terutama pokok buah2an lebih berkesan berbanding menggunakan racun kimia yang akan menghapuskan semua serangga termasuk serangga baik. Menggunakan racun organik memerlukan lebih kerja terutama serangga2 seperti koya ( mealybugs ) yang melekat agak kuat pada dahan, ranting, putik dll bahagian pokok terutama pokok buah2an yang lebih besar dan tinggi.

Contoh terbaik ialah kerengga yang boleh digunakan untuk mengawal populasi koya ( mealybugs ). Pokok durian belanda dan limau kasturi tepi pagar yang ada kerengga lebih terjaga. Walaupun ada koya dan mungkin juga perosak lain tetapi semuanya dalam kawalan dengan adanya kerengga, alhamdulillah.

Koya ( mealybugs ) akan menghisap cairan / sap dari bahagian2 pokok yang akhirnya akan membantutkan / merosakkan dan boleh memusnahkan keseluruhan pokok. Peranan kerengga pula untuk memantau keseluruhan pokok dan memakan serangga perosak termasuk koya ( mealybugs). Koya ( mealybugs ) yang sudah mati akan jatuh / tertanggal dan meninggalkan kesan putih pada bahagian pokok berkenaan.

Kerengga amat gemar pada kebanyakan pokok untuk membuat sarang, membina koloni baru, mendapatkan makanan serta perlindungan. Sarang kerengga dibuat dengan menenun beberapa helai daun yang disambungkan. Sebab itu mungkin kerengga dinamakan weaver ant dalam Bahasa Inggeris.

Adakah kerengga juga boleh digunakan untuk kawalan biologi tanaman2 lain seperti sayuran ? Perlukan kajian lebih mendalam terutama cara2 kawalan keatas kerengga itu sendiri.

Pokok durian belanda dan limau kasturi tepi pagar

 Pokok limau kasturi yang berbunga lebat

Daun pokok durian belanda yang baik terjaga

 Kerengga di pokok durian belanda

Kerengga dan koya ( mealybugs ) pada pokok durian belanda

Kerengga berselerak  di antara daun2 durian belanda

Kerengga dan koya ( mealybugs ) pada pokok durian belanda

Kesan2 keputihan yang ditinggalkan oleh koya ( mealybugs )

Kerengga di tanah mencari dan mengangkut makanan


 Seekor kerengga
Seekor kerengga yang merupakan satu sel dari superorganisma koloni kerengga

Kerengga bekerjasama mengusung bangkai serangga mati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan