Video Terbaru @JomTanamSayur

Ahad, 29 Disember 2019

Perancangan blog JomTanamSayur ( JTS ) untuk 2020

Alhamdulillah dan InsyaAllah tahun masihi 2019 akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Semoga kita semua lebih dewasa dengan ujian dan nikmat Allah swt hendaknya.

Batas timbun tanpa dinding

 Batas timbun berdinding

Semaian benih menggunakan takung & baja hidroponik

Sistem aquaponik yang lengkap ( murrayhallam.com )

Antara perancangan untuk tahun 2020 adalah untuk :

1. tambah baik sistem batas timbun
2. sistem semaian benih menggunakan takung hidroponik / baja hidroponik
3. melihat kesesuaian sistem akuakultur dimana air sisa tinja ikan / sisa makanan ikan sebagai air baja batas timbun.
4. beberapa ujikaji / percubaan akan terus dibuat untuk tambah baik kebun dan sistem perkebunan

Semoga terus mendapat kejayaan dan keberkatan dari Allah swt hendaknya. Aamiin ya rabbal alamiin.

Selasa, 24 Disember 2019

Sungkupan dari Pelepah / Daun Kelapa

Pelepah / daun kelapa juga boleh dipotong dan dijadikan sungkupan / bahan kompos.

Banyak kegunaan pelepah / daun kelapa, termasuk bidang perkebunan sebagai sungkupan / bahan kompos batas timbun

Sebelum sungkupan / bahan kompos dari pelepah / daun kelapa diletakkan di batas timbun

Setelah di letakkan sungkupan / bahan kompos dari pelepah / daun kelapa. Selepas ini perlu ditambah tanah dan sungkupan / bahan kompos lagi sehingga penuh batas timbun

Sabtu, 21 Disember 2019

Circadian Cycle ( Jam Biologi ) Tanaman

Cahaya memainkan peranan penting untuk pertumbuhan tanaman. Tetapi apa yang berlaku kepada tanaman bila hari malam ?

Tanaman membesar menggunakan tenaga dari gula / glukosa yang terhasil dari proses fotosintesis yang perlukan cahaya, air dan udara ( karbon dioksida ). Cahaya adalah penting untuk fotosintesis dan tanpa cahaya, fotosintesis menjadi tidak lengkap.


Tanaman bernafas 24 jam sehari, dengan atau tanpa cahaya. Tanaman akan bernafas dan menggunakan oksigen dan gula / glukosa yang dihasilkan oleh proses fotosintesis untuk menghasilkan karbohidrat yang tanaman perlukan untuk tumbesaran.

Namun begitu oksigen yang digunakan oleh tanaman untuk bernafas amat sedikit berbanding oksigen yang dihasilkan semasa proses fotosintesis.

Oleh itu, samada siang atau malam, tanaman akan tetap membesar ( mungkin lebih pada waktu malam ) kerana kurangnya aktiviti2 yang melibatkan cahaya ? Tumbesaran tanaman 24 jam sehari adalah mengikut konsep " Circadian Cycles / Rhythms " iaitu jam biologi yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT - pencipta semua makhluk. 

SubhanAllah - Maha Suci Allah.




Selasa, 17 Disember 2019

Sistem Siraman Guna Longkang Tepi Rumah

Antara fungsi2 longkang tepi rumah adalah :

1. membuang lebihan air terutama air hujan ke longkang besar
2. tanda sempadan dengan jiran sebelah
3. sebagai tempat menanam dengan meletakkan media tanam seperti tanah
4. sebagai kolam ikan dengan membuat hadangan air
5. siraman auto bila hujan dan semi auto bila tidak hujan kepada tanaman




Khamis, 12 Disember 2019

Batas Timbun Sebagai Tong Sampah Organik

Sampah sarap terdiri dari pelbagai barangan samada yang boleh dikitar semula atau tidak. Barangan yang boleh dikitar semula juga ada yang organik dan ada yang bukan organik. Bahan2 organik boleh dijadikan bahan tambahan tanah dibatas timbun.

Bahan2 organik ini ada yang perlu ditanam seperti sisa dapur, sisa pasar dll dan ada yang boleh diletakkan sahaja dibatas timbun seperti daun2 kering / hijau dll.

Batas timbun perlu dibuat dinding / penghadang untuk mengelakkan larian air, tanah, nutrien, sungkupan dan sebagainya.

Antara kebaikan menjadikan batas timbun sebagai tong sampah organik ialah :
1. kita menolong mengurangkan lambakan sampah di tapak pelupusan sampah yang diketahui semakin padat dan mencemar alam sekitar.
2. kita menolong organisma tanah menyuburkan tanah dan akibatnya tanaman juga boleh menjadi lebih subur dan sihat.
3. menjimatkan kos pembajaan dll







Rabu, 11 Disember 2019

Organisma Tanah

Keseimbangan organisma tanah ( antara organisma berfaedah vs organisma perosak / penyakit ) amat penting untuk tanaman / tumbuhan hidup, membesar dan memberikan hasil kepada manusia dan hidupan diatas tanah.

Malahan dalam kelompok organisma yang sama juga perlu adanya keseimbangan yang baik. Ada sebahagian organisma akan menjadi organisma jahat manakala sebahagian yang lain akan menjadi organisma baik.

Kita perlu pastikan populasi organisma baik lebih banyak dari populasi organisma jahat dalam tanah. Jika pun adanya serangan penyakit bawaan organisma tanah, ianya akan berada pada tahap minima / terkawal.

Kalau keadaan tidak sesuai, kemungkinan organisma baik pada asalnya boleh bertukar menjadi organisma perosak / penyakit. Misalnya keadaan tanah yang kurang sempurna atau teruk. Perubahan suhu tanah, turun naik pH tanah, kandungan oksigen dalam tanah, kelembapan tanah, penggunaan bahan kimia dan sebagainya.

Kalau keadaan tanah sesuai untuk penyakit, maka penyakit akan merebak. Kalau keadaan tanah sesuai untuk pertumbuhan, maka tumbuhan akan tumbuh dengan baik.



Organisma tanah ada yang perlukan oksigen, ada yang tidak perlukan oksigen atau boleh kedua2nya.

Hubungan antara tanaman dan tanaman yang lain, tanaman dengan organisma tanah dan hubungan sesama organisma tanah boleh menjadi sangat ringkas atau sangat rumit.

Secara ringkas, organisma tanah terbahagi kepada :

1. Flora ( tumbuhan )

1.1 Makroflora
1.1.1 Akar tanaman
1.1.2 Kulat
1.1.3 Lumut
1.1.4 Mikoriza
1.1.5 dan lain2 lagi

1.2 Mikroflora
1.2.1 Bakteria
- agrobacterium, arthobactor, bacillus, alcaligens, clostridium, corynebacterium dll.
1.2.2 Virus
- bacteriophages, eukaryotic dll.
1.2.3 Aktinomaicitis
1.2.4 Alga
1.2.5 Fungi
1.2.6 dan lain2 lagi

2. Fauna ( haiwan )

2.1 Makrofauna
2.1.1 Cacing
2.1.2 Ulat gonggok
2.1.3 Lipan
2.1.4 Semut
2.1.5 Ulat
2.1.6 Anai2
2.1.7 Siput
2.1.8 Lintah bulan
2.1.9 dan lain2 lagi

2.2 Mikrofauna
2.2.1 Protozoa
2.2.2 Nematod
2.2.3 Rotifera
2.2.4 dan lain2 lagi

Sebetulnya masih banyak rahsia alam tanah yang belum diketahui manusia termasuk organisma didalamnya.

Antara fungsi2 penting organisma tanah ialah :
1. membantu proses pengomposan / pereputan / penguraian bahan2 organik
2. membantu menyuburkan / menggembur tanah / elakkan larian nutrien
3. membantu akar mendapatkan nutrien, air dan sebagainya
4. kitaran nitrogen dan kitaran karbon
5. hubungan simbiosis antara akar tanaman dan organisma
6. kawalan pH tanah, mengurangkan jangkitan penyakit
7. mengikat nitrogen di udara
8. menjaga kesihatan, kesuburan tanah serta keseimbangan alam
9. dan lain2 lagi

Ahad, 8 Disember 2019

Contoh Blog Spammer

Diambil dari ruang komen blog Tuan Iskandar @ tanamsendiri.com

Spammer blog macam virus yang merosakkan tanaman. Bila spammer dah jumpa blog kita, ianya akan menyerang tanpa henti.

Walaupun berbagai cara tapisan dibuat tetapi spammer tetap bersemangat untuk spam blog kita.

Ruang komen dibuka untuk interaksi antara admin dan pelawat samada bertukar pendapat, bertanya dan sebagainya.

Apabila ada banyak komen berbentuk spam, blog kita akan jadi macam blog sampah ....

Akhirnya, untuk tidak memeningkan kepala untuk memadam komen2 spam, ruang komen mungkin terpaksa ditutup.









Selasa, 3 Disember 2019

Laraskan Batas Timbun Pokok Kantan

Pelarasan ( adjustment ) dibuat supaya selari dengan batas timbun yang lain. Apabila bahan2 sungkupan dialihkan, kelihatan bahan sungkupan yang terdahulu sudah menghitam dan mereput. Bahan2 organik yang sudah mereput akan diurai oleh organisma tanah menjadi nutrien2 yang dapat diguna kembali oleh tanaman.

Walaupun sungkupan lambat mereput menjadi kompos dan lambat terurai menjadi humus, ianya akan bertahan lama dan membekalkan nutrien secara berterusan selagi penambahan sungkupan dibuat.

Akar2 pokok kantan yang sihat berwarna putih dan berselerak di serata batas timbun untuk mendapatkan keperluan nutrien, air, udara dll untuk tumbesaran pokok.



Akar2 putih