Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 18 Februari 2020

Pertanian Terpelihara ( Conservation Agriculture )

1. Mampan, lestari, unggul, memelihara, kekal, alami, tetap = Conservation ?
    - conservation  = memelihara ?

2. Apakah istilah Bahasa Melayu yang betul merujuk kepada Conservation Agriculture ?


3. Apa2 pun Pertanian Terpelihara ( Conservation Agriculture ) mempunyai 3 prinsip asas :

3.1 kerja tanah / gangguan tanah yang minima ( minimum tillage / soil disturbance )
3.1.1 dapat elakkan hakisan tanah oleh air atau angin
3.1.2 penjimatan kos pada jangkamasa panjang ( minyak, masa, buruh, air dll )
3.1.3 meningkatkan kesuburan tanah & pegangan air tanah ( kelembapan )
3.1.4 peningkatan bahan organik tanah ( soil organic matter )
3.1.5 peningkatan hasil dalam masa sama pengurangan penggunaan baja kimia
3.1.6 sistem tanam terus dapat di amalkan

3.2 sungkupan tanah sentiasa tersedia dari bahan pertanian /  sisa pertanian ( permanent soil cover with crop residues & live mulches )
3.2.1 dapat elakkan hakisan tanah oleh air atau angin
3.2.2 menghalang pertumbuhan rumput rumpai yang tidak perlu
3.2.3 menambahbaik kitaran nutrien tanah
3.2.4 menambahbaik kadar bahan organik dan pengurusan karbon

3.3 penggiliran & tanaman selingan ( crop rotation & intercropping )
3.3.1 jenis tanaman berlainan mempunyai kedalaman akar yg berlainan yg berfungsi untuk nutrien, air, udara, simbiosis dll pada kedalaman berbeza tanah
3.3.2 jenis tanaman berlainan juga mempunyai perosak dan penyakit yang berbeza
3.3.3 jenis tanaman berlainan juga memperbaiki struktur tanah

Pertanian Terpelihara ( Conservation Agriculture ) dapat diamalkan diseluruh dunia dengan sedikit pengubahsuaian bergantung kepada geografi dan iklim.


Isnin, 10 Februari 2020

Laman Dapur @ Masjid UPM

Sempat menjenguk laman dapur @ Masjid UPM semasa singgah solat dua hari lepas. Ada pokok bunga, herba, sayuran dll. Ditanam dalam pasu, beg poli dan batas timbun. Tataletak ( layout ) yang menarik. Semoga menjadi inspirasi kepada pengunjung Masjid UPM.












Sabtu, 8 Februari 2020

Balut Buah / Tandan Pisang

Membalut atau membungkus buah / tandan pisang biasanya diamalkan untuk menjaga kualiti buah :

1. elakkan / kurangkan serangan lalat buah
2. elakkan / kurangkan serangan haiwan perosak spt. burung, tupai dll
3. mengurangkan potensi pisang dicuri ?
4. tidak terlepas pandang kerana warna buah pisang muda sama dengan warna daun pisang

Biasanya dibalut menggunakan plastik biru, tetapi bagi pekebun tepi rumah apa yang ada boleh dijadikan pembalut / pembungkus tandan pisang.





Selasa, 4 Februari 2020

Potongan Rumput sebagai Media Semaian / Media Tanam ?

Bolehkah potongan rumput dihalaman rumah dijadikan media semaian atau media tanam ?
Dan jika boleh,  apakah jenis tanaman yang boleh ditanam hanya menggunakan media potongan rumput semata2.

Untuk benih tumbuh memerlukan :
1. media
2. kelembapan / air
3. udara
4. suhu

Untuk anak tanaman membesar memerlukan :
1. media
2. kelembapan / air
3. udara
4. suhu
5. cahaya
6. baja / nutrien

Jadi, adakah potongan rumput dapat memenuhi keperluan diatas ?

Tidak, jika rumput segar digunakan.
Ya, jika menggunakan rumput yang sudah separuh mereput / mereput.

Jadi, apakah aturannya ?

1. letakkan rumput yang baru dipotong kedalam bekas semaian yang dilubangi secukupnya.
2. rumput ini perlu dibasahkan dan dibiarkan kering berulang kali.
3. bolak balikkan / gaulkan rumput tersebut setiap hari supaya mereput sekata
4. bila rumput mulai menghitam / lembut, bermakna semaian benih sudah boleh dibuat.
5. taburkan benih sayuran secara berselerak tidak terlalu banyak.
6. selepas ini hanya perlu kepada siraman halus sahaja setiap hari.
7. letakkan terdedah kepada cahaya tetapi terlindung dari air hujan.
8. fungsi rumput yang mulai mereput sebagai media semaian, baja kepada semaian serta membekalkan kelembapan.
9. rumput2 ini juga boleh diletakkan dalam bekas tanaman sebagai media tanaman dan perlu ditambah dari masa ke semasa.


potongan rumput sudah menghitam

 dari penuh sudah berkurangan

tutup sehingga semaian tumbuh