Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 27 April 2020

Pokok Pisang Rendah Tepi Pagar Pula Berjantung

Tak perasan bila daun seludangnya keluar, tiba2 pagi ini nampak jantungnya dah rebah. Batangnya sekitar 3-4 kaki tinggi sahaja. Pisang rendah, serendah, renek aka Dwarf Cavendish adalah pisang masak hijau berbeza dengan pisang Cavendish yang masak kuning. Bentuk buahnya serupa.

Pisang rendah boleh di jadikan sayur ( buah muda - matang ),  digoreng ( buah matang ), dimakan segar ( buah masak ) dan dibuat cekodok dan kek pisang dll ( buah dah lebih masak / ranum ).




Rabu, 22 April 2020

Pindahkan Anak Pokok Betik ke Batas Timbun

Batas Timbun pokok pisang serendah / rendah / renek yang telah dituai sebelum ini telah di tanam dengan anak pokok betik.

Sisa pokok pisang dipotong dan dijadikan sungkupan batas timbun. Antara 2 pokok betik yang telah ditanam di batas timbun sebelum ini, sepokok telah mati manakala sepokok lagi sudah belajar berbunga.




Jumaat, 17 April 2020

Pisang Serendah Tumbang dan Terpaksa di Tuai

Pokok pisang serendah, rendah, renek a.k.a Dwarf Cavendish telah tumbang dek berat tandan buah dan angin kuat. Terdapat 8 sisir / sikat yang telah berumur lebih kurang 13 minggu dari jantung keluar.

Sisa pokok akan dijadikan bahan kompos dan sungkupan. Manakala lokasi ini akan di tanam dengan pokok betik pula.








Isnin, 13 April 2020

Kacang Panjang Renek Sistem Hidroponik Takung

5 pokok kacang panjang renek dalam sistem hidroponik takung sudah berbunga dan berbuah. Tali digunakan untuk mengelakkan pokok kacang panjang renek daripada rebah.

Adakah sistem hidroponik akan meningkatkan jangkahayat pokok kacang panjang renek ?





Sabtu, 11 April 2020

Ancaman Monyet Liar di Kebun Bandar

Monyet, kera, beruk, lutong antara spesis perosak kebun tak kira kebun kampung atau kebun bandar. Kerosakan besar-besaran terutama pokok buah2an akan mengakibatkan kerugian kepada pekebun.





Ahad, 5 April 2020

Gula Merah ( Jaggery Powder )

Gula merah atau Molases :
- hasil sampingan proses penghasilan gula tebu
- mempunyai trace element, vitamin, tenaga dll
- digunakan dalam sektor makanan, pertanian, ternakan dll




Rabu, 1 April 2020

Kitar Semula Plastik Sisa Berkebun

Sisa dapur, sisa pasar, sisa kebun, sisa kandang antara sisa yang mudah dikitar semula. Sama ada dipotong kecil, di tanam, dibuat kompos atau bahan kompos, sungkupan dan sebagainya.

Yang paling mencabar ialah untuk kitar semula sisa plastik seperti botol yang sudah rosak, reput, beg2 poli yang sudah lama dan koyak, bekas2 semaian plastik lama, pasu2 plastik lama dan banyak lagi plastik di sekeliling kita.

Alangkah bagusnya jika kita mempunyai keupayaan untuk mengitar semula sisa plastik tanpa perlu di buang ke dalam tong sampah.

Dua alat asas yang diperlukan ialah :

1. peracik ( shredder ) - untuk meracik / memotong bahan2 plastik
2. pemampat ( compressor ) - untuk memadatkan bahan plastik sebelum masuk acuan