Video Terbaru @JomTanamSayur

Rabu, 21 Oktober 2020

Kenapa Putik Bunga / Putik Buah Betik Gugur ?

Terdapat 3 jenis pokok betik berpaksikan jenis bunganya :

1. Betik jantan

2. Betik betina

3. Betik dwijantina / hermafrodit

Betik jantan tidak berbuah manakala betik betina dan betik dwijantina / hermafrodit dapat berbuah dengan pendebungaan.

Betik betina perlu kepada pendebungaan silang manakala betik dwijantina dapat berbuah dengan pendebungaan sendiri atau pendebungaan silang.

Agen pendebungaan boleh jadi serangga, angin atau manusia.

Biasanya selepas pendebungaan berjaya, putik buah akan membesar menjadi buah.

Buah betik betina berbeza dari buah betik dwijantina / hermafrodit dari segi bentuk, saiz, rasa dan biji benih yang terbentuk.

Tetapi persoalannya ialah kenapa bunga atau putik betik boleh gugur ?

Antara Penyebab Putik Bunga / Putik Buah Betik Gugur ialah :

1. Pokok belum matang - pokok baru belajar berbunga dan bila berputik, putik akan gugur.

2. Serangga Perosak - bagi pokok yang sudah matang, mungkin ada perosak yang makan bahagian tertentu putik tersebut.

3. Makhluk perosak - tupai, kera dan sebagainya.

4. Cuaca - cuaca yang ekstrem akan mempengaruhi fungsi fisiologi pokok betik.

5. Kekurangan air - tanah yang kering akan membantutkan proses pembungaan / pembuahan.

6. Buah berlebihan - pokok akan berkompromi untuk memastikan sumber yang terhad digunakan sebaiknya.

7. Kesuburan tanah - tanah tidak subur / kurang subur ( padat ) tidak dapat membekalkan keperluan lengkap untuk pokok betik.

8. Kekurangan nutrien / baja - kekurangan nutrien khusus untuk bunga dan buah.

9. Pendebungaan - tiada pendebungaan atau pendebungaan tidak lengkap. Mungkin tiada atau kurangnya agen pendebunga atau tiada pokok pendebunga dikawasan berdekatan.

10. Pangkasan - pangkasan daun dan buah sekunder untuk fokus kepada buah utama.

11. Cara penanaman - penanaman yang padat, tanaman selingan yang tidak sesuai dll.

12. Lokasi penanaman - kawasan berangin kuat mungkin mempengaruhi gugurnya bunga / putik buah betik.


Putik betik dwijantina, perhatikan putiknya yang berbentuk seperti tanduk ...

Pokok betik betina yang baru belajar berbunga ... bunga betina lebih ringkas / mudah ...

Putik betik dan buah betik betina, perhatikan kelompok buah dibahagian bawah. Kemudiannya semua putik gugur dan selepas itu baru putik melekat semula di bahagian atas ...

Semoga bermanfaat dan selamat berkebun ...

#JomTanamSayur

#Betik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan