Pokok lidah mertua jenis silver queen aka Sansevieria trifasciata Silver Queen mempunyai daun yang berwarna hijau lembut.
Sepasu berharga RM15, mempunyai 2 pokok
Tanah nurseri adalah campuran tanah hitam, tanah liat merah / kuning dan kokopeat
Satu pokok induk dan anaknya. Daun yang mula2 keluar lebih hijau berbanding daun yang kemudian
Selamat di-pasukan ( re-potted ) semula untuk dibiakkan
Lidah mertua ( sansevieria ) trifasciata silver queen adalah lidah mertua jenis ke-5 yang berada dalam koleksi jomtanamsayur ... Alhamdulillah
Halaman
▼
Khamis, 31 Januari 2019
Rabu, 30 Januari 2019
Lidah Mertua ( Sansevieria ) Pembiakan Dari Daun
Selain dari kaedah biasa iaitu menggunakan anak daripada akar rizom, pokok lidah mertua aka sansevieria juga boleh dibiakkan menggunakan keratan daun.
Setelah lebih kurang 5 bulan, keratan daun telah membiakkan 3 anak
Pembiakan dari keratan daun biasanya menpunyai anak yang mungkin tidak menyamai induk
Keratan daun menghasilkan akar dan kemudiannya mengeluarkan rizom yang menhasilkan anak
Pembiakan dan tumbesaran pokok lidah mertua memang mengambil masa agak panjang.
Manakala bentuk dan corak pokok yang berbeza serta ketahanannya kepada masalah kekurangan air menjadikan pokok lidah mertua aka sansevieria pokok yang bernilai.

Isnin, 28 Januari 2019
Biji Benih Kacang Kelisa
Biji benih kacang kelisa / kacang botol / kacang botor atau kacang belimbing didapati didalam buah kacang kelisa yang sudah cukup matang / tua.
Bergantung kepada saiz buah kacang kelisa, jumlah biji benihnya berbeza2.
Buah kacang kelisa perlu benar2 kering
Buah yang masih kelihatan kehijauan di tepi2 dianggap belum kering sepenuhnya
Buah yang belum kering sepenuhnya, biji benihnya juga akan kehijauan lagi
Benih yang cukup kering berwarna
kecoklatan
Benih kacang kelisa vs kacang soya
Biji kacang kelisa lebih besar berbanding biji kacang soya

Sabtu, 26 Januari 2019
Jumaat, 25 Januari 2019
Keratan Batang Mangga Epal Batas Timbun
Masih lagi percubaan membiakkan keratan batang mangga epal dengan cara di cucuk ke batas timbun.
Sebanyak 19 keratan telah dibuat.
Percubaan sebelum ini menggunakan mini greenhouse gagal kerana faktor tanah yang kering.
Jika kaedah ini gagal maka kaedah tut jugalah yang akan dilakukan.

Selasa, 22 Januari 2019
Durian Belanda Sudah Berbunga
Setelah lebih 3 tahun akhirnya pokok durian belanda tepi pagar sudah berbunga
Pokok durian belanda tepi pagar, tanah liat yang padat membantutkan pertumbuhan pokok
Putik bunga berwarna hijau kekuningan dan mempunyai 3 kelopak
Adakah kerengga membantu pendebungaan atau merosakkan perkembangan putik buah ?

Jumaat, 18 Januari 2019
Inovasi Dalam Sektor Penanaman Padi
Dari pengalaman dan pemerhatian sebagai anak seorang petani sawah padi, terdapat beberapa kekangan dan masalah dalam industri penanaman padi yang memerlukan perubahan minda masyarakat dan agensi yang terlibat serta inovasi yang boleh dipertimbangkan seperti :
1. Pesawah individu
Masalah :
Samada sebagai pemilik atau penyewa, kebanyakan pesawah adalah golongan tua yang lebih selesa berfikir dan bekerja cara lama. Manakala golongan muda pula lebih mementingkan hasil daripada kualiti.
Inovasi :
Pesawah individu perlu dikelompokkan dan penubuhan koperasi masjid misalnya untuk menguruskan sistem pertanian pada skala lebih besar dan berkesan perlu di usahakan.
2. Pemilikan tanah sawah
Masalah :
Sistem warisan sawah mengecilkan saiz tanah sawah dan mengurangkan produktiviti. Banyak kerja2 yang boleh dilakukan serentak tidak dapat dilaksanakan kerana tiada persefahaman.
Inovasi :
Peranan koperasi masjid misalnya boleh digunakan untuk membantu mengatasi masalah pemilikan tanah ini dengan cara membeli, menyewa atau pajak untuk mengelakkan tanah tidak diusahakan.
3. Tanah sawah yang rosak
Masalah :
Penggunaan jentera penuai yang berat telah merosakkan tekstur dan struktur tanah sawah. Terdapat bahagian2 sawah yang menjadi kolam dan tidak dapat digunakan untuk penanaman padi. Batas2 sawah juga perlu dibaiki setiap kali lepas musim menuai dan menanam.
Inovasi :
Penggunaan jentera sederhana berat dan ringan perlu diperbanyakkan. Termasuklah jentera membajak, menggembur, meratakan tanah, menanam, merumput, meracun, membaja dan menuai.
Batas2 sawah juga perlu di perbaiki dan di buat standart / seragam supaya penggunaan mesin rumput secara tolak boleh dioptimumkan. Mesin ini juga boleh mengumpulkan rumput2 yang dipotong supaya proses kitar semula dapat dibuat secara lebih efisien.
4. Penggunaan berlebihan baja dan racun kimia
Masalah :
Ini adalah kenyataan yang amat memeritkan kepada pesawah. Harga baja dan racun amat mahal dan penggunaan yang tidak mengikut aturan membahayakan kesihatan pesawah pula.
Penggunaan baja dan racun yang pelbagai dan dalam kuantiti yang banyak juga telah mencemarkan sistem pengairan seperti taliair dan parit. Kesan pencemaran menyebabkan kurangkan sumber makanan kepada sistem ekologi sistem sawah padi.
Kurangnya hidupan akuatik di kawasan sawah pula menyebabkan keseimbangan ekologi terganggu dan secara langsung memberi kesan kepada pertumbuhan padi.
Inovasi :
Penggunaan semula bahan2 kitar semula di sekitar sawah perlu dipertingkatkan seperti rumput rumpai, jerami dan sisa sawah supaya kebergantungan kepada penggunaan baja dan racun kimia dapat dikurangkan.
5. Pembaziran sumber kitar semula
Masalah :
Baja yang diberi kepada padi setiap musim menanam dikongsi bersama oleh rumput dan rumpai di sekitar sawah dan dalam sawah sendiri.
Rumput rumpai pula selepas dipotong akan dibiarkan diatas batas, mereput dan menjadi baja kepada generasi rumput rumpai yang seterusnya pula.
Jerami2 padi dibiarkan kering dan dibakar. Walaupun membakar jerami memberikan sedikit sumber karbon kepada tanah tetapi pembazirannya lebih besar termasuk pencemaran alam sekitar.
Inovasi :
Kitar semula bahan2 yang ada bukan sahaja disekitar sawah tetapi juga disekitar kampung2 seperti daun2 kering, tinja haiwan, kayu2 reput dan sebagainya. Jika berdekatan pantai, boleh menggunakan sumber baja dari ikan. Bahan2 ini diolah supaya boleh di gunakan semula sebagai bahan pembetulan tanah atau bahan tambahan tanah sawah.
6. Sistem sokongan pengairan yang lemah atau rosak
Masalah :
Ada kawasan yang hanya mengharapkan air hujan untuk memulakan proses membajak walaupun mempunyai sistem pengairan.Walaupun ada jadual pengairan dibuat tetapi banyak faktor2 lain yang mengurangkan keberkesanan proses memulakan pembajakan ini. Akibatnya banyak sumber air yang dibazirkan dan terus sampai ke sungai atau laut.
Inovasi :
Sistem pemberian air secara pembentungan seperti sistem air paip mungkin boleh di perkenalkan. Ini dapat mengelakkan pencemaran air termasuk kebolehan untuk menyahkan benih2 perosak seperti siput gondang dari masuk ke sistem sawah.
7. Sistem penanaman secara tabur terus
Sistem penanaman secara tabur terus walaupun mudah dan menjimatkan masa tetapi memerlukan tanah sawah yang benar2 rata tanpa sisa2 sawah seperti lebihan jerami dan rumput rumpai untuk mengelakkan padi tidak tumbuh. Ini menyebabkan sisa2 sawah dibersihkan dan dibuang ke atas batas.
Padahal sisa2 sawah ini amat bernilai dengan sumber2 mineral dan baja organik kepada tanaman padi. Akibatnya batas menjadi sangat subur dan rumput rumpai tumbuh dengan mudah dan cepat. Kos memesin rumput amat tinggi kerana faktor batas yang panjang dan pertumbuhan rumput rumpai yang amat cepat.
Rumput rumpai perlu dipotong atau dimesin setiap 2 minggu sekurang-kurangnya untuk menjadikan sawah kemas. Rumput rumpai yang tidak dipotong mengundang berbagai jenis perosak, binatang berbisa, menyusahkan dan membahayakan petani serta merencatkan pemandangan sawah padi.
Sistem tabur terus juga menyebabkan kerja2 merumput dan merumpai dalam sawah padi tidak dapat dibuat secara berkesan kerana gangguan pokok padi yang tumbuh rapat2. Akibatnya rumput rumpai yang tumbuh terus tumbuh subur mencuri baja manakala penggunaan racun juga tidak sampai kepada sasaran.
Inovasi :
Sistem tabur terus perlu diganti dengan penggunaan jentera penanaman berbaris. Ini akan memudahkan penggunaan jentera meracun, merumput, menabur baja dan menuai.
8. Sistem penanaman 2 atau 3 kali setahun
Masalah :
Sistem penanaman intensif menyebabkan tanah tidak sempat 'berehat'. Proses kitar semula bahan2 organik tidak sempat berlaku atau belum sempurna sepenuhnya. Walaupun hasil boleh ditingkatkan tetapi kesan kepada tanah,air dan persekitaran akibat penggunaan jentera, baja dan racun yang kerap amat tidak baik.
Ikan2 dan sahabat pokok padi juga tidak sempat berkembang yang mengurangkan pemangsa kepada perosak dan serangga pokok padi.
Inovasi :
Sistem penanaman intensif perlu diseimbangkan dengan penggunaan bahan2 organik untuk mengelakkan kerosakan berterusan kepada tanah dan alam sekitar.
9, Tanah sawah terbiar
Masalah :
Tanah sawah terbiar boleh berlaku kerana tidak mendapat sokongan air yang cukup, mungkin hanya mengharapkan air hujan. Boleh juga berlaku akibat proses pembangunan kawasan komersial disekitarnya yang menganggu keberkesanan proses bercucuk tanam itu sendiri.
Tanah sawah terbiar juga boleh disebabkan oleh faktor warisan dimana perebutan hakmilik tanah sawah menyebabkan kerja2 penanaman padi terganggu.
Inovasi :
Tanah sawah terbiar boleh digunakan untuk tanaman yang kurang menggunakan air, hanya bergantung kepada air hujan atau sebagai tempat penyediaan bahan2 organik untuk pertanian dan sebagainya. Penukaran fungsi tanaman ini perlulah mendapat sokongan agensi berkaitan untuk mengelakkan masalah undang2.
10. Penggunaan jentera yang tidak menyeluruh
Masalah:
Penggunaan jentera yang tidak menyeluruh atau kekurangan jentera dan pekerja menyebabkan kerja2 sawah berjalan lambat, tidak sekata serta tidak seragam. Ini akan menyebabkan jadual penanaman akan terganggu yang akan memberi kesan kepada proses2 seterusnya.
Inovasi :
Pengumpulan modal secara crowd funding oleh ahli2 kariah masjid dalam bentuk koperasi membolehkan modal di gunakan untuk menambahbaik sistem pertanian di sekitar kawasan mukim masjid.
11. Pengenalan tanaman sokongan di kawasan sawah
Masalah :
Serangan perosak secara besar2an memang tidak dapat dielakkan kerana sistem pertanian padi yang terbuka.
Inovasi :
Selain dari penggunaan burung hantu dan penanaman bunga2 tertentu, pengenalan tanaman tertentu juga perlu misalnya kacang hijau diantara musim padi. Di samping itu petak sawah khas untuk penanaman sayur2an mungkin boleh di perkenalkan. Tujuannya untuk mengitar semula sisa2 sawah serta sebagai tempat penyediaan kompos dan bahan2 tambahan tanah sawah yang boleh digunakan pada musim seterusnya.
Petak khas ini juga dapat digunakan sebagai tempat pemerhatian, kajian dan sebagainya.
12. Penglibatan broker aka orang tengah
Masalah :
Harga padi, jentera serta sokongan kewangan dari broker boleh menjerat pesawah kepada masalah hutang yang tidak berkesudahan jika tidak dikawal.
Inovasi :
Penubuhan koperasi masjid perlu digalakkan supaya nasib pesawah dapat lebih terbela. Biarlah koperasi masjid menjadi syarikat yang menjalankan kerja2 pengurusan manakala pesawah2 pula bekerja sebagai staff2 sepenuh masa atau separuh masa.
Akhirnya hasil yang diperolehi akan dikembalikan kepada pesawah dalam bentuk hasil padi, juga dalam bentuk gaji, dividen, bonus, insuran dan sebagainya.

Khamis, 17 Januari 2019
Menimbun Pokok Serai
Menimbun atau memupuk pokok adalah satu kaedah tradisional untuk menyuburkan tanah dan tanaman dengan cara :
1. Meronggakan tanah
2. Menegapkan tanaman
3. Melambatkan pengeringan tanah
4. Menutup baja
5. Membuang rumput rumpai
1. Meronggakan tanah
2. Menegapkan tanaman
3. Melambatkan pengeringan tanah
4. Menutup baja
5. Membuang rumput rumpai
Rabu, 16 Januari 2019
Batas Timbun No.1 Terkini
Batas timbun dengan dinding penghadang no.1 yang di tanam dengan kangkung akan di kemaskan dan di tanam semula.
2 pokok cili api sudah berbunga tetapi terdapat serangan afid yang membantutkan penghasilan buah.
Sebelum kemasan dilakukan
16.1.19 : Separuh pokok kangkung telah dipotong hingga ke paras tanah. Akar kangkung dibiarkan mereput dalam tanah untuk membantu mikroorganisma tanah bekerja.
Bahagian sebelah pagar sebelum dikemaskan
Setelah kemasan dilakukan
22.1.19 : Potongan daun mangga kering dan potongan kotak sebagai sungkupan

Kompos Daun Kelapa
Daun dan pelepah kelapa biasanya dibakar untuk selesaikan masalah. Tetapi bagi pekebun dengan minda ' berkebun tanpa pembaziran ' aka zero waste gardening, segalanya boleh di kitar semula.
Pelepah dan daun kelapa juga boleh dipotong kecil2 dan dijadikan bahan kompos.
Pelepah kelapa yang di potong menjadikan pokok kelapa lebih kemas
Pokok kelapa dikenali sebagai pokok serba guna
Bila sudah dipotong, masalah sudah selesai dan mendapat bahan untuk ' penambahan tanah ' atau soil additives

Selasa, 15 Januari 2019
Tuaian Serai
Serai yang berusia hampir setahun, sudah tua dan banyak yang sudah buruk, mengecut dan kering.
Sebaiknya serai tak perlu banyak rumpun untuk kegunaan dapur sendiri, memadai 2 rumpun tetapi perlu diulang tanam setiap 3-4 bulan untuk kesinambungan hasil.

Isnin, 14 Januari 2019
Lubang Sokongan Air
Musim kemarau memerlukan lubang sokongan air dibuat bagi membantu pokok :
1. Mendapatkan air yang sepatutnya
2. Mengurangkan kehilangan air permukaan
3. Sebagai lubang pembajaan
4. Boleh juga sebagai lubang kompos sisa dapur
Menggunakan penggali dengan kedalaman lubang 10 inci. Lebih dalam lebih bagus
Air, air baja, baja butiran boleh dimasukkan ke dalam lubang. Dapat mengelakkan larian baja dan juga pembajaan tepat ke akar pokok
Memberi manfaat kepada 3 jenis pokok sekaligus

Ahad, 13 Januari 2019
Antara Kebaikan Pokok Ceri
Pokok ceri yang semakin membesar membantu :
1. Meronggakan tanah
2. Memberi naungan
3. Menyuburkan tanah
4. Daun2 kering sebagai bahan baja
5. Mengurangkan rumput rumpai
Pokok pisang semakin subur selepas pokok ceri membesar
Tanah liat memberikan cabaran untuk berkebun

Jumaat, 11 Januari 2019
Bayam Merah @ Amaranthus sp.
Sepokok bayam dibatas timbun no. 3 sudah matang dan berbunga untuk dijadikan biji benih. Bayam termasuk dalam kategori sayuran. Terdapat 2 jenis bayam utama yang dimakan iaitu bayam hijau dan bayam merah.
Bayam adalah dari keluarga Amaranthaceae. Bayam kaya dengan vitamin A,B dan C dan zat galian seperti zat besi (Fe), fosforus (P), kalium (K), mangan (Mn) dan zink (Zn) dll.

Khamis, 10 Januari 2019
Keburukan Dan Kebaikan Penggunaan Baja Kimia
Penggunaan baja kimia yang mengikut spesifikasi / aturan / prosedur yang telah ditetapkan akan mendatangkan hasil yang setimpal.
Tetapi penggunaan baja kimia yang sembarangan hanya memburukkan keadaan alam sekitar dan ekonomi pekebun.

Selasa, 8 Januari 2019
Isnin, 7 Januari 2019
18 Unsur Pemakanan Tanaman
Secara asasnya terdapat 18 unsur2 pemakanan yang diperlukan oleh tanaman atau tumbuhan untuk hidup dan membesar dengan sihat iaitu unsur utama, unsur sekunder, unsur surih dan unsur alami.
Unsur Utama ( Makro ) :
Baja kimia NPK adalah sumber paling cepat untuk membekalkan unsur2 Nitrogen, Fosforus dan Kalium kepada tanaman.

Sabtu, 5 Januari 2019
Baja Dan Pengkelasan Baja
Baja adalah bahan2 yang mengandungi unsur pemakanan kepada tanaman. Penggunaan baja yang tepat mengurangkan kos pengeluaran, mengelakkan pembaziran dan menyihatkan tanaman. Kandungan nutrien dan cara pelepasan nutrien berbeza antara jenama baja.
Manakala Bahan Pembetulan Tanah ( soil amendment ), Pelembap Tanah ( soil conditioner ) dan Bahan Tambahan Tanah ( soil additives ) adalah bahan2 yang menyuburkan tanah dengan cara :
- memperbaiki struktur tanah
- memperbaiki tekstur tanah
- melembapkan tanah
- meneutralkan tanah berasid / beralkali
- menambahkan mikroorganisma dalam tanah
- meningkatkan daya pegangan air tanah
- sesetengahnya sebagai sumber pemakanan tanaman jangka panjang