Tidak kira landskap / seni taman jalan, perumahan, taman awam, pasaraya dan sebagainya, menggunakan kaedah batas timbun untuk menanam pokok2 bunga terutamanya mungkin boleh dipertimbangkan.
Seringkali landskap / seni taman di jalan2 bandaran terutamanya yang ditanam dengan pokok bunga akan ditumbuhi dengan rumput rumpai dan seringkali perlu diracun, dibersihkan, dibaja, disiram, dipangkas dan lain2 kerja yang menggunakan tenaga buruh terutamanya buruh asing.
Rumput2 yang tidak diurus hanya mencacatkan pemandangan
Mahu tidak mahu, kos perlu dikeluarkan untuk penyelenggaraan landskap / seni taman
Apa kata untuk pokok hiasan selain rumput dan yang sejenisnya, pihak yang berkenaan mencuba kaedah batas timbun. Ianya menjimatkan banyak kos yang boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih memerlukan.
Struktur binaan landskap / seni taman yang ada sudah menyerupai batas timbun berdinding yang biasa dibuat menggunakan batu bata dan ditambah tanah didalamnya. Apa yang kurang hanyalah penggunaan sungkupan. Mungkin pakar2 landskap / seni taman seMalaysia boleh fikirkan cara dan jenis sungkupan yang sesuai untuk penggunaan di landskap seluruh Malaysia.
Halaman
▼
Ahad, 30 Jun 2019
Ahad, 23 Jun 2019
Tanam Serai Di Batas Timbun
Empat batang serai telah ditanam di batas timbun no.1 menggunakan secara anggaran kaedah kebun kaki persegi ( square foot garden ).
Rumpun serai yang hampir habis dituai akan digunakan sebagai benih untuk tanaman dibatas timbun
Serai yang telah dicabut perlu dikemaskan dan dipotong daunnya dan akar berlebihan mensisakan sedikit akar untuk merangsang pertumbuhan serai
Ukuran anggaran sahaja, kalau nak lebih tepat, boleh gunakan tali sebagai pembahagi batas timbun
Kailan telah dituai untuk memberi laluan kepada serai pula. Lubang digali lebih kurang 2 inci atau sekadar cukup menutupi perdu serai
Serai siap ditanam diempat penjuru tengah batas timbun

Jumaat, 21 Jun 2019
Panduan Membuat Blog Terbaik Dan Percuma Dengan Blogger.com
Pengenalan :
1. Panduan ini untuk newbie sahaja
2. Panduan ini untuk blog bukan perniagaan
3. Panduan ini untuk blogger yang serius sahaja
4. Panduan ini menggunakan servis dari google group sahaja ( gmail, blogspot dll )
Kenapa Perlu Kepada Blog :
1. Blog adalah unik dari segi jenama, tidak ada blog yang sama domain boleh didaftarkan melainkan untuk tld / extension yang berbeza
2. Blog adalah unik dari segi kawalan kandungan, layout, iklan dan sebagainya, walaupun begitu ada blog percuma yang mempunyai ruang iklan yang telah ditetapkan oleh pengendali
3. Blog adalah pusat / center kepada maklumat yang anda ingin kongsikan manakala media sosial lain sebagai tarikan supaya pengunjung melayari blog anda
4. Blog lebih mesra enjin carian terutama jika anda mempunyai kandungan yang berkualiti
5. Blog adalah tempat simpanan maklumat dan data yang lebih baik dan kurang gangguan terutama jenis iklan yang boleh dikawal
6. Anda mempunyai kawalan hampir sepenuhnya keatas blog anda dari segi kandungan, komentar, design dan sebagainya
Perbezaan Antara Domain Percuma Dan Berbayar :
1. Hosting :
1.1 Domain percuma terhad kepada pengendali seperti google ( blogger.com ), wordpress.com dan lain2 pengendali domain / hosting percuma
1.2 Domain berbayar bergantung kepada populariti nama domain, jenis sambungan ( tld ), domain umum atau domain khas dll
2. Bayaran :
2.1 Domain percuma tidak perlu bayaran
2.2 Domain berbayar bermula dari beberapa puluh ringgit hingga ribu riban
3. Tarikh luput :
3.1 Domain percuma tiada tarikh luput / expired date
3.2. Domain berbayar biasanya perlu di perbaharui setiap tahun atau beberapa tahun terpulang anda
Perbezaan Antara Blog Percuma Dan Berbayar :
1. Nama domain :
1.1 Blog percuma mempunyai sambungan / extension pengendali blog tersebut cth. namadomain.blogspot.com dimana blogspot ( blogger ) adalah pengendali blog tersebut
1.2 Blog berbayar, nama domain sendiri dengan sambungan .com / .net / .org / .edu dll
2. Kos hosting :
2.1 Blog percuma sepatutnya tiada kos hosting
2.2 Blog berbayar, ada bayaran setiap tahun bermula dari puluhan ringgit hingga tak terbayar
3. Kos theme / design :
3.1 Blog percuma menggunakan layout / template yang disediakan pengendali blog
3.2 Blog berbayar, kalau nak theme yang baik, bayaran pun kena baik
4. Kemaskini keperluan undang2 :
4.1 Template percuma yang disediakan pengendali blog biasanya akan diupdate seiring keperluan semasa
4.2 Blog berbayar, perlu update sendiri atau upah orang untuk update ( duit lagi )
5. Kuota bandwith / data yang digunakan :
5.1 Setakat ini blogger tidak mempunyai sekatan keatas jumlah bandwith yang digunakan
5.2 Blog berbayar, makin banyak pelawat, makin banyak artikel maka makin banyak bayaran perlu dibayar, biasanya akan meningkat setiap tahun
Nota : kegagalan membayar terutama kos hosting adalah punca utama banyak blogger dan blog tidak bertahan lama dan hilang begitu sahaja dari alam maya
Kenapa Menggunakan Servis Dari Google :
1. Google masih merupakan enjin carian utama di internet
2. Sentiasa ada penambahbaikan dari masa ke semasa
3. Kebanyakan servis adalah percuma kerana faktor persaingan
4. Boleh gunakan satu akaun untuk semua servis yang ada
5. Boleh buat akaun berbeza untuk blog / servis berbeza juga
6. Setakat ini integriti dan kebolehharapan serta kebolehpercayaan pada google masih pada tahap tertinggi terutama aspek keselamatan digital
7. Boleh menjana pendapatan pasif dari servis yang digunakan ( blog, youtube dll )
Langkah-langkah :
1. Fikirkan tajuk blog yang sesuai dengan keadaan anda, misalnya jika anda seorang penjual ikan, fikirkan tajuk yang berkaitan tentang jualan ikan
2. Buat carian untuk pastikan nama domain blog anda ( ext : blogspot.com ) tersebut masih belum didaftarkan
3. Buat semakan untuk gmail akaun yang mempunyai nama email yang sama dengan nama blog anda
4. Jika anda dapati nama domain dan akaun gmail tersebut sama dan masih belum didaftarkan, maka daftarkan alamat gmail tersebut
5. Setelah selesai pendaftaran akaun gmail anda, gunakan akaun gmail tersebut untuk mendaftar blog percuma di blogger.com
6. Kekalkan satu akaun gmail hanya untuk satu domain blog percuma sahaja. Jika anda ingin membuat blog yang lain, daftarkan akaun gmail yang baru
7. Lebih baik jika nama domain anda juga masih belum digunakan di media sosial lain spt. Twitter, Instagram, Facebook, Pinterest, Tumblr dll. Ini supaya identiti anda akan seragam didunia internet.
8. Gunakan template yang simple tanpa banyak add on widget kecuali yang benar2 perlu sahaja supaya perhatian / konsenstrasi pelawat blog tidak terganggu
9. Yang paling penting ialah isi kandungan atau artikel yang kita tulis, mestilah real atau asli dan berdasarkan pengalaman / ilmu kita sendiri.
10. Copy dan paste adalah pantang paling besar untuk seorang blogger, copy dan paste tanpa kebenaran, 100% cetak rompak hanya merosakkan reputasi seseorang blogger
11. Adalah perkara biasa untuk tersangkut bila mula2 menulis artikel, tetapi dari situ kita belajar membina skill penulisan
12. Artikel yang baik adalah yang asli, ringkas dan padat dan mempunyai gambar, video atau lain2 media sebagai sokongan kepada maklumat yang kita ingin kongsikan
13. Beri perhatian khusus kepada blog kita, sentiasa membalas komen juga amat membantu memajukan lagi blog kita
14. Akhir tapi tak kurang penting adalah konsisten / istiqamah dalam menulis dan menambah ilmu untuk menulis
Sekian sedikit perkongsian berdasarkan pengalaman sendiri.
Rabu, 19 Jun 2019
Jantung Utama Pisang Dan Jantung Kecil / Ulam Pisang
Jantung besar / utama ialah jantung yang mula2 keluar dari pokok pisang. Jantung utama / besar mengandungi bunga betina dan bunga jantan yang dilindungi oleh kelopak jantung yang berwarna kehijauan mulanya kepada merah hati ( pisang renek ).
Bunga betina dan jantan pisang tidak perlu kepada pendebungaan ( partenokarpe ) untuk menjadi putik pisang / pisang muda. Bergantung kepada varieti pisang dan kesuburan tanah, buah pisang yang terbentuk akan berbeza bilangan sikat / sisir dan jumlah jejari / buahnya.
Ada juga beberapa sisir bunga yang hanya menjadi putik tetapi tidak membesar. Bahagian ini juga akan dibuang.
Manakala bunga yang tidak menjadi putik pisang akan tetap berada di dalam kelopak tersebut. Bahagian ini adalah jantung kecil. Jantung inilah yang biasa dibuat ulam dan sebagainya. Jantung kecil pisang juga dilindungi oleh kelopak yang berwarna merah hati.
1. Bunga -> Putik Pisang -> Buah Pisang ( bahagian yang akan dijaga sehingga masa menuai )
2. Bunga -> Putik Pisang ( bahagian antara buah pisang dan jantung kecil )
3. Bunga ( jantung ulam / kecil )
Selaput tongkol / tandan adalah selaput yang melindungi tongkol / tandan pisang. Ianya akan terbuka bila jantung utama pisang rebah ke bawah.
28.5.18 : jantung besar / utama. Kelopak pertama warna kehijauan dengan sedikit kemerahan dibahagian tepi
29.5.19 : kelopak pertama jantung besar / utama sudah menggulung ke atas
18.6.19 : buah pisang, putik pisang dan jantung kecil / ulam pisang

Sabtu, 15 Jun 2019
Kebun Kaki Persegi ( Square Foot Garden )
Kebun Kaki Persegi atau Square Foot Garden bermatlamat memudahkan pekebun menanam banyak jenis sayuran dalam keluasan yang sama berbanding kebun tradisi.
Kebun kaki persegi lebih mudah dibuat pada batas timbun dengan penghadang. Ini kerana keluasan batas dapat digunakan sepenuhnya.
Batas timbun asas dan penggunaannya
Beberapa kombinasi tataletak ( layout ) batas timbun kaki persegi ( square foot raised bed )
Bergantung kepada keluasan tanah, kebun kaki persegi dapat dibuat dari yang bersaiz 1' x 1' dan bertambah lebar dan panjang seterusnya bergantung kepada pekebun.
Manakala untuk ketinggian batas timbun kaki persegi pula adalah disyorkan setinggi 1' ( 1 kaki).
Pelbagai kombinasi tanaman boleh dibuat berdasarkan keutamaan masing2.
Kebun kaki persegi ( square foot garden ) dinamakan sebegitu kerana ianya dibahagikan mengikut ukuran 1' x 1' ( 1 kaki x 1 kaki ).
Setiap kaki persegi akan diperuntukkan untuk satu jenis tanaman atau sejumlah tanaman ( kuantiti ). Pembahagian mengikut unit satu kaki persegi membolehkan kepadatan tanaman ditambah dan penggunaan tanah yang optima.

Selasa, 11 Jun 2019
Isnin, 10 Jun 2019
The One Straw Revolution - Natural Farming
Konsep " Natural Farming " moden dipopularkan oleh Masanobu Fukuoka, seorang petani dan ahli falsafah asal pulau Shikoku, Jepun ( 1913 - 2008 ) melalui bukunya " The One-Straw Revolution ".
Berkelulusan patologi tanaman dan menghabiskan beberapa tahun sebagai pegawai kuarantin kastam di Yokohama.
Semasa bekerja di situ, pada umur 25 tahun, beliau mendapat idea / ilham / inspirasi berkenaan falsafah " natural / nature " yang mengubah hidupnya.
Beliau berhenti kerja, kembali ke kampung halaman dan memulai usaha mempraktikkan idea berkaitan " natural / nature " dalam bidang pertanian.
Selama 65 tahun seterusnya beliau menumpukan usaha membina kaedah " natural farming " mengikut inspirasi yang beliau dapat semasa mudanya. Beliau percaya usahanya itu akan membawa kebaikan kepada dunia.
Beliau tidak membajak ladangnya, tidak menggunakan kimia pertanian, tidak menggunakan baja yang diproses, tidak menggunakan kompos proses dan tidak mengairi sawahnya seperti amalan pesawah di Asia sejak sekian lama tetapi hasil ladangnya adalah sama malah lebih baik dari ladang paling produktif di Jepun.
Tahun 1975, beliau menulis buku " best- selling " iaitu The One-Straw Revolution yang menggambarkan perjalanan hidup, falsafah serta teknik pertanian yang diamalkannya.
Buku ini telah dialih bahasakan melebihi 25 bahasa dan telah menjadikan Masanobu Fukuoka sebagai pemimpin pergerakan pertanian lestari ( sustainable agriculture movement ) dunia moden.
Beliau masih bertani sehingga ke penghujung usia dan meninggal pada tahun 2008 semasa berusia 95 tahun.
Setelah buku The One-Straw Revolution diterbitkan dalam Bahasa Inggeris, beliau telah menjelajah ke Afrika, India, Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Syarikat. Teknik pertanian beliau juga telah digunakan untuk menghijaukan kawasan gurun.
Masanobu Fukuoka juga menulis buku " The Natural Way Of Farming ", " The Road Back To Nature " dan " Sowing Seeds In The Desert ".
Pada tahun 1998, beliau menerima penghargaan Magsaysay Award yang dikenali sebagai hadiah Nobel Asia bagi kategori Perkhidmatan Awam.

Ahad, 9 Jun 2019
Bina Semula Batas Timbun
Batas timbun tanpa penghadang yang ditanam dengan pisang renek sebelum ini telah dibuat semula dengan dinding atau penghadang
Bergantung kepada lokasi, batas timbun ini di sesuaikan dengan kedudukan pagar di sekelilingnya
Bahan dari papan almari yang sudah tidak digunakan
Keratan ranting pokok ceri yang disusun
Batang penyapu / mob yang dijual murah
Yang paling "rare" ialah pelepah kelapa
Kedudukan selari menjadikan batas timbun lebih cantik
Antara bahan kompos yang boleh diracik / dipotong kecil dan ditabur ke batas timbun

Sabtu, 8 Jun 2019
Pisahkan Anak Pisang Renek / Rendah / Serendah
Rumpun pisang renek yang baru dituai telah dipisahkan anaknya dari umbisi induk.
Agak dalam juga umbisi pisang terbentuk dalam tanah batas timbun tanpa penghadang
Keratan rentas umbisi pisang yang sebahagian anaknya telah dipisahkan
Terdapat 9 anak pisang kesemuanya yang tumbuh mengelilingi umbisi pisang renek. Cukup berbaloi sebagai hobi menanam pisang.
Sisa umbisi / tunggul pisang yang masih boleh dibiakkan jika mahu dengan teknik penyukuan mata tunas atau teknik umbisi induk.

Jumaat, 7 Jun 2019
Susunan Daun Pokok Pisang Renek
Pokok pisang renek yang telah dituai telah dipisahkan daunnya untuk melihat dengan lebih jelas akan perbezaannya.
Batang pisang bersama daun2 sebelum dileraikan
Perbezaan jelas dari tangkai tandan - daun seludang - daun pelepah terakhir - daun pelepah sebelum2nya
Daun pelepah semakin memendek bila sampai masa untuk pisang berjantung

3 Jenis Sisa Dapur Yang Biasa Ditemui Di Rumah
Sisa dapur seperti lebihan nasi, hampas kelapa, sisa sayuran, sisa roti, kulit telur dan sebagainya adalah antara bahan2 yang biasa ditemui di dapur dan boleh digunakan sebagai baja organik kebun.
Air basuhan beras + lebihan roti putih boleh terus disiram ke batas timbun
Antara 3 sisa dapur yang biasa ditemui
Kulit telur dijemur, dihancurkan dan di tabur ke batas timbun
Sisa dapur bentuk pepejal ( bahagian atas - biasanya di tanam dibatas timbun ) dan cecair ( bahagian bawah - dicairkan dengan air biasa dan disiram kepada tanaman ).

Rabu, 5 Jun 2019
Perkembangan Bunga, Buah Dan Jantung Pisang
Menarik untuk diperhatikan bagaimana jantung utama /bunga pisang renek bertukar menjadi buah dan jantung kecil / ulam
27.5.19 : hari pertama jantung / bunga pisang rebah
28.5.19 : hari kedua, tangkai tandan semakin panjang dan kelopak pertama membuka
29.5.19 : hari ketiga, kelopak pertama mulai menggulung dan buah terbentuk dibawahnya
30.5.19 : hari keempat, kelopak kedua dan ketiga mulai membuka
31.5.19 : hari kelima, kelopak pertama hampir tertanggal manakala kelopak keempat dan kelima mulai membuka
4.6.19 : hari ke sembilan, sebanyak 7 sikat pisang renek terbentuk berbanding 6 pada pokok yang baru dituai ( mengapa berbeza ? )
Dalam masa 10 hari, kita sudah tahu berapa sisir / sikat buah pisang terbentuk.
Yang selebihnya akan menjadi jantung untuk ulam.
Apakah caranya untuk menambahkan lagi jumlah pembentukan sisir pisang ?
27.5.19 : hari pertama jantung / bunga pisang rebah
28.5.19 : hari kedua, tangkai tandan semakin panjang dan kelopak pertama membuka
29.5.19 : hari ketiga, kelopak pertama mulai menggulung dan buah terbentuk dibawahnya
30.5.19 : hari keempat, kelopak kedua dan ketiga mulai membuka
31.5.19 : hari kelima, kelopak pertama hampir tertanggal manakala kelopak keempat dan kelima mulai membuka
1.6.19 : hari keenam, putik pisang semakin membesar
Dalam masa 10 hari, kita sudah tahu berapa sisir / sikat buah pisang terbentuk.
Yang selebihnya akan menjadi jantung untuk ulam.
Apakah caranya untuk menambahkan lagi jumlah pembentukan sisir pisang ?
Sabtu, 1 Jun 2019
Tuaian Pisang Renek
Alhamdulillah, setelah 3 bulan sejak jantung keluar, masanya untuk pisang renek dituai.
Pokok hampir rebah kalau tanpa kayu penyokong
Buah yang besar dan sihat. Pokok yang rendah memudahkan banyak kerja
Ada 6 sikat / sisir = 74 biji
Sikat 1= 14, 2=14,3=12,4=12,5=12,6=10
Cavendish vs dwarf cavendish ( adakah rasanya juga serupa? )