Artikel dalam akhbar Metro 23.07.2019 adalah dirujuk. Artikel bertajuk " Bertani Di Kebun Batu ".
Pekebun ini mengusahakan kebunnya di tanah yang asalnya tempat pembuangan sisa binaan. Kejayaan En. Zakaria Othman menunjukkan tiada yang mustahil jika diusahakan.
Kalau di kawasan berbatu-batan pun boleh bercucuk tanam, inikan pula kawasan yang dipenuhi rumput dan semak samun seperti kebanyakan kawasan di sekitar kita.
Halaman
▼
Isnin, 29 Julai 2019
Khamis, 25 Julai 2019
Tanam Empat Pokok Nenas Di Batas Timbun
Empat sulur nenas telah ditanam di batas timbun kacang panjang menggunakan kaedah anggaran kebun kaki persegi.
Empat sulur jambul dari empat biji buah nenas dari pasaraya
Lubang dikorek mengikut perancangan sistem dusun bandar. Pokok kacang panjang tidak menggunakan baja kimia. Sisa kebun + sisa dapur bergabung menghasilkan nutrien2 untuk tanaman.
Selepas jambul nenas ditanam di batas timbun kacang panjang. Pelbagai sisa kebun diletakkan di batas timbun yang akhirnya akan mereput dan menjadi baja.

Isnin, 22 Julai 2019
Batas Timbun Dan Dusun Bandar
Layout / tataletak batas timbun yang teratur dapat juga digunakan untuk menanam pokok buah2an renek ( tut ). Disamping pokok yang rendah dan senang diurus, kita juga dapat menanam lebih banyak jenis pokok buah2an.
Jarak antara tanaman perlu diberi perhatian khusus kerana pokok buah2an memerlukan masa dan sinaran matahari dan penjagaan secukupnya untuk membesar dan berbuah.
Apa yang cuba dibuat di kebun JomTanamSayur (JTS) ialah menanam pokok buah2an diantara pokok pisang. Pokok pisang adalah subjek utama kerana pertumbuhannya yang lebih cepat dan juga daunnya dapat menjadi naungan meneduhkan kebun.
Konsep Dusun Bandar memerlukan perancangan / planning yang lebih baik kerana pokok buah2an biasanya adalah pokok saka dan memerlukan kawasan lebih luas untuk pertumbuhan dan penghasilan maksima.
Penggunaan batas timbun dengan penghadang dan garisan sempadan kaki persegi akan memudahkan penentuan lokasi tanaman di kebun bandar / dusun bandar.

Jumaat, 19 Julai 2019
Rumput Rumpai Dan Rumput Herba Di Halaman Rumah
Rumput rumpai - merujuk kepada tumbuhan jenis rumput yang belum diketahui kegunaannya sebagai herba untuk kesihatan, lebih kepada penutup bumi dan perongga tanah seperti rumput kerbau, lalang dan sebagainya.
Rumput herba - merujuk kepada tumbuhan jenis rumput yang sudah diketahui mempunyai khasiat herba seperti ara tanah, dukung anak, susu nabi, semalu dan sebagainya
Apa2 pun kepada pekebun seperti penulis, kesemua rumput adalah berguna untuk menyuburkan tanah samada sebagai campuran tanah, baja, sungkupan dan sebagainya.
Apa yang penulis dapat lihat hasil pemerhatian terhadap rumput2 dihalaman rumah ialah keupayaan rumput2 tersebut untuk hidup bersama. Setiap ruang kosong pasti akan ada jenis rumput tertentu yang akan tumbuh.
Jenis rumput berbeza pada pendapat penulis akan menggunakan jenis nutrien yang berbeza dan jenis rumput berbeza juga membekalkan nutrien berbeza kepada tanah bila sudah mati dan mereput. Kitaran ini akan lama kelamaan menyebabkan tanah semakin subur dan memungkinkan jenis tumbuhan peringkat seterusnya dapat tumbuh.
Bayangkan tanah halaman rumah yang keras dan padat, tidak dibaja pun dan bergantung kepada air hujan masih dapat menghijau rumput2nya.
Cara pertumbuhan rumput2 dihalaman rumah mengingatkan penulis kepada cara2 pokok dihutan belantara dapat tumbuh dan hidup subur tanpa ada manusia yang membaja, menyiram dan menguruskannya. Maha Suci Allah
Kesimpulan yang dapat penulis buat adalah :
1. Tidak ada rumput2 yang tidak berguna, setiap jenis rumput mempunyai peranan berbeza samada kepada manusia atau alam
2. Lain jenis rumput menggunakan dan membekalkan jenis nutrien berbeza kepada tanah, untuk mengetahui lebih lanjut maka nama setiap jenis rumput terutama nama botani perlu diketahui
3. Campuran berbagai jenis rumput2 dapat menggantikan atau mengurangkan penggunaan baja kimia dan lebih organik dan mesra alam
Ringkasan dari pemerhatian penulis :
1. Pelbagai jenis rumput = pelbagai jenis nutrien
2. Pelbagai jenis rumput + pelbagai jenis sisa kebun = pelbagai jenis nutrien ( lebih )
3. Pelbagai jenis rumput + pelbagai jenis sisa kebun + pelbagai jenis sisa dapur = pelbagai jenis nutrien ( lebih2x )
4. Pelbagai jenis rumput + pelbagai jenis sisa kebun + pelbagai jenis sisa dapur + pelbagai jenis penggalak pertumbuhan ( plant booster ) = terbaik

Selasa, 16 Julai 2019
Sabtu, 13 Julai 2019
Buah Pertama Durian Belanda Sudah Masak
Cabaran berkebun di tanah taman perumahan adalah untuk mendapat hasil tuaian terbaik. Tetapi itu semua akan menjadi pengalaman yang amat berguna di masa depan.
17.05.2019 sebiji putik durian belanda dikesan ditepi pagar dan hari ini ianya sudah masak dipokok dan dituai. Rasanya sangat manis dan sedap.

Jumaat, 12 Julai 2019
Membuat Garisan Sempadan Kebun Kaki Persegi
Konsep Kebun Kaki Persegi ( Square Foot Garden ) atau Batas Kaki Persegi ( Square Foot Bed ) dapat di terapkan di Batas Timbun ( Raised Bed ) kerana penghadang batas timbun dapat dijadikan sempadan pengukuran.
Contoh di batas timbun no.1 yang telah cuba di terapkan konsep batas kaki persegi. Penggunaan tali sebagai garisan sempadan lebih memudahkan dan lebih cepat.
Batas timbun no.1 sebelum garisan sempadan kaki persegi dibuat
Penghadang batas timbun memudahkan ukuran dibuat
Batas kaki persegi dalam proses menggunakan tali rafia sebagai garisan sempadan
Batas kaki persegi yang sudah siap. Setiap petak kaki persegi boleh ditanam dengan tanaman yang sama atau berlainan. Oleh kerana tanaman ditanam dahulu sebelum garisan sempadan kaki persegi dibuat maka banyak tanaman yang tersasar dari kawasan tengah2 petak kaki persegi.
Tanaman boleh ditanam dalam petak2 yang telah dibuat. Penggunaan tanah yang optima dan pengurusan tanaman yang lebih mudah.

Selasa, 9 Julai 2019
Bunga Dan Pokok Daun Kari
Daun kari amat popular terutama untuk masakan berasaskan kari sebagai pewangi masakan. Anak pokok kari juga mudah didapati di nurseri, pasar tani atau mana2 expo pertanian dan harganya juga amat berpatutan.
Boleh ditanam dalam pasu, beg poli, apa2 bekas yang dibuat lubang serta boleh ditanam ditanah. Kadar pertumbuhan dan kesuburan pokok kari bergantung kepada kesuburan tanah dan pemberian baja yang cukup mengikut keperluan pokok kari.
Di bawah adalah beberapa gambar pokok kari termasuk bunga pokok kari yang ditanam dalam beg poli.
Pokok kari boleh ditanam dan hidup dimana2 sahaja
Ada beberapa pokok dalam beg poli ini
Tunas daun keluar dihujung ranting / batang pokok kari
Daun muda pokok kari warna hijau muda / lembut
Daun kari matang berwarna hijau gelap dan jumlah daunnya berbeza ( gambar diatas mempunyai 17 lai daun utk satu pelepah daun )
Daun tua akan bertukar kuning dan akan gugur satu persatu manakala tangkai pelepahnya juga akan gugur kemudian
Bunga pokok daun kari yang juga ditanam dalam beg poli
Dari jauh kelihatan warna putihnya dan berjambak
Baunya harum dan bunga yang belum kembang ada yang jadikan ulam
Bunga pokok daun kari akan menjadi putik buah dan buah matang berwarna kehitaman dan juga mempunyai biji benih kecil hitam.
Pokok kari juga boleh dibiakkan secara keratan batang walaupun biasanya anak pokok kari diambil dari anak yang keluar dari akar pokok induk.

Ahad, 7 Julai 2019
Manual Penanaman Ubi Kayu
Diambil dari website Jabatan Pertanian Sarawak, Malaysia untuk rujukan dan kefahaman yang lebih jelas berkaitan ubi kayu dan proses penanamannya.
Sabtu, 6 Julai 2019
Pokok Ubi Kayu Ubi Kuning
Pokok ubi kayu jenis ubi kuning ini sudah sangat tua dan berasal dari kawasan batas sawah. Kawasan ini akan dikorek dan sebahagian batangnya akan ditanam semula dibatas timbun.
Kiri : gambar daun matang ubi kuning pandangan atas daun
Kanan : gambar daun matang ubi putih pandangan atas daun
Gambar daun matang bahagian bawah daun ( kiri- ubi kuning, kanan-ubi putih )
Ubi kayu kuning mempunyai pucuk berwarna kecoklatan dan daun matang lebih gelap berbanding ubi kayu putih yang berwarna hijau cerah
Pucuk ubi kayu putih
Pucuk ubi kayu kuning
Pokok ubi kayu kuning
Pokok ubi kayu putih
Dalam proses penggalian ubi kayu kuning
Hasil ubi dan kayu
Ubinya berwarna putih kekuningan