Alhamdulillah dan InsyaAllah tahun masihi 2019 akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Semoga kita semua lebih dewasa dengan ujian dan nikmat Allah swt hendaknya.
Batas timbun tanpa dinding
Batas timbun berdinding
Semaian benih menggunakan takung & baja hidroponik
Sistem aquaponik yang lengkap ( murrayhallam.com )
Antara perancangan untuk tahun 2020 adalah untuk :
1. tambah baik sistem batas timbun
2. sistem semaian benih menggunakan takung hidroponik / baja hidroponik
3. melihat kesesuaian sistem akuakultur dimana air sisa tinja ikan / sisa makanan ikan sebagai air baja batas timbun.
4. beberapa ujikaji / percubaan akan terus dibuat untuk tambah baik kebun dan sistem perkebunan
Semoga terus mendapat kejayaan dan keberkatan dari Allah swt hendaknya. Aamiin ya rabbal alamiin.
Halaman
▼
Ahad, 29 Disember 2019
Selasa, 24 Disember 2019
Sungkupan dari Pelepah / Daun Kelapa
Pelepah / daun kelapa juga boleh dipotong dan dijadikan sungkupan / bahan kompos.
Banyak kegunaan pelepah / daun kelapa, termasuk bidang perkebunan sebagai sungkupan / bahan kompos batas timbun
Sebelum sungkupan / bahan kompos dari pelepah / daun kelapa diletakkan di batas timbun

Setelah di letakkan sungkupan / bahan kompos dari pelepah / daun kelapa. Selepas ini perlu ditambah tanah dan sungkupan / bahan kompos lagi sehingga penuh batas timbun
Sabtu, 21 Disember 2019
Circadian Cycle ( Jam Biologi ) Tanaman
Cahaya memainkan peranan penting untuk pertumbuhan tanaman. Tetapi apa yang berlaku kepada tanaman bila hari malam ?
Tanaman membesar menggunakan tenaga dari gula / glukosa yang terhasil dari proses fotosintesis yang perlukan cahaya, air dan udara ( karbon dioksida ). Cahaya adalah penting untuk fotosintesis dan tanpa cahaya, fotosintesis menjadi tidak lengkap.
Tanaman bernafas 24 jam sehari, dengan atau tanpa cahaya. Tanaman akan bernafas dan menggunakan oksigen dan gula / glukosa yang dihasilkan oleh proses fotosintesis untuk menghasilkan karbohidrat yang tanaman perlukan untuk tumbesaran.
Namun begitu oksigen yang digunakan oleh tanaman untuk bernafas amat sedikit berbanding oksigen yang dihasilkan semasa proses fotosintesis.
Oleh itu, samada siang atau malam, tanaman akan tetap membesar ( mungkin lebih pada waktu malam ) kerana kurangnya aktiviti2 yang melibatkan cahaya ? Tumbesaran tanaman 24 jam sehari adalah mengikut konsep " Circadian Cycles / Rhythms " iaitu jam biologi yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT - pencipta semua makhluk.
SubhanAllah - Maha Suci Allah.
Selasa, 17 Disember 2019
Sistem Siraman Guna Longkang Tepi Rumah
Antara fungsi2 longkang tepi rumah adalah :
1. membuang lebihan air terutama air hujan ke longkang besar
2. tanda sempadan dengan jiran sebelah
3. sebagai tempat menanam dengan meletakkan media tanam seperti tanah
4. sebagai kolam ikan dengan membuat hadangan air
5. siraman auto bila hujan dan semi auto bila tidak hujan kepada tanaman

Khamis, 12 Disember 2019
Batas Timbun Sebagai Tong Sampah Organik
Sampah sarap terdiri dari pelbagai barangan samada yang boleh dikitar semula atau tidak. Barangan yang boleh dikitar semula juga ada yang organik dan ada yang bukan organik. Bahan2 organik boleh dijadikan bahan tambahan tanah dibatas timbun.
Bahan2 organik ini ada yang perlu ditanam seperti sisa dapur, sisa pasar dll dan ada yang boleh diletakkan sahaja dibatas timbun seperti daun2 kering / hijau dll.
Batas timbun perlu dibuat dinding / penghadang untuk mengelakkan larian air, tanah, nutrien, sungkupan dan sebagainya.
Antara kebaikan menjadikan batas timbun sebagai tong sampah organik ialah :
1. kita menolong mengurangkan lambakan sampah di tapak pelupusan sampah yang diketahui semakin padat dan mencemar alam sekitar.
2. kita menolong organisma tanah menyuburkan tanah dan akibatnya tanaman juga boleh menjadi lebih subur dan sihat.
3. menjimatkan kos pembajaan dll

Rabu, 11 Disember 2019
Organisma Tanah
Keseimbangan organisma tanah ( antara organisma berfaedah vs organisma perosak / penyakit ) amat penting untuk tanaman / tumbuhan hidup, membesar dan memberikan hasil kepada manusia dan hidupan diatas tanah.
Malahan dalam kelompok organisma yang sama juga perlu adanya keseimbangan yang baik. Ada sebahagian organisma akan menjadi organisma jahat manakala sebahagian yang lain akan menjadi organisma baik.
Kita perlu pastikan populasi organisma baik lebih banyak dari populasi organisma jahat dalam tanah. Jika pun adanya serangan penyakit bawaan organisma tanah, ianya akan berada pada tahap minima / terkawal.
Kalau keadaan tidak sesuai, kemungkinan organisma baik pada asalnya boleh bertukar menjadi organisma perosak / penyakit. Misalnya keadaan tanah yang kurang sempurna atau teruk. Perubahan suhu tanah, turun naik pH tanah, kandungan oksigen dalam tanah, kelembapan tanah, penggunaan bahan kimia dan sebagainya.
Kalau keadaan tanah sesuai untuk penyakit, maka penyakit akan merebak. Kalau keadaan tanah sesuai untuk pertumbuhan, maka tumbuhan akan tumbuh dengan baik.
Organisma tanah ada yang perlukan oksigen, ada yang tidak perlukan oksigen atau boleh kedua2nya.
Hubungan antara tanaman dan tanaman yang lain, tanaman dengan organisma tanah dan hubungan sesama organisma tanah boleh menjadi sangat ringkas atau sangat rumit.
Secara ringkas, organisma tanah terbahagi kepada :
1. Flora ( tumbuhan )
1.1 Makroflora
1.1.1 Akar tanaman
1.1.2 Kulat
1.1.3 Lumut
1.1.4 Mikoriza
1.1.5 dan lain2 lagi
1.2 Mikroflora
1.2.1 Bakteria
- agrobacterium, arthobactor, bacillus, alcaligens, clostridium, corynebacterium dll.
1.2.2 Virus
- bacteriophages, eukaryotic dll.
1.2.3 Aktinomaicitis
1.2.4 Alga
1.2.5 Fungi
1.2.6 dan lain2 lagi
2. Fauna ( haiwan )
2.1 Makrofauna
2.1.1 Cacing
2.1.2 Ulat gonggok
2.1.3 Lipan
2.1.4 Semut
2.1.5 Ulat
2.1.6 Anai2
2.1.7 Siput
2.1.8 Lintah bulan
2.1.9 dan lain2 lagi
2.2 Mikrofauna
2.2.1 Protozoa
2.2.2 Nematod
2.2.3 Rotifera
2.2.4 dan lain2 lagi
Sebetulnya masih banyak rahsia alam tanah yang belum diketahui manusia termasuk organisma didalamnya.
Antara fungsi2 penting organisma tanah ialah :
1. membantu proses pengomposan / pereputan / penguraian bahan2 organik
2. membantu menyuburkan / menggembur tanah / elakkan larian nutrien
3. membantu akar mendapatkan nutrien, air dan sebagainya
4. kitaran nitrogen dan kitaran karbon
5. hubungan simbiosis antara akar tanaman dan organisma
6. kawalan pH tanah, mengurangkan jangkitan penyakit
7. mengikat nitrogen di udara
8. menjaga kesihatan, kesuburan tanah serta keseimbangan alam
9. dan lain2 lagi

Ahad, 8 Disember 2019
Contoh Blog Spammer
Diambil dari ruang komen blog Tuan Iskandar @ tanamsendiri.com
Spammer blog macam virus yang merosakkan tanaman. Bila spammer dah jumpa blog kita, ianya akan menyerang tanpa henti.
Walaupun berbagai cara tapisan dibuat tetapi spammer tetap bersemangat untuk spam blog kita.
Ruang komen dibuka untuk interaksi antara admin dan pelawat samada bertukar pendapat, bertanya dan sebagainya.
Apabila ada banyak komen berbentuk spam, blog kita akan jadi macam blog sampah ....
Akhirnya, untuk tidak memeningkan kepala untuk memadam komen2 spam, ruang komen mungkin terpaksa ditutup.

Selasa, 3 Disember 2019
Laraskan Batas Timbun Pokok Kantan
Pelarasan ( adjustment ) dibuat supaya selari dengan batas timbun yang lain. Apabila bahan2 sungkupan dialihkan, kelihatan bahan sungkupan yang terdahulu sudah menghitam dan mereput. Bahan2 organik yang sudah mereput akan diurai oleh organisma tanah menjadi nutrien2 yang dapat diguna kembali oleh tanaman.
Walaupun sungkupan lambat mereput menjadi kompos dan lambat terurai menjadi humus, ianya akan bertahan lama dan membekalkan nutrien secara berterusan selagi penambahan sungkupan dibuat.
Akar2 pokok kantan yang sihat berwarna putih dan berselerak di serata batas timbun untuk mendapatkan keperluan nutrien, air, udara dll untuk tumbesaran pokok.
Akar2 putih

Jumaat, 29 November 2019
Batas Timbun Menghalang / Mengurangkan Jangkitan Penyakit Bawaan Tanah
Tanah yang longgar memudahkan organisma tanah ( mikro & makro ) untuk membina kehidupan. Dengan pelbagai tanaman yang ditanam dibatas timbun memungkinkan populasi pelbagai jenis organisma baik ( suburkan tanaman ) lebih banyak berbanding organisma jahat ( pembawa penyakit ).
Jaringan / Rantaian Makanan Tanah ( Soil Food Web ) yang sempurna akan mengimbangi populasi organisma perosak berbanding organisma berguna. Tanaman yang sihat juga akan membekalkan makanan keperluan organisma tanah lebih banyak berbanding tanaman yang sakit.
Mungkinkah tanah yang longgar dan mempunyai banyak bahan organik dan tanpa penggunaan bahan kimia ( baja kimia, racun kimia dll ) dapat membantu menghalang penyakit hasil pembiakan bakteria jahat dalam tanah ?
Tanah yang longgar juga mampu membantu akar tanaman bergerak lebih jauh dan mendapatkan nutrien, air, udara dll yang cukup dan berfungsi membaiki kerosakan akibat jangkitan organisma / bakteria jahat.
Bahan organik / kompos / humus dan sebagainya yang sentiasa ditambah dibatas timbun juga akan membekalkan makanan secara berterusan kepada organisma tanah. Penambahan bahan2 tambahan tanah juga akan mengelakkan tanah batas timbun menjadi padat.
image :59degree.ce |

Selasa, 26 November 2019
Ciri-ciri Khas Pokok Pisang Tanduk
Bagaimana untuk membezakan antara jenis pokok pisang yang berlainan, terutamanya ketika peringkat muda / anak ? Antara perbezaan yang umum ialah :
1. tinggi atau rendah pokok pisang tersebut
2. besar atau kecil batang pokok pisang tersebut
3. warna ( batang pisang, anak / sulur pisang, daun pisang dll )
4. saiz daun ( pendek atau panjang, lebar atau kecil dll )
5. jarak pelepah daun yang keluar ( rapat2 atau jarang2 )
6. dan juga ciri2 morfologi yang lebih teliti dari batang ke pucuk jenis2 pisang tersebut
Walaubagaimana pun ciri2 ini juga berkait rapat dengan faktor2 lain seperti kesuburan tanah, jenis tanah, tekstur / struktur tanah, pH tanah, pembajaan ( unsur2 yang diberikan ), air, lokasi, cahaya dll.
Pokok pisang adalah pokok yang responsif atau cepat bertindakbalak terhadap persekitaran terutamanya pembajaan dan kesuburan tanah. Oleh itu pokok pisang juga boleh dijadikan tanaman ujian kerana ianya juga cepat matang.
Dari pemerhatian terhadap pokok pisang rendah, pisang nangka, pisang 40 hari dan pisang tanduk di kebun tepi rumah didapati bahawa daun2 pokok pisang tanduk mempunyai perbezaan dari segi warna merah yang terdapat pada salur tengah batang pelepahnya, tompok2 merah pada daun dan bahagian tepi daun yang juga merah.
Manakala untuk pokok pisang rendah, pisang nangka dan anak pokok pisang 40 hari, tiada warna merah seperti pada pokok pisang tanduk yang kelihatan. Cuma warna hijau daun matang pokok pisang nangka lebih cerah berbanding pisang rendah / renek.
Namun begitu pigmen warna merah pada daun pokok pisang tanduk dikebun tepi rumah juga mungkin ada pada pokok pisang jenis selain pisang tanduk. Untuk mencari ciri2 berbeza pada setiap jenis pokok pisang memerlukan penanaman semua jenis pokok pisang di kawasan yang terkawal dan pemerhatian dibuat secara teliti untuk beberapa musim.
Senang dikenali bila pokok pisang tanduk sudah berbuah tetapi ada beza juga dengan buah pisang lang !
Daun pokok pisang tanduk dengan pigmen merah di tepi, tengah dan tompok2 pada daun
Daun pokok pisang nangka ( tempat redup )
Daun pokok pisang renek / rendah ( tempat terang )
Anak pokok pisang tanduk, pigmen merah jelas kelihatan
Lagi satu anak pokok pisang tanduk dengan tompok merah jelas kelihatan
Sekian, semoga bermanfaat & selamat berkebun.

Jumaat, 22 November 2019
Pokok Duit Duit
Pokok duit duit atau sakat ribu ribu atau sisik naga adalah tumbuhan menjalar dan biasanya menumpang pada bahagian2 pokok seperti batang, dahan, ranting dan sebagainya. Ianya mendapatkan makanan / nutrien dari bahagian2 pokok yang ditumpanginya.
Pokok duit duit juga mempunyai akar udara yang boleh menyerap wap air dan udara untuk kehidupannya. Pokok duit duit dalam skala besar boleh menjadi parasit / perosak / penyakit yang akan membunuh sebahagian atau keseluruhan pokok.
Kelembapan yang tinggi pada bahagian2 pokok yang ditumpangi oleh pokok duit duit akan mempercepatkan pereputan bahagian2 tersebut. Pereputan berterusan akan menyebabkan bahagian2 pokok tersebut mati.
Pokok duit duit dapat membiak dengan sporanya yang diterbangkan angin dan akan tumbuh ditempat yang sesuai. Oleh kerana pokok duit duit menyerap banyak nutrien dari pokok tumpangannya maka ianya juga mungkin boleh dijadikan sumber baja organik untuk kebun.
Setakat ini pokok duit duit dibuang secara manual dari pokok tumpangannya. Mungkin pokok ini tidak sesuai hidup di tanah ?
Pokok duit duit memberikan kontras yang baik pada batang pokok asal
Akar muda yang juga akar udara, mempunyai deria yang baik
Bila sudah banyak, ianya akan mencuri nutrien2 dari pokok asal secara berlebihan dan berterusan
Pandangan dekat daun pokok duit duit, daun hijau seolah2 bersisik / berbulu, mungkin tempat sporanya terbentuk
Satu keluarga dengan paku pakis liar

Khamis, 21 November 2019
Bina Batas Timbun No. 7
Hari ini projek membina batas timbun no. 7 telah dibuat. Setelah 6 batas timbun menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.
Dinding dari kepingan plastik. Bekas telur, kotak, tanah & sisa kebun sebagai campuran untuk tanah batas timbun. Ukuran batas timbun no 7 ialah 3' lebar x 14'-15.5' panjang x 10 inci tinggi.
Pokok puding belacan, anak pokok pisang 40 hari, pokok delima & anak pokok pisang nangka telah ditanam terlebih dahulu

Selasa, 19 November 2019
Baja Nutrien Air Tanah ?
Nutrien terdapat dalam tanah. Nutrien dalam tanah sedia atau separuh sedia atau belum sedia untuk digunakan oleh tanaman. Cara paling cepat untuk bekalkan nutrien dalam tanah kepada tanaman ialah dengan mencairkan tanah tersebut dan disiram pada batas tanaman. Nutrien terlarut lebih mudah di hadam / diproses oleh organisma tanah.
Nutrien yang terlarut dalam air / air tanah yang sudah diproses oleh organisma tanah lebih mudah diserap oleh akar2 tanaman. Tetapi air berlebihan akan melarikan nutrien2 yang telah terlarut / diproses. Antara sebab kenapa kaedah pembajaan juga bergantung kepada musim hujan atau panas.
Sebab utama kenapa siraman dibuat ialah supaya tanah menjadi lembab dan nutrien2 dapat digunakan oleh tanaman. Batas timbun antara kaedah terbaik untuk mengekalkan kelembapan tanah untuk jangkamasa lebih lama.
Nutrien dalam tanah terhasil dari :
1. pereputan sisa tanaman
2. pereputan sisa haiwan
3. dari sumber dan aktiviti alam ( udara, air, cahaya, petir dll )
4. luluhawa batuan ( menjadi tanah liat, tanah kelodak, tanah pasir dll )
5. aktiviti organisma tanah
6. aktiviti manusia ( seperti membaja dll )
7. aktiviti tanaman itu sendiri
Baja nutrien air tanah tidak mempunyai nutrien2 lengkap sepertimana baja hidroponik / fertigasi yang boleh dicairkan dan digunakan terus oleh tanaman. Oleh itu baja nutrien air tanah setakat ini hanya boleh disiram ke batas tanaman untuk mempercepatkan proses penukaran nutrien oleh organisma tanah kepada nutrien2 yang dapat diambil oleh akar tanaman / tanaman.

Jumaat, 15 November 2019
Baja Nutrien dari Rumput
Rumput yang dimaksudkan disini ialah sebarang jenis rumput rumpai ( rumput yang belum diketahui manfaat kesihatan kepada manusia ), rumput herba ( rumput yang mempunyai nilai kesihatan kepada manusia ) dan rumput hiasan ( laman rumah, padang awam, padang bola dll ).
Antara cara2 untuk kembalikan nutrien dalam rumput ke tanah dan kemudiannya di guna semula oleh tanaman ialah :
1. Sungkupan
1.1 Sungkupan ialah bahan2 yang diletakkan diatas permukaan tanah dengan tujuan utama untuk mengurangkan / menghalang pertumbuhan rumput2 yang tidak diperlukan dibatas tanaman.
1.2 Rumput2 yang dipotong / dimesin hanya perlu ditabur diatas batas atau disekitar kawasan tanaman tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
1.3 Hujan dan panas serta siraman yang dibuat akan mereputkan rumput2 tersebut dan akhirnya nutrien dalam rumput akan masuk / dikitar semula oleh organisma tanah ke dalam tanah.
2. Kompos 1
2.1 Menggunakan komposter dan di campur rumput bersama sisa kebun, sisa dapur, tanah dan sebagainya.
2.2 Perlu diaduk mungkin seminggu sekali untuk mempercepatkan proses pengomposan. Perlu di siram sekali sekala supaya lembab.
3. Kompos 2
3.1 Rumput ditanam terus dalam tanah dan dibiarkan mereput dan terurai. Struktur rumput yang halus, nipis, kecil, lembut memungkinkan penguraian berlaku lebih cepat.
4. Baja cecair 1
4.1 Rumput yang telah dipotong / mesin hanya perlu direndam dalam air sehingga hancur dan airnya disiram ke batas tanaman.
5. Baja cecair 2 ( Foliar )
5.1 Rumput, gula merah, ikan di potong kecil disusun berselangseli dalam bekas / tong. Cecair yang terhasil adalah pati baja yang boleh dicairkan dan disiram / sembur pada tanaman dan tanah.
6. Baja cecair 3 ( Rebusan )
6.1 Untuk mempercepatkan proses mengeluarkan nutrien2 dalam rumput, proses rebusan boleh dilakukan. Air rebusan disejukkan sebelum penyiraman dibuat.
7. Baja Butiran / Palet
7.1 Potong rumput -> keringkan -> hancurkan -> palletkan = baja tanaman
8. Potong dan tinggal ( chop & drop )
8.1 Biasanya untuk ladang2, kebun2 dan kawasan yang luas dan tidak mementingkan kekemasan / keindahan dll.
8.2 Rumput2 akan dimesin dan dibiarkan mereput dan menjadi baja kepada kawasan tersebut.
8.3 Aktiviti memesin rumput perlu dibuat secara berkala dan penggunaan jentera automatik lebih berkesan.
9. Makanan ternakan
9.1 Ternakan yang makan rumput secara bebas atau rumput yang dipotong akan menghasilkan tinja yang boleh di proses / dibiarkan menjadi baja.
9.2 Baja ternakan ruminan antara baja organik terbaik untuk tanaman. Tinja lembu ( cow dung ) yang sudah cukup matang boleh dicairkan dan disiram pada tanaman.
9.3 Tinja lembu juga dapat menjadi media tanaman yang baik dan berkualiti.
10. Kombinasi cara2 diatas
10.1 Untuk rumput sawah padi yang lebih tebal, tinggi, lasak dan sebagainya, kombinasi cara2 diatas boleh dibuat.
10.2 Kaedah pengurusan sawah mungkin perlu diubah untuk menambah proses2 diatas.

potongan rumput pada pokok pisang di batas timbun dengan dinding / penghadang |

Rabu, 13 November 2019
Ulat Bulu Pokok Mangga
Warna yang seakan-akan daun mangga memang mengelirukan pandangan mata. Kalau tidak berhati2 mungkin terpegang. Racunnya walaupun tidak mematikan manusia tetap merengsakan.
Ulat bulu yang masih kecil, mungkin ada induknya dimana2 yang lebih besar
Mempunyai kaki berbulu yang beracun, ada yang panggil ulat bulu matahari
Teknik penyamaran yang baik, perosak atau pemangsa perosak ?
Warna kekuningan mengikut warna daun mangga ?
Apa akan berlaku bila ulat bulu jumpa kerengga ?

Sabtu, 9 November 2019
Ulat Penggulung Daun Pisang
Penanam pisang mungkin pernah melihat daun pisang yang bergulung dan daun2 yang dimakan ulat. Dibawah ialah gambar2 ulat penggulung daun yang memakan dan menggulung daun anak pokok pisang nangka.
Daun anak pokok pisang nangka yang digunting / dimakan oleh ulat penggulung daun
Gulungan daun pisang oleh ulat penggulung daun pisang mungkin untuk elakkan pemangsa
Contoh terbaik bagaimana penukaran bahan2 hijau / mentah kepada sisa haiwan / najis yang berguna kepada kepada tanaman
Ulat penggulung daun pisang di sukai oleh burung2. Warnanya seperti bahagian bawah daun pisang iaitu hijau cerah / muda dan panjangnya lebih kurang satu inci
Bahan putih bertindak seperti gam untuk melekatkan daun pisang supaya gulungan tidak terbuka
Najis atau tinja ulat penggulung daun pisang

Jumaat, 8 November 2019
Pokok Serai Di Batas Timbun
Empat batang serai yang ditanam dibatas timbun lebih empat bulan lepas sudah membiak. Batas timbun serta musim hujan dan panas yang silih berganti memang sesuai untuk tanaman serai.
Serai adalah tanaman tahan lasak, kurang / tiada perosak, mudah tumbuh di pelbagai jenis tanah.
Tanah batas timbun yang longgar memudahkan akar2 tanaman bergerak mencari nutrien, air, udara dan sebagainya. Daun pokok serai perlu dipotong untuk menjadikan batas timbun lebih kemas.
Sungkupan membantu mengekalkan kelembapan tanah, meronggakan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumput rumpai dan sebagainya
Serai yang sudah membiak akan menjadi rumpun serai.
Serai adalah tanaman pelbagai guna untuk semua bahagiannya.

Hanya menggunakan sisa2 kebun, sisa dapur dan bahan2 organik sebagai sumber bahan tambahan tanah