Halaman

Sabtu, 29 Jun 2024

Bongkar Pokok Ubi Kayu Di Raised Bed

Raised bed pokok ubi kayu ini dah lebih setahun usianya.

Sebelum ini ditanam dengan pokok pisang emas dan semasa ditukar kepada ubi kayu, tanahnya tidak di gembur²kan dahulu.

Nanti kita tengok keadaan tanah raised bed ini macamana keadaannya.

Pucuk dan ubinya boleh dibuat masakan manakala sisa2 daun dan batangnya akan menjadi bahan sungkupan dan kompos.

Cadangannya raised bed ini akan menjadi raised bed untuk kacang panjang, kacang buncis dan kacang kelisa jenis menjalar ... inshaAllah.

Para atau pancang akan dibuat nanti ... inshaAllah.


















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :




Selasa, 25 Jun 2024

Sambung Baiki Dinding Raised Beds Lagi

Mana² dinding yang agak teruk keadaannya akan dibaiki semula.

Mana² dinding yang masih elok akan dikekalkan.

Dinding yang lurus memudahkan kerja² mengurus raised beds dan kebun bandar.

Kerja² memotong rumput juga lebih mudah dibuat.







Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah


Link video :



Artikel berkaitan :




Ahad, 23 Jun 2024

Anak Pokok Moringa / Kelor

Di semai pada 8 jun 2024 dan setelah 14 hari, hampir kesemuanya tumbuh dengan baik.

Ada lebih kurang 17 anak pokok moringa dan bukan semuanya akan ditanam sebagai pokok dewasa.

Moringa terkenal sebagai antara super food yang terbaik setakat ini.

Semaian dari biji benih ini dibuat setelah semaian 3 keratan batang sebelum ini gagal tumbuh.





8 jun 2024



13 jun 2024

15 jun 2024

17 jun 2024



22 jun 2024

Rabu, 19 Jun 2024

Padi Sawah Dah 2 Bulan Usianya

Agak menarik melihat perkembangan pokok² padi sawah ini membesar.

Setelah 2 bulan ditanam secara terus 3-4 biji benih padi yang baru di tuai ke dalam bekas botol minyak masak.

Ada yang tumbuh lebih dari 1 pokok tetapi sekurang²nya ada satu pokok tumbuh didalam setiap botol ini.

Menunggu padi untuk bunting pula, agak menarik untuk diperhatikan yang kaedah penanaman padi samada tabur terus, mengubah secara manual atau mengubah menggunakan mesin akan memberikan jangkamasa yang berbeza untuk tiap² fasa.

Oleh itu kefahaman yang menyeluruh tentang sistem penanaman padi perlu di hadamkan betul².









Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





Isnin, 17 Jun 2024

Baiki Dinding Raised Bed Kebun Bandar

Dinding raised bed yang diperbuat daripada sambungan papan pallet terpakai sudah lebih 3 tahun usianya.

Kebanyakannya terutama yang di bahagian bawah atau yang terdedah terus kepada kelembapan berterusan akan lebih cepat mereput.

Manakala bahagian² yang lebih atas ada yang masih elok dan boleh digunakan kembali.

Tekanan tanah dari dalam raised beds dan juga akar² tanaman yang membesar menyebabkan dinding raised beds menjadi bengkang bengkok.

Jarak 2 kaki di antara raised beds dijadikan panduan untuk memastikan raised beds auto cantik bila di baiki.

Dinding sudah nampàk kurang cantik

Proses baiki perlukan kesabaran

Tanah boleh di gunakan kembali di raised bed bersebelahan

Jangan sayang tanaman asalkan raised bed kemas

Ratakan tanah yang tidak rata

Blok simen akan mengganti papan pallet nanti

Sapu apa yang patut

Auto cantik dah

Lebih semangat nak berkebun

Agak terlindung bahagian hujung sana