Halaman

Rabu, 4 April 2018

Komposter Sisa Dapur Ringkas

Komposter atau lebih tepat tong kompos sisa dapur sebelum ini hanya menggunakan tong plastik bertutup sahaja. Keburukannya ialah ianya lembab atau basah dan mengundang lalat bertelur dan mengasilkan larva2 / ulat2 yang menggelikan hati sesetengah orang.

Air lelehan atau leachete yang terhasil semasa proses peyimpanan juga berbau sangat tidak harum.

Walaupun komposter ini hanya untuk sementara, 3-4 hari bergantung jumlah sisa dapur yang di hasilkan sebelum di masukkan ke dalam komposter jaring di luar rumah tetapi gangguan2 di atas sangat tidak menyenangkan ( sebaiknya sisa dapur di komposkan keluar setiap hari ).

Oleh itu sedikit penambahbaikan di lakukan dengan menggunakan baldi yang di buat lubang di bahagian dasar untuk memisahkan cecair yang terhasil. Baldi bertindak menyimpan kompos yang kering manakala tong pula menyimpan cecair.

Hasilnya masalah bau dan larva2 sudah selesai. Air lelehan atau leachete ini boleh di cairkan dan disiram kepada tanaman.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan