Batas timbun baru yang disemai dengan biji benih kangkung sebagai tanaman ujian telah berumur 2 minggu.
Anak kangkung semakin membesar, siraman air baja nasi telah dibuat.
Baja NPK hijau 15:15:15 juga telah ditabur manakala sungkupan dari potongan kotak, kertas suratkhabar dan bekas telur serta bekas minuman juga telah ditambah.
Tujuan utama dari semua aktiviti ini ialah untuk menyuburkan tanah supaya tanaman seterusnya dapat tumbuh dengan mudah, subur dan memberikan hasil yang sepatutnya ... insyaAllah
Untuk lebih cepat percambahan kangkung, biji benih perlu direndam, dibuang yang tidak bernas dan ditanam terus
Ada sedikit rumput dan anak ulam raja yang tumbuh tetapi dengan mudah dapat dicabut dan diletakkan kembali sebagai kompos
Batas timbun yang tidak dipijak menghasilkan tanah yang longgar dan sesuai untuk sistem pengakaran tanaman bergerak mencari air dan nutrien
Batas timbun dengan penghadang memudahkan proses meletakkan sungkupan, menabur baja, menyiram, merumput dan sebagainya
Cebis surat khabar tu ke yang dipanggil sungkupan tuan? Apa tujuannya tu
BalasPadamSungkupan boleh diperbuat dari pelbagai bahan spt potongan kotak dan kertas, potongan daun2, potongan rumput dll
PadamAntara tujuan utama sungkupan ialah mengurangkan pertumbuhan rumput rumpai, memperlahankan kadar kehilangan air tanah, menstabilkan suhu tanah dll
Nampak sangat teguh dan lengkap vegetable garden bed yang tuan bina. Sayur pun nampak tumbuh cantik.
BalasPadamAlhamdulillah ... permulaan yang baik
Padam