Halaman

Jumaat, 16 Ogos 2019

Tanah, Air Dan Udara Sebagai Komposter Terbaik

Berikut adalah video hasil dapatan dari percubaan / ekperimen :

1. Menanam Sisa Pepejal Dapur Di Batas Timbun
2. Menanam Sisa Buah2an Di Batas Timbun

1.1 Sisa Pepejal Dapur yang ditanam adalah sisa nasi, hampas kelapa, kulit telur, kulit bawang, sisa jantung pisang dan sebagainya. Air disiram sebelum lubang ditutup kembali dengan tanah. Video dibawah adalah proses penanaman sisa pepejal dapur pada 21.6.2019.


1.2 Video dibawah pula adalah proses pengorekan semula untuk melihat hasil sisa pepejal dapur yang ditanam yang dibuat pada 16.8.2019 ( hampir 2 bulan ).




2.1 Sisa Buah2an seperti kulit durian, biji durian, kulit nangka serta biji, empulur dan sebagainya. Tiada penyiraman air dilakukan semasa proses penanaman. Video dibawah adalah proses penanaman sisa buah2an pada 2.7.2019.


2.2 Video di bawah pula ialah proses penggalian semula untuk melihat kesan penanaman di batas timbun terhadap sisa buah2an  pada 16.8.2019 ( 1.5 bulan ).



Kesimpulan penulis :

1. Tanah yang lembab adalah medium komposter terbaik. Tanah, Air dan Udara adalah asas untuk kehidupan.
2. Tanah di batas timbun yang longgar memudahkan mikroorganisma tanah bekerja. Tanah yang longgar juga memudahkan pekebun menguruskan batas timbun.
3. Sungkupan membantu mengekalkan kelembapan dan suhu tanah di samping mengurangkan pertumbuhan rumput.
4. Dinding batas timbun membantu mengekalkan tanah pada tempatnya dan menstabilkan suhu tanah.
5. Hujan dan panas sepanjang tahun dengan musim hujan dan kemarau yang tidak terlalu panjang dan melampau sangat sesuai untuk sistem penanaman menggunakan batas timbun.
6. Bahan2 organik memang sesuai ditanam untuk mendapatkan hasil maksima.
7. Bahan2 organik yang ditanam lebih cepat terurai / mereput berbanding yang tidak ditanam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan