Halaman

Khamis, 3 Disember 2020

Organoponik | Organoponic | Organoponicos

Satu istilah baru yang penulis blog JomTanamSayur ( JTS ) temui sewaktu merayau di internet ialah Organoponik ( Bahasa Malaysia ), Organoponic ( Bahasa Inggeris ) atau Organoponicos ( Bahasa Sepanyol ).

Dan ianya mempunyai kaitan erat dengan Negara Cuba.

Apakah itu organoponik / organoponic / organoponicos ini dan apakah kaitannya dengan Negara Cuba ?

Sejarah awal perkataan organoponik / organoponic / organoponicos bermula sekitar awal 1990an apabila rejim Soviet Union runtuh.

Negara Cuba yang mengamalkan sistem republik sosialis bergantung hampir sepenuhnya kepada Soviet Union untuk perdagangan terutamanya.

Negara Cuba terkenal kerana sumber gula tebunya dan hasil inilah yang di dagangkan dengan Soviet Union untuk mendapatkan bahan2 makanan, binaan, jentera2 termasuk jentera pertanian, baja2 dan racun2 kimia serta minyak dll.

Apabila jatuhnya Soviet Union sekitar 1991, maka Cuba terputus majoriti bekalan2 bahan dagangannya ( lebih kurang 80% import dan 75% exportnya ).

Ini menyebabkan rakyat Cuba mengalami masa2 yang amat sukar terutama untuk  mendapatkan bekalan makanan. Masa2 inilah yang dinamakan rakyat Cuba sebagai " periodo especial " / special period.


Ditambah lagi dengan sekatan perdagangan yang ketat oleh negara jirannya iaitu Amerika Syarikat atas dasar perbezaan ideologi.

Kekurangan minyak, baja dan racun kimia menyebabkan jentera2 pertanian serta ladang2 skala besar terpaksa mengurangkan pengeluaran.

Rakyat Cuba akhirnya dengan bantuan kerajaan Cuba telah memulakan apa yang dikenali sebagai organoponik / organoponic / organoponicos iaitu satu sistem pertanian secara organik skala kecil di bandar2 terutama di Havana.

Organoponik / organoponic / organoponicos boleh diterjemahkan sebagai pertanian bandar organik / urban organic farming.

Menariknya kerana mereka menggunakan apa sahaja kawasan lapang yang ada untuk bercucuk tanam ( tempat letak kereta, tempat pembuangan sampah, tanah kosong tepi jalan dll ).

Oleh kerana kebanyakan tanah kosong adalah milik negara, maka kelulusan untuk pertanian di bandar menjadi lebih mudah.

Kerajaan Cuba juga menyediakan bantuan khidmat nasihat, latihan, benih dan sebagainya.


Tanah2 diusahakan oleh individu, keluarga  juga secara perkongsian / koperasi. Hasil tuaian adalah untuk masyarakat sekitar dan tapak jualan ( sale point ) biasanya berhampiran kawasan kebun / ladang.

Mereka menggunakan apa sahaja bahan2 yang ada terutamanya sisa tanaman, tinja haiwan, sisa makanan dan sebagainya. Sisa dari tanaman tebu yang banyak digunakan sebagai asas menyuburkan tanah.

Pada awalnya, hasil agak kurang ditambah dengan tanah yang bermasalah, curah hujan yang jarang, kurang latihan dan pengalaman. Namun lama kelamaan dengan hanya menggunakan bahan2 organik, kesuburan tanah semakin baik dan hasil pun meningkat.

Penggunaan batas berdinding, sistem penyiraman titis, kompos, vermikompos, bio-pestisida, tanaman campuran, tanaman penampan dll yang di tambah baik dari masa kesemasa akhirnya menjadikan Cuba negara contoh pertanian organik.

Banyak wakil2 negara luar yang datang belajar dan cuba mengamalkan konsep organoponik / organoponic / organoponicos di negara masing2.

Video dibawah adalah ringkasan berkaitan sistem pertanian di Cuba termasuk organoponik / organoponic / organoponicos.


Semoga bermanfaat ...

Selamat berkebun & bye ...

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#Organoponik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan