Halaman

Jumaat, 25 Disember 2020

Pokok dan Buah Ciku | Manilkara zapota

Pokok ciku atau sawa atau sawo di laman belakang rumah kampung JomTanamSayur ( JTS ).

Pokok yang rendang dan berbuah lebat sehingga tak habis makan.

Kawasan tanah yang asalnya hutan nipah, berselut dan telah ditambak dengan tanah merah dan berdekatan dengan limbah dapur.

Banyak dahan dan ranting yang menghasilkan banyak bunga dan buah secara berjambak / bergugus.

Bunga ciku adalah bunga sempurna atau lengkap di mana kedua2 organ jantan dan betina terdapat pada kelopak bunga yang sama.

Bunga yang tidak didebungakan samada oleh angin, serangga dan sebagainya akan gugur.

Buah ciku berbentuk dari bulat ke lonjong bergantung varieti.

Buah ciku matang ( besar, warna lebih cerah, kurang bergetah ) perlu di petik dan diperam untuk elakkan serangan lalat buah dan seumpamanya.

Setelah 3-5 hari, buah ciku akan masak dan boleh dikupas untuk dimakan segar, dibuat jus dan sebagainya.








Selamat berkebun...

#JomTanamSayur
#KebunKampung
#Ciku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan