Halaman

Selasa, 2 Februari 2021

Sistem Siraman Sendiri Pokok Bunga | Self Watering System for Flower Plant

Habis musim hujan, tiba musim panas pula. Banyak pokok dalam pasu yang mati atau hampir mati.

Siraman perlu lebih kerap dibuat. Kegagalan menyiram boleh membantutkan pertumbuhan tanaman.

Oleh itu sistem siraman sendiri tanaman ( self watering system ) mungkin boleh digunakan sebagai alternatif untuk menjimatkan masa menyiram.

Percubaan di buat untuk tanaman keladi dan bunga ros jepun menggunakan balang lutsinar berbeza saiz.

Air biasa / paip digunakan tetapi air berbaja juga tiada masalah. Kalau menggunakan air berbaja, masa pembajaan juga dapat di jimatkan.

Alatan ringkas, balang dan sumbu

Pelarasan ( adjustment ) mengikut kesesuaian. Setakat ini penutup balang belum digunakan.

Pokok keladi yang selalu kekeringan.

Sumbu mesti cecah dasar balang. Lubang kecil air lebihan keluar juga di buat di balang, sedikit dibawah dasar pasu.

Balang sebagai takung air. Sumbu sebagai penarik air ke atas / tanah.

Balang lutsinar mungkin akan menumbuhkan alga.

Diletakkan di tempat panas langsung.

Pemerhatian dibuat untuk melihat berapa lama air dalam balang / takung akan habis.

Video di bawah adalah proses membuat sistem siraman sendiri ( self watering system ) untuk pokok bunga di kebun bandar JomTanamSayur ( JTS )


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & bye ...

#JomTanamSayur
#SistemSiramanSendiri
#KebunBandar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan