Halaman

Selasa, 30 Mac 2021

Alihkan Anak Pokok Keladi | Transplanting Young Yam Plants

Serumpun pokok keladi di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) telah dialihkan ke batas timbun yang ditanam dengan anak pokok bendi tempoh hari.

Anak2 pokok bendi habis diratah oleh siput babi.

Umbi pokok induk rumpun keladi ini juga telah di makan oleh siput babi.

Anak2nya sebanyak 9 pokok dialihkan manakala serumpun lagi dibiarkan dahulu.

Dua rumpun pokok keladi dibatas timbun

Pokok yang sihat dan cantik

Anak2 pokok keladi yang mengelilingi induknya

Serumpun keladi telah dikorek, tinggalkan serumpun

Anak2 pokok keladi, 9 anak 

Batas timbun pokok bendi yang telah diserang siput babi

Sekumpulan siput babi yang memakan racun siput

Habis pokok bendi diratah oleh siput babi

Tuaian betik hari ini, 2 betik betina + 2 betik dwijantina

Siap dialihkan ke batas timbun ini

Video proses pengalihan anak2 pokok keladi ke batas timbun 


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ...

#JomTanamSayur
#Keladi
#Yam

Jumaat, 26 Mac 2021

Bunga Melur | Bunga Melati | Jasmine Flower

Antara sebab pokok bunga ditanam dihalaman rumah adalah kerana baunya yang harum.

Bunga melur atau bunga melati a.k.a jasmin flower antara bunga berbau harum yang ada di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ).

Spesis ini mempunyai warna putih dan berkelopak seperti bunga ros.

Warnanya yang putih bersih juga menarik perhatian.

Ditanam dalam pasu

Kudup bunga melur

Kudup bunga melur lebih jelas

Kudup bunga yang sama

Putih berseri

Kudup bunga yang sudah layu

Cantik berkelopak

Baunya memang harum

Video dibawah adalah video berkenaan bunga melur diatas.


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

#JomTanamSayur
#BungaMelur
#JasmineFlower

Rabu, 24 Mac 2021

Jom Petik Mempelam Epal Hijau | Let's Harvest Green Apple Mango

Sepokok mempelam atau mangga epal di depan rumah yang sentiasa berbuah, berputik dan berbunga silih berganti.

Pokoknya telah dipangkas untuk mengelakkan ketinggian berlebihan yang akan mengganggu sekitaran.

Dahan dan ranting yang rendah menyebabkan buah mangga epal hijau ini terjuntai hingga ke tanah / rumput.

Mangga epal ini agak manis bila masak. Buahnya boleh dibiarkan masak dipokok atau diperam.

Buah muda atau matang boleh dibuat kerabu mangga atau jeruk, halwa dan sebagainya.

Boleh juga dicicah sambal belacan, kicap bercili atau bergaram sahaja.

Buah dibahagian dalam pagar boleh bertahan lama berbanding buah diluar pagar.

Buah yang betul2 tua sudah tiada getah. Buah matang masih mempunyai getah yang pekat manakala buah muda mempunyai getah lebih cair.

Warna buah lebih cerah bila sudah matang dan akan kekuningan bila masak.

Video dibawah adalah berkaitan buah mangga epal di halaman rumah kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ).


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

#JomTanamSayur
#Mangga
#Mango

Ahad, 21 Mac 2021

Meracik Sisa Kebun | Cutting Garden Waste

Semakin banyak tanaman ditanam di kebun bandar, semakin banyak sisa kebun terhasil.

Semakin banyak sisa kebun terhasil, semakin banyak kos dapat dijimatkan.

Tetapi, semakin banyak sisa kebun, semakin banyak pula kerja meracik perlu dilakukan.

Sehingga tidak habis dalam satu hari kerja2 meracik sisa kebun ini. Makan hari atau minggu bergantung kepada masa yang ada.

Mungkin sudah masanya mesin pemotong atau mesin peracik sisa kebun di cari.

Banyak ... belum habis kumpul lagi 

Macam2 ada ...

Tebu, kantan, pisang, kelapa dll

Boleh dikomposkan disini

Atau sini

Dijadikan sungkupan juga kompos di sini 

Di sini juga 

Kesuburan tanaman yang ditambah sisa kebun makin baik.

Video di bawah adalah bahan2 sisa kebun yang diracik secara manual dan sedikit demi sedikit.


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ...

#JomTanamSayur
#SisaKebun
#GardenWaste

Sabtu, 20 Mac 2021

Buat Batas Timbun Tepi Pagar Pula | Make a Raised Bed at The Edge of The Fence

Menggunakan bahan2 yang mudah seperti kawat jaring lebar 1 meter yang dipotong 3 menjadi +/- 1 kaki lebar.

Dibuat bulatan dengan diameter +/- 1 meter dan di sambung menggunakan batang plastik atau apa2 bahan yang ada.

Kotak kertas juga dipotong mengikut saiz kawat jaring seperti di atas.

Diletakkan ditepi pagar untuk tanaman pisang dan di selangseli dengan tanaman renek.

Iklan : Jom bersama kita bangunkan ekosistem ekonomi Islam tanpa riba bersama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia ( KoPPIM ) Klik Sini











Video di bawah adalah ringkasan proses membuat batas timbun di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS )


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#RaisedBed

Khamis, 18 Mac 2021

Apakah Ini Angkara Siput Babi ? | Is This Garden Snail Jobs ?

Dari dua induk keladi yang sudah beranak menjadi dua rumpun keladi, sepokok sudah tumbang. 

Sepertinya perbuatan siput babi yang memakan sekeliling perdu pokok keladi tersebut.

Iklan : Jom bersama kita bangunkan ekosistem ekonomi Islam tanpa riba bersama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia ( KoPPIM ) Klik Sini

Akibatnya pokok keladi tersebut putus dan tumbang ke tanah.

Asalnya dua pokok keladi yang di tanam di hujung batas timbun ini

Sudah membiak membentuk dua rumpun pokok keladi

Satu pokok induk sudah putus di bahagian perdunya

Kelihatan bahagian ubinya yang tertanam dalam tanah

Putus terus 

Video dibawah adalah gambaran bagaimana pokok keladi yang dimakan oleh siput babi di kebun Jom Tanam Sayur ( JTS ) ...


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

#JomTanamSayur
#Keladi
#SiputBabi

Rabu, 17 Mac 2021

Bunga Pokok Inai | Henna Flower | Lawsonia inermis with flower

Iklan : Jom bersama kita bangunkan ekosistem ekonomi Islam tanpa riba bersama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia ( KoPPIM ) Klik Sini
-----------------------------------------------------------------------------
Pokok inai atau inai sangat popular di seluruh dunia atas kegunaannya seperti :

1. Perubatan
2. Kecantikan
3. Kesihatan
4. Pewarna

Hampir keseluruhan bahagian pokok inai dapat digunakan :

1. Akar
2. Kulit
3. Batang
4. Daun
5. Bunga
6. Biji

Pokok inai dalam dua begpoli di letakkan dalam longkang. Satu keluarga dengan pokok delima.

Kudup bunga inai yang masih muda.

Kudup bunga inai yang sudah matang.

Bunga inai yang cantik

Warna putih lembut. Ada juga spesis yang bunganya kuning, merah jambu dan merah.

Bunga inai yang sudah hampir layu. Inai boleh dibiakkan dari biji benih dan keratan batang.

Video dibawah berkaitan bunga pokok inai di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS )


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ...

#JomTanamSayur
#Inai
#Henna


Ahad, 14 Mac 2021

Sekam Padi Bakar Kasar / Arang Sekam Padi

Sekam padi bakar / arang sekam juga terdapat jenis halus yang juga boleh digunakan dalam perkebunan.

Sekam padi bakar didapati dari proses pembakaran terkawal sekam mentah.

Penggunaan sekam padi untuk perkebunan dapat mengelakkan pembaziran sumber2 bahan berasaskan organik.

Antara kegunaan sekam padi bakar kasar adalah sebagai bahan campuran tanah.

Ianya membantu meronggakan tanah supaya sistem akar lebih bebas bergerak mencari keperluannya.

Sekam bakar kasar juga sesuai sebagai sungkupan kepada tanaman, mengelakkan tanah cepat kering serta mengurangkan pertumbuhan rumput rumpai.

Iklan : Jom bersama kita bangunkan ekosistem ekonomi Islam tanpa riba bersama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia ( KoPPIM ) Klik Sini

Bahan berkarbon seperti sekam padi bakar kasar ini mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan termasuk bau racun.

Ianya juga dapat membantu meningkatkan pH tanah yang masam.

Memperbaiki tanah yang rosak oleh penggunaan bahan2 sintetik yang berlebihan.

Sebagai campuran media tanam yang baik dan mempunyai unsur K.

Penulis blog Jom Tanam Sayur ( JTS ) ada membeli sekampit sekam padi kasar untuk dicampurkan dengan media tanam.

7 kg +/- untuk rm13 tidak termasuk kos penghantaran

Sekam padi kasar boleh ditumbuk jadi halus jika mahu

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

#JomTanamSayur
#SekamPadi
#ArangSekam