Halaman

Ahad, 14 Mac 2021

Sekam Padi Bakar Kasar / Arang Sekam Padi

Sekam padi bakar / arang sekam juga terdapat jenis halus yang juga boleh digunakan dalam perkebunan.

Sekam padi bakar didapati dari proses pembakaran terkawal sekam mentah.

Penggunaan sekam padi untuk perkebunan dapat mengelakkan pembaziran sumber2 bahan berasaskan organik.

Antara kegunaan sekam padi bakar kasar adalah sebagai bahan campuran tanah.

Ianya membantu meronggakan tanah supaya sistem akar lebih bebas bergerak mencari keperluannya.

Sekam bakar kasar juga sesuai sebagai sungkupan kepada tanaman, mengelakkan tanah cepat kering serta mengurangkan pertumbuhan rumput rumpai.

Iklan : Jom bersama kita bangunkan ekosistem ekonomi Islam tanpa riba bersama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia ( KoPPIM ) Klik Sini

Bahan berkarbon seperti sekam padi bakar kasar ini mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan termasuk bau racun.

Ianya juga dapat membantu meningkatkan pH tanah yang masam.

Memperbaiki tanah yang rosak oleh penggunaan bahan2 sintetik yang berlebihan.

Sebagai campuran media tanam yang baik dan mempunyai unsur K.

Penulis blog Jom Tanam Sayur ( JTS ) ada membeli sekampit sekam padi kasar untuk dicampurkan dengan media tanam.

7 kg +/- untuk rm13 tidak termasuk kos penghantaran

Sekam padi kasar boleh ditumbuk jadi halus jika mahu

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

#JomTanamSayur
#SekamPadi
#ArangSekam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan