Halaman

Sabtu, 6 Mac 2021

Pokok Pisang Serendah Generasi ke-3 Pula Berjantung | 3rd. Generation Dwarf Cavendish Banana Flowering

Pokok pisang yang ditanam di batas timbun ( raised bed ) ternyata dapat hidup dan membesar dengan baik.

Walaupun sudah generasi ke-3, masih mampu memberikan bentuk jantung / bunga yang besar.

Pokoknya pun besar dan sihat, walau sangat jarang di baja secara khusus. Hanya di lebihkan sungkupan dari bahan2 pokok pisang itu sendiri dan juga cecair sisa dapur.

Cuma satu masalah saja iaitu pokoknya terlalu / terlebih condong yang mengganggu kawasan bekerja.

Oleh itu pokok pisang di taman perumahan perlu di tanam semula selepas generasi ke-2.

Generasi ke-3

Condong yang mengganggu laluan bekerja

Hampir 20inci panjang jantungnya

Jantung / bunga pokok pisang serendah / pisang rendah / pisang renek a.k.a dwarf cavendish

Video dibawah adalah gambaran lebih jelas berkaitan artikel di atas :


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Pisang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan