Halaman

Sabtu, 24 April 2021

Tanam Anak Pisang Tisu Kultur ( Emas, Cavendish, Berangan dan Rastali )

Pembelian anak pisang dari benih tisu kultur pisang emas, cavendish, berangan dan rastali dibuat pada 17.4.2021 lepas.

Pada 22.4.2021 ( selepas 5 hari ) kesemua anak pisang tersebut selamat diterima.

Dan pada hari ini 23.04.2021, penanaman telah dibuat. Anak pisang emas dan cavendish ditanam di batas timbun bulat baru.

Manakala pisang berangan dan rastali di tanam sementara di nutripot ringkas 2 gelen sementara menunggu siapnya lagi batas timbun bulat baru.

Pembungkusan yang kemas

Berangan, rastali, emas dan cavendish

Berangan dan Rastali

Emas dan Cavendish

Ketinggian sekitar 2 - 3 kaki

Dilembabkan dahulu medianya semalaman sebelum ditanam

Empat anak pisang tisu kultur selepas semalaman dilembabkan 

Penanaman anak pisang di musim hujan memang digalakkan

Anak pisang cavendish tisu kultur

Anak pisang emas tisu kultur

Anak pokok pisang emas pun dah selamat ditanam

Anak pokok pisang cavendish ini nampak sihat dan cantik. Perhatikan sedikit pigmen merah hati pada daunnya.

Letakkan tanah dan tanam sahaja dalam sistem nutripot ringkas

Anak pisang berangan dan rastali tisu kultur dalam nutripot ringkas

Video proses penerimaan, pemeriksaan dan penanaman anak pokok pisang tisu kultur emas, cavendish, berangan dan rastali di bawah :


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#PisangTisuKultur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan