Halaman

Khamis, 30 September 2021

Pokok Rerama / Rama2 Hijau ( Green Butterfly Wings Plant )

Pokok rerama atau rama-rama hijau atau Green Butterfly Wings ( Mariposa Christia Vespertillonis ) adalah pokok herba berbunga.

Selain dari pokok rerama daun hijau, ada juga jenis pokok rerama daun ungu, merah, belang2 serta pokok rerama hiasan.

Pokok rerama hijau adalah yang popular dan sesuai untuk perubatan dan harganya juga boleh tahan mahalnya.

Sudah ada dalam bentuk serbuk / daun kering untuk dijadikan teh.

Walaupun berbagai khasiat daun rerama / rama2 hijau di gembar-gemburkan, namun pengambilannya perlulah mendapat nasihat doktor.

Kajian lebih mendalam perlu dilakukan untuk memanfaatkan segala kelebihan yang ada pada pokok rerama / rama2 hijau ini.

Pokok rerama / rama2 hijau adalah pokok renek herba berbunga

Mudah hidup dan mudah penjagaannya

Sesuai dengan cuaca seperti Malaysia

Bentuknya seperti rama2 yang mungkin memberikan namanya

Lebih mudah ditanam dengan keratan batang yang matang

Boleh juga ditanam dari biji benih yang mengambil masa lebih lama

Kelopak bunga yang kecil

Kudup bunga

Bunganya kecil sahaja

Kudup bunga yang baru keluar

Video ringkas pokok herba rerama / rama2 hijau atau Green Butterfly Wings di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS )



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat InsyaAllah ...

Artikel berkaitan :





Jumaat, 24 September 2021

Perkembangan 7 Jenis Pokok Pisang di Kebun Bandar Jom Tanam Sayur ( JTS )

Ada tujuh jenis pokok pisang di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) sehingga hari ini.

1. Pisang Serendah / Dwarf Cavendish
2. Pisang Nangka
3. Pisang Tanduk
4. Pisang Cavendish
5. Pisang Emas
6. Pisang Rastali
7. Pisang Berangan

Jom tengok perkembangan masing2 setakat ini.

Pokok pisang Rastali ( tisu kultur ) yang dialihkan pada Julai 2021 tanpa batas timbun ( w/o raised bed )

Pokok pisang berangan ( tisu kultur ) yang dialihkan pada Julai 2021 tanpa batas timbun ( w/o raised bed )

Pokok pisang Nangka ( anak sulur ) generasi ke-2 dibatas timbun ( raised bed )

Pokok pisang Serendah ( anak sulur ) generasi ke-2 dan ke-3 dibatas timbun ( raised bed )

Pokok pisang Serendah ( anak sulur ) ditepi pagar generasi ke-3 dan ke-4 tanpa batas timbun ( w/o raised bed )

Pokok pisang tanduk ( anak sulur ) generasi ke-2 di batas timbun ( raised bed ) dan sudah berbuah

5 biji buah pisang tanduk 

Pokok pisang Emas ( benih umbisi ) ditepi pagar dengan batas timbun ( raised bed )

Pokok pisang Cavendish ( benih tisu kultur ) ditepi pagar dengan batas timbun ( raised bed )

Pokok pisang tanduk ( benih umbisi ) ditepi pagar dengan batas timbun ( raised bed )

Pokok pisang nangka ( benih umbisi ) ditepi pagar dengan batas timbun ( raised bed )

Ada beberapa persoalan yang perlukan kajian lebih mendalam :

1. Batas Timbun vs Tanpa Batas Timbun
2. Tisu kultur vs sulur
3. Tanam semula vs Generasi penerus
4. Ciri2 setiap jenis pisang ( ID )

Video ringkas perkembangan pokok pisang di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) di bawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... InsyaAllah ...

Artikel berkaitan :



Sabtu, 18 September 2021

Dasar Kebun Komuniti Bandar ( DKKB ) | Urban Community Farming Policy ( UCFP )

Dasar Kebun Komuniti Bandar ( DKKB ) atau Urban Community Farming Policy ( UCFP ) telah dilancarkan pada 3 Ogos 2021.

Ianya bertujuan sebagai panduan untuk individu, komuniti, ngo yang berminat memulakan projek kebun di bandar secara lebih sistematik.

Dasar atau polisi ini merangkumi keseluruhan proses2 yang terlibat supaya keseimbangan kehidupan di bandar atau pinggir bandar dapat dicapai.

Untuk maklumat lanjut bolehlah lawati laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( KPKT ) di bawah tajuk Pembangunan Landskap.


Teknik penanaman dengan batas timbun ( raised garden bed )

Penanaman dalam pasu dan nutripot ringkas

Teknik yang betul, insyaAllah ada hasilnya

Hutan mini di tepi rumah kebun bandar

Video ringkas berkaitan Dasar Kebun Komuniti Bandar ( DKKB ) di bawah :

Link video : https://youtu.be/b4WzWay_vZI


Selamat berkebun ...

Sentiasa sihat dan selamat ...


Artikel berkaitan :


1. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2021/09/meja-tanaman-planter-box.html

2.https://jomtanamsayur.blogspot.com/2021/08/tambah-tanah-hitam-sawit-ke-batas.html

3. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2021/08/pokok-daun-kari-renek-sebagai-pokok.html



Isnin, 6 September 2021

Meja Tanaman | Planter Box

Menggunakan meja tanaman untuk menanam sayuran berdaun telah dipraktikkan di beberapa tempat di Malaysia dan juga beberapa tempat di negara jiran.

Ianya juga agak popular di negara2 barat.

Kelebihan utama kerana ia tidak memerlukan kita membongkok seperti batas tanaman ditanah.

Teknik ini juga sesuai di kawasan tanah bermasalah seperti banjir kilat dll.

Pengurusan tanaman juga lebih mudah samada semaian, pemindahan, siraman, pembajaan, kawalan rumput, kawalan serangga, penuaian dan sebagainya.

Sistem meja tanaman juga boleh di tambah baik dengan gabungan yang lain seperti teknik akuaponik, sistem pelindung hujan, fertigasi, penyiraman titis dan sebagainya.

Ataupun penambahan roda menjadikan seperti meja tanaman beroda yang boleh dialihkan sesuai peringkat tumbesaran tanaman.

Bahan2 yang digunakan untuk meja tanaman juga bergantung kepada individu2 yang terlibat dan kos tersedia.

Namun begitu tetap tiada suatu teknik penanaman yang paling baik. Setiap sesuatu teknik penanaman mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2.

Meja tanaman kecil / mini dari meja terpakai

Meja tanaman & tanah hitam sawit

Tidak akan bertahan lama, papan yang hancur nanti akan menjadi bahan kompos

Kadar percambahan benih kailan yang baik

Ada juga anak kailan ditanam dalam bekas polisterin

Anak semaian sayur kailan

Tanah hitam sawit memenuhi ruang atas meja tanaman

Siap sudah meja tanaman mini

Macam2 jenis tanaman atas meja

Video ringkas proses menyediakan meja tanaman mini di bawah ...



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat InsyaAllah ...

Artikel berkaitan :