Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 31 Ogos 2021

Tambah Tanah Hitam Sawit ke Batas Timbun ( Raised Bed )

Sebanyak 20 kampit lagi tanah hitam sawit telah sampai minggu lepas.

Setelah di taburkan ke batas timbun ( raised bed ), tinggal lagi dua.

Tanah hitam sawit di letakkan / ditaburkan merata2 di batas timbun ( raised bed ) untuk menutup sisa2 organik kebun.

Sisa2 organik kebun akan lebih cepat terurai bila bercampur dengan tanah.

Jika ada lagi sisa2 organik kebun akan diletakkan pula di atas tanah hitam sawit tersebut.

Disinilah pentingnya dinding batas timbun untuk mengelakkan dari tanah & bahan2 sisa organik dari berselerak.

Sisa2 kertas, kotak, bekas telur juga diletakkan di batas timbun

Sisa2 organik kebun di potong2 dan diletakkan kembali ke batas timbun

Sisa2 dapur juga boleh ditanam dimana2 ruang yang ada

20 guni tanah sawit hitam dari Bahau, NS

Sebahagian yang telah di letakkan tanah hitam sawit

6 batas timbun telah diletakkan tanah hitam sawit

Sebahagian dalam guni disini ... untuk ubi kayu

Video ringkas penambahan tanah hitam sawit ke batas timbun ( raised bed ) di bawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




Tiada ulasan:

Catat Ulasan