Halaman

Selasa, 23 November 2021

Tebang Pokok Betik Betina di Batas Timbun Bulat | Cutting Down Female Papaya Tree

Sepokok betik betina di batas timbun bulat telah di buang hari ini.

Sisa²nya akan menjadi bahan kompos dan diletakkan di dalam komposter jaring.

Pokok betik ini tidak menjadi buahnya ( tidak lekat ) walaupun sudah lama berbunga.

Kualiti buah betik betina juga biasanya kurang berbanding buah betik dwijantina / hermafrodit yang lebih tebal isinya, sekata ketebalan isinya, kurang biji & lebih sedap rasanya.

Batas timbun ( raised bed ) bulat ini akan di tanam dengan anak pisang rastali rasanya.

Pokok betik ini dialihkan pada Sept' 2020

Buang bahagian daun dahulu dan kemudian bahagian pucuk, dari atas ke bawah

Kerat menggunakan gergaji, boleh juga guna parang dll

Sisa² pokok betik dalam komposter jaring

Lubang yang tinggal untuk anak pisang pula dan bayam brazil yang subur

Akar dan perdu pokok betik. Akarnya tidak masuk ke tanah asal kerana tanah liat yang padat dan keras.

Video ringkas proses menebang atau membuang pokok betik betina di batas timbun Jom Tanam Sayur ( JTS ) dibawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat InsyaAllah ...

Artikel berkaitan :




Tiada ulasan:

Catat Ulasan