Halaman

Sabtu, 24 September 2022

Tut Pokok Jambu Batu Berbiji

Hari ini sebanyak 5 tut telah dibuat kepada pokok jambu batu berbiji di batas timbun tropika Jom Tanam Sayur ( JTS ).

Menggunakan tut bunjut iaitu tanah yang diisi kedalam plastik dan diikat seperti sup bunjut.

Tut bunjut ini dibeli secara online dengan harga rm0.45 / satu.

Tanahnya dilembapkan sedikit dan talinya diganti dengan tali yang lebih panjang untuk memudahkan proses mengikat bunjut tersebut.

Lapisan plastik "wrap" juga di balut untuk mengelakkan tanah cepat kering.

ان ساء الله  dalam masa sebulan akan berakarlah tut pokok jambu ini.









Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... ان شاء الله

Artikel berkaitan :





Ahad, 18 September 2022

Keratan Pokok Buah Naga

12 keratan pokok buah naga telah dialihkan ke dalam besen berisi tanah hitam sawit.

Sementara menunggu siapnya tempat tanaman pokok buah naga ini, keratan ini perlu di akarkan terlebih dahulu.

Selasa, 13 September 2022

Batas Timbun Tropika ( Tropical Raised Bed ) - Kelebihan

Hampir setiap perkara samada pekerjaan, pembuatan, teknik atau sebagainya pasti ada kelebihan dan kekurangan masing² sebagai tanda yang kita adalah ciptaan yang Maha Esa dan sangat lemah.

Yang memungkinkan pemilihan sesuatu teknik atau kaedah untuk pelaksanaan adalah melihat kepada kelebihan vs kekurangan teknik atau kaedah tersebut.

Kelebihan yang ketara berbanding kelemahan atau kekurangan secara asasnya akan menjadi faktor mengapa sesuatu teknik atau kaedah di pilih.

Begitu juga dengan pemilihan teknik batas timbun tropika ( tropical raised bed ) sebagai teknik berkebun di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) ini.

Kelebihan :

1. Kebun lebih kemas
1.1 Dengan adanya dinding, tanah & sungkupan tidak berselerak teruk.
1.2 Kawasan berumput juga terkawal dan memudahkan pemotongan rumput dibuat.

2. Tanah lebih longgar
2.1 Tanah batas timbun yang tidak dipijak akan lebih longgar. 
2.2 Penambahan sungkupan dan kompos secara berkala akan memastikan kelonggaran tanah kekal untuk jangkamasa lebih lama.

3. Penggunaan air lebih cekap
3.1 Dinding batas timbun dapat memerangkap air hujan lebih baik yang memungkinkan tiada penyiraman diperlukan semasa hujan / musim hujan.
3.2 Penyiraman secara manual / semi auto / auto yang bertumpu hanya di batas timbun juga menjimatkan air.
3.3 Dinding batas timbun yang sesuai ( seperti papan pallet ) dapat membantu memastikan air dapat menyerap masuk sehingga ke tanah asal dan juga melepaskan air berlebihan keluar dari batas timbun.

4. Tataletak boleh ubah
4.1 Oleh kerana tanah tidak dikorek, tanah asal kurang gangguan yang memudahkan perubahan tataletak ( layout ) kebun.
4.2 Penggunaan maksimun kawasan cahaya penuh, kawasan separa redup dan kawasan redup juga dapat dibuat.
4.3 Kawasan basah, kawasan separa kering dan kawasan kering juga boleh dikenalpasti lebih mudah.
4.4 Kawasan berangin kuat, sederhana kuat serta angin perlahan dapat dipertimbangkan untuk tanaman yang sesuai.

5. Pembajaan Terkawal
5.1 Kita hanya membaja di kawasan batas timbun yang berdinding sahaja. Ini akan mengurangkan pembaziran baja. 
5.2 Tanah yang longgar juga memudahkan baja di tanam dan lebih mudah menyerap dan lebih senang dicapai oleh akar tanaman.

6. Penanaman Sisa Dapur / Sisa Organik Kebun
6.1 Batas timbun yang lebih panjang dan lebar dengan ketinggian optimum 12 inci membolehkan penanaman sisa dapur dibuat.
6.2 Cacing tanah juga dapat hidup dengan lebih baik di batas timbun berdinding.
6.3 Dengan adanya tinja cacing dapat meningkatkan kesuburan tanah.

7. Sebagai Tapak Semaian / Eksperimen
7.1 Tanah batas timbun yang longgar dapat dijadikan tapak semaian.
7.2 Tanaman ujian juga boleh dibuat di batas timbun kerana keadaan yang terkawal.

8. Sebagai Tempat Riadah / Rehat / Edukasi
8.1 Dengan tataletak atau layout yang sesuai, kawasan kebun berbatas timbun berdinding dapat di jadikan kawasan rehat atau riadah.
8.2 Penanaman pelbagai spesis sayuran, bunga, herba & buah²an dapat mempelbagaikan fungsi batas timbun.

9. Sebagai Alternatif Tanah Tidak Subur
9.1 Batas timbun mungkin juga dapat dijadikan tapak penanaman tanaman kontan di kawasan terbiar.
9.2 Pisang, jenis² ubi, kekacang, padi dapat dicuba untuk menambah kawasan penanaman / pertanian di Malaysia ini.

Video ringkas kelebihan teknik batas timbun seperti di bawah :


 
Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... ان شاء الله

Artikel berkaitan :