Sungkupan yang tebal dapat mengurangkan pertumbuhan rumput di batas timbun.
Laluan bekerja yang berumput pula hanya perlu di mesin sebulan sekali.
Potongan rumput di letakkan kembali di batas timbun sebagai sungkupan.
Proses guna semula sisa organik kebun ini dapat :
1. Jimatkan kos baja sintetik
2. Mengelakkan pembakaran terbuka
3. Jimatkan kos belian tanah
4. Menambah aktiviti organisma tanah
5. Mencantikkan tataletak ( layout ) kebun
Rumput² di kebun bandar dapat berfungsi :
1. Sebagai penutup bumi
2. Melambatkan larian air hujan
3. Meningkatkan kadar penyerapan air tanah
4. Mengurangkan kadar penyejatan air tanah
5. Melombong mineral² tanah dan dikembalikan dengan memesin rumput dan diletakkan kembali ke batas timbun
Video ringkas di bawah adalah berkaitan dengan artikel diatas :
Semoga bermanfaat ...
Selamat berkebun & sentiasa sihat .......
ان شاء الله
Artikel berkaitan :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan