Halaman

Khamis, 15 Jun 2023

Raised Bed Bentuk Bulat Yang Cantik

Perjalanan membina kebun bandar berkonsepkan raised bed tropika diteruskan dengan membuat beberapa lagi dinding raised bed bulat menggunakan jaring kawat.

Jaring kawat adalah lapisan pertama dan akan ditambah dengan papan pallet yang dipotong mengikut ketinggian jaring kawat tersebut.

Ketinggian optimum yang disyorkan adalah 1 kaki yang sesuai untuk kebanyakkan jenis tanaman sayuran, bunga²an & buah²an jangka pendek.

Kemudiaannya campuran bahan² sisa kebun akan diletakkan bersama tanah samada tanah hitam sawit atau tanah campuran yang dibeli di nurseri.

Untuk mempercepatkan pertumbuhan tanaman, baja boleh digaulkan sekali.

Jaring kawat rm10 / meter, beli gulung lagi untung

Dapat 50' panjang

Kat sini pulak buat raised bed bulat

Buang mana² yg mengganggu

2 ulasan: