Halaman

Ahad, 19 April 2026

Tuai Nenas MD2 Belakang Rumah

Daripada 5 pokok nenas md2 yang sudah berbuah dibelakang rumah, 1 sudah mulai kekuningan dan dipetik hari ini.

Tetapi pokok nenas md2 ini tidak mengeluarkan sulur tanah ataupun sulur angin. Hanya sulur jambul yang ada.

Setelah ditimbang, beratnya tanpa sulur jambul adalah 1.75kg. Berat yang sederhana kerana pernah ada yang mencapai 2kg lebih sebelum ini.

Sulur jambul direndam dalam sedikit air manakala sisa pokok nenas akan diracik sebagai sungkupan.









Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah


Ahad, 12 April 2026

Pisang Emas Setelah 8 Bulan di Raised Bed

Masanya semakin hampir untuk 3 pokok pisang emas ini berjantung. Daun²nya sudah memendek dan pokoknya juga sudah besar dan tinggi.

Lagi 3 pelepah daun dibuang, menjadikan 21 jumlah keseluruhannya setakat ini. Seperti biasa pelepah² pisang ini diracik kecil² sebagai sungkupan kepada raised bed.




Sebelum pangkasan bulan ke 8




Selepas pangkasan bulan ke 8.

Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Sabtu, 4 April 2026

Tebu Kuning Setelah 5 Bulan Di Raised Bed

Setelah 5 bulan tebu kuning ditanam di raised bed tepi rumah ini, keadaannya makin baik. Banyak anak² tebu yang muncul dan batang² tebu juga mulai menguning.

Antara serangga perosak setakat ini adalah semut² kecil yang berada di celah² ketiak daun ( bahagian antara buku dan daun ). Satu lagi ialah lalat putih ( white fly ) yang biasanya akan cuba berkoloni pada satu atau dua daun dahulu sebelum merebak ke seluruh rumpun tebu jika tidak dihapuskan.

Daun² perlu dibuang ketika daun² terbuka sekitar 45°. Ini akan mempercepatkan kematangan tebu dan menghasilkan ruas² tebu yang lebih panjang. Lebih panjang ruas² tebu bermakna lebih banyak air tebu dapat dihasilkan.

Biasanya tebu yang beruas panjang dengan ketinggian melebihi 10 kaki serta ukur lilit yang sesuai boleh ditebang setelah 9 bulan usianya.




Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah ...