Video Terbaru @JomTanamSayur

Ahad, 12 April 2026

Pisang Emas Setelah 8 Bulan di Raised Bed

Masanya semakin hampir untuk 3 pokok pisang emas ini berjantung. Daun²nya sudah memendek dan pokoknya juga sudah besar dan tinggi.

Lagi 3 pelepah daun dibuang, menjadikan 21 jumlah keseluruhannya setakat ini. Seperti biasa pelepah² pisang ini diracik kecil² sebagai sungkupan kepada raised bed.




Sebelum pangkasan bulan ke 8




Selepas pangkasan bulan ke 8.

Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Sabtu, 4 April 2026

Tebu Kuning Setelah 5 Bulan Di Raised Bed

Setelah 5 bulan tebu kuning ditanam di raised bed tepi rumah ini, keadaannya makin baik. Banyak anak² tebu yang muncul dan batang² tebu juga mulai menguning.

Antara serangga perosak setakat ini adalah semut² kecil yang berada di celah² ketiak daun ( bahagian antara buku dan daun ). Satu lagi ialah lalat putih ( white fly ) yang biasanya akan cuba berkoloni pada satu atau dua daun dahulu sebelum merebak ke seluruh rumpun tebu jika tidak dihapuskan.

Daun² perlu dibuang ketika daun² terbuka sekitar 45°. Ini akan mempercepatkan kematangan tebu dan menghasilkan ruas² tebu yang lebih panjang. Lebih panjang ruas² tebu bermakna lebih banyak air tebu dapat dihasilkan.

Biasanya tebu yang beruas panjang dengan ketinggian melebihi 10 kaki serta ukur lilit yang sesuai boleh ditebang setelah 9 bulan usianya.




Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah ...