Halaman

Rabu, 9 September 2026

Semaian Tebu Dalam Planter Bag 75 Liter

Setelah 2 minggu tebu² disemai dalam beberapa planter bag 75 liter, kini banyak yang sudah tumbuh.

Keratan batang bahagian.pucuk lebih cepat tumbuh dan berkualiti anaknya. Manakala keratan bahagian batang matang payah tumbuh, kadang² sahaja.

Anak semaian ini akan digunakan untuk sulaman dan juga tanaman tempat baru di raised bed ini juga.






Link video :



3. Shopee :

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Jumaat, 28 Ogos 2026

Tebu di Raised Bed Tumbang

Beberapa hari lepas, setelah lama tidak hujan, tiba² angin kuat dan hujan agak lebat telah menyebabkan beberapa batang tebu diraised bed telah tumbang.

Oleh kerana tebu³ ini telah 9 bulan lebih usianya iaitu telah sampai usia matangnya maka tebu² ini akan di perah.

Kali ini perahan tebu akan dibuat jus tebu segar untuk minum sendiri.








































Link video :




Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah

Khamis, 20 Ogos 2026

Tebu Kuning Selepas 9 Bulan Di Tanam

Selama 9 bulan, tumbesaran 6 rumpun tebu kuning di raised bed tepi rumah dipantau untuk melihat perkembangannya.

Tanpa baja kimia, hanya potongan rumput dan racikan sisa kebun masih mampu membesarkan rumpun tebu ini. Baja organik ini biasanya baja pelepasan perlahan dan mungkin kekurangan unsur² untuk kemanisan jus tebu seperti kalium dalam unsur npk.

Cumanya sistem raton iaitu membiarkan anak² tebu tumbuh menggantikan tebu matang yang dituai akan memerlukan sokongan dari baja kimia untuk menggantikan nutrien yang sudah digunakan.

Sudah ada beberapa batang tebu yang sudah sesuai ditebang dan dimesin untuk jusnya.







Link video :




Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah