Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 1 Jun 2026

Dari Raised Bed Ke Planter Bag

Ada dua raised bed bahagian tepi belakang rumah telah dibongkar dindingnya hari ini. Tanahnya akan di guna semula untuk tanaman dalam beg tanaman / planter bag.

Ukuran beg tanaman / planter bag berbentuk bulat ini adalah 45cm tinggi x 45cm diameter dengan isipadu media tanam lebih kurang 75 liter.

Tanah di dua raised bed ini dapat mengisi lebih dari 5 beg tanaman / planter bag dan hari ini akan ditanam dengan 4 pokok buah² tut / cantuman tunas iaitu pokok lemon, jambu madu, rambutan anak sekolah dan longan berlian.























Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah

Isnin, 25 Mei 2026

Setelah 9 Bulan Pokok Pisang Emas

Akhirnya setelah 9 bulan, sepokok pisang emas telah berbuah. Walaupun jantungnya kecil dan ada cuma 4 sisir tetapi sudah memadai sebagai permulaan.

Lagi 2 pokok akan menyusul nanti inshaAllah. Jumlah daun yang dibuang adalah 24, kalau dicampur dengan baki diatas pokok sebanyak 7 pelepah daun lagi akan menjadi 31 jumlah keseluruhannya.



















Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah


Sabtu, 16 Mei 2026

Tebu Kuning Setelah 6 Bulan di Raised Bed

Sedar tak sedar dah 6 bulan tebu ini di tanam di raised bed tropika tepi rumah. Setakat ini Alhamdulillah pokoknya semakin tinggi dan batang tebu mulai menguning.

Rutin mingguan adalah membuang daun² tua yang diracik sebagai sungkupan. Tiada baja sintetik diberi untuk elakkan batang tebu besar yang berat dan lambat manis.









Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Rabu, 13 Mei 2026

Re-pot Halia Bentong

Halia bentong dalam bekas takungan air sistem nutripot ringkas telah bercambah dengan banyak. 

Hari ini, pokok² halia bentong ini di-potkan semula ke dalam bekas takungan yang sama yang sebelum ini bertindak sebagai tong air untuk sistem siraman sendiri atau sistem nutripot ringkas.

Cumanya kali ini bahagian dasar tong diisi dengan sisa² kebun kering seperti daun² mempelam, buluh dan sebagainya sehingga separuh tong.

Selebihnya diisi dengan tanah dari raised bed sehingga penuh. Pokok halia bentong yang dipisahkan di tanam semula kemudiannya.



















Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah