Halaman

Selasa, 11 Januari 2022

Kemas Batang Pisang, Racik Sisa Kebun dll wk01/22

Aktiviti minggu ini wk01/22 di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) seperti di bawah :

1. Racik sisa kebun

Daun pisang, daun tebu di racik

Persediaan untuk memotong rumput

2. Kemas sisa batang pisang

Sisa batang pisang nangka yang tumbang khamis lepas

Betulkan kembali dinding batas timbun

Bahan² kompos ini telah ditabur ke batas timbun bulat keladi, kantan, pisang nangka, nenas dan pisang tanduk.

3. Pangkas pokok inai

Pokok inai dalam beg poli dalam longkang

Pangkas dahan utama pokok inai

4. Korek tunggul betik

Dua pokok betik yang di tebang minggu lepas

Akan ditanam dengan pisang pula

5. Potong daun kurma

Pokok kurma di laman rumah

Setelah daunnya ditogelkan

Diletakkan ditepi pagar

Duri daun kurma sangat tajam dan menyakitkan

Diletakkan di tempat² yang berpotensi menjadi laluan penyeludup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan