Halaman

Khamis, 6 Januari 2022

Bunga Pisang Nangka | Banana Flowers

Sepokok pisang nangka di batas timbun yang rebah dan tidak dapat diselamatkan lagi tetapi sudah berbunga akan ditebang dan bunganya akan di leraikan.

Pisang nangka ini adalah anak yang tumbuh sendiri tetapi macam sayang untuk di buang waktu itu.

Kekurangan kalau generasi ke2 dan seterusnya dibiarkan tumbuh sendiri di batas timbun antara lain ialah :

1. Akar dan umbisinya tidak masuk ke dalam tanah asal yang boleh menyebabkan pokok senang rebah.
2. Buahnya juga tidak sebanyak pokok induk.
3. Biasanya pokok akan condong dan mengganggu tanaman lain.

Pokoknya sihat, subur & besar

Tumbuh di bahagian tepi dinding batas timbun

Pokok yang normal

Akarnya tidak masuk ke tanah asal

Sudah berbunga / berjantung

Potong separuh walaupun sayang

Bahagian atas pokok pisang nangka

Bunga atau jantung pokok pisang nangka

Daun pengasuh ( flag leaf ) adalah daun terakhir

Bunga pisang nangka

Bukan senang nak tengok bunga pisang nangka yang cantik ini

Bahagian bunga pisang nangka yang telah di leraikan

Video ringkas bunga pisang nangka seperti di bawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




Tiada ulasan:

Catat Ulasan