Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 21 Disember 2021

Kemas Pokok Puding Belacan & Buat Batas Timbun Bulat Kantan & Keladi

Pokok puding belacan di tepi pagar bahagian tepi belakang rumah akan di buang dan di gantikan dengan batas timbun bulat kantan dan keladi.

Pokok puding belacan ini sudah terlalu besar dan berpotensi :
1. Mengganggu paip air poli yang ditanam berdekatan
2. Menjadi sarang kerengga
3. Mengganggu pertumbuhan pokok kantan
4. Jarak tanaman yang tidak sesuai juga mengganggu kerja2 kebun

Pokok puding belacan atau puding hitam

Rantingnya agak keras tetapi rapuh & senang dipatahkan

Sisa² pokok puding dalam tong kompos

Ada juga dalam jaring bulat sebagai asas batas timbun

Tinggal lagi separuh

Tinggal tunggul saja lagi

Banyak juga sisanya

Habis di buang kecuali akarnya

Buat balik batas timbun bulat kantan

Penyediaan batas timbun bulat keladi

4 guni tanah hitam sawit diperlukan untuk satu batas timbun bulat

Anak keladi ditanam disini & disiram

Video ringkas proses membuang pokok puding belacan dan digantikan dengan batas timbun bulat kantan dan keladi seperti dibawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... insya Allah ...

Artikel berkaitan :




Tiada ulasan:

Catat Ulasan