Ringkasan Dalam Blog Ini

JTS - Jom Tanam Sayur, KTR - Kebun Tepi Rumah, NR - Sistem NutriPot Ringkas, KB - Kebun Bandar, NR1 - NutriPot Ringkas Dengan Saiz Bekas Tanaman 1 Gelen, NR2 - NutriPot Ringkas Dengan Saiz Bekas Tanaman 2 Gelen, SWC - Self Watering Container

Khamis, 17 Januari 2019

Menimbun Pokok Serai

Menimbun atau memupuk pokok adalah satu kaedah tradisional untuk menyuburkan tanah dan tanaman dengan cara :

1. Meronggakan tanah
2. Menegapkan tanaman
3. Melambatkan pengeringan tanah
4. Menutup baja
5. Membuang rumput rumpai


Rabu, 16 Januari 2019

Batas Timbun No.1 Terkini

Batas timbun dengan dinding penghadang no.1 yang di tanam dengan kangkung akan di kemaskan dan di tanam semula.

2 pokok cili api sudah berbunga tetapi terdapat serangan afid yang membantutkan penghasilan buah.

Sebelum kemasan dilakukan

Kompos Daun Kelapa

Daun dan pelepah kelapa biasanya dibakar untuk selesaikan masalah. Tetapi bagi pekebun dengan minda ' berkebun tanpa pembaziran ' aka zero waste gardening, segalanya boleh di kitar semula.

Pelepah dan daun kelapa juga boleh dipotong kecil2 dan dijadikan bahan kompos.

Pelepah kelapa yang di potong menjadikan pokok kelapa lebih kemas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...