Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 31 Julai 2020

Pokok Pisang Tanduk No.2 Tumbang

Buah yang berat dan batang yang agak kurus disertai angin dan hujan akhirnya menumbangkan pokok pisang tanduk no.2.

Tempatnya akan diganti dengan pokok betik

 Perlukan kayu penyokong yang sepadan

Buah yang belum cukup matang, hampir 2 bulan sahaja

Berat setandan sekitar 6 kg sahaja

Selamat berkebun ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Pisang

Selasa, 21 Julai 2020

Bunga Lili Labah-Labah / Spider Lily ( Hymenocallis speciosa )

Pokok Lili Labah-Labah ( Spider Lily ) atau Hymenocallis speciosa memang cantik dipandang dengan bunga putihnya yang mengurai seperti kaki labah2.

Daun yang hijau pekat ditempat redup dan lebih cerah ditempat panas keluar dari bebawang dalam tanah dan membentuk seperti keluarnya daun pandan tetapi daun lebih lembut dan agak licin.

Termasuk dalam kategori tumbuhan wangian herba berumbi

Bunga putih bersih yang menarik perhatian

Cantik sebagai tanaman hiasan tanpa perlu penjagaan yang lebih

Tanpa perhatian yang khusus tetap mampu berbunga

Tunas tumbuh dari bebawang dalam tanah

Daun warna hijau yang agak pekat

Kudup bunga - ada 3 bulan waktu rehat

Kudup bunga

Bunga yang cantik

Selamat berkebun ...

#JomTanamSayur
#LiliLabahLabah



Isnin, 20 Julai 2020

Kemas Batas Timbun Ubi Keledek & Pisang Tanduk

Pokok ubi keledek yang dah lama perlu dikemaskan supaya batas timbun dapat bernafas semula.

Terdapat pokok ubi keledek oren dan putih yang ditanam dibatas timbun ini.

Pucuk2 muda dikutip terlebih dahulu sebagai menu tambahan masakan tengahari nanti.

Tiada ubi keledek yang membesar, mungkin terganggu oleh akar2 pokok pisang tanduk yang subur tumbuhnya.

Sisa pokok ubi keledek diracik / dipotong kecil dan diletakkan kembali sebagai sungkupan / bahan tambahan tanah.

Lama kelamaan sisa2 pokok ubi keledek ini akan mereput dan menyuburkan kembali tanah di sekitarnya.

Enam rumpun ubi keledek oren telah ditanam semula sebagai kesinambungan hayat pokok ubi keledek di kebun Jom Tanam Sayur ( JTS ).

Sebelum operasi pengemasan dilakukan 1

 Sebelum operasi pengemasan dilakukan 2

 Keledek ubi oren

 Keledek ubi putih

 Sisa pokok ubi keledek sebelum diracik

 Setelah kemasan dibuat 1

 Setelah kemasan dibuat 2

Keadaan tanah yang sangat sesuai untuk pokok pisang

 Sisa ubi keledek sebagai sungkupan 1

Sisa ubi keledek sebagai sungkupan 2

Ubi keledek mungkin tidak sesuai ditanam bersama tanaman lain untuk elakkan perebutan mineral / baja yang membantutkan penghasilan umbisinya.

Selamat berkebun ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Keledek

Rabu, 15 Julai 2020

Pokok Pisang Tanduk No.1 Pula Berjantung

Akhirnya pokok pisang tanduk no.1 sudah berjantung. Mengambil masa 14 bulan untuk jantungnya keluar dan rebah.

1. Apakah faktor2 yang paling mempengaruhi lambat atau cepat pisang tanduk berjantung ?

2. Apakah faktor2 yang paling mempengaruhi besar atau kecil jantung pisang tanduk dan jumlah jejari buah yang terbentuk ?

3. Pokok pisang di kebun JTS tidak menggunakan baja kimia. Pemerhatian dibuat untuk melihat pengaruh bahan2 organik terhadap pertumbuhan pokok pisang serta tanaman2 lain.

Pokok pisang tanduk relatif kurus batangnya

Jantung pokok no.1 ini nampak kecil sahaja, mungkinkah jumlah buahnya lagi kurang dari dua pokok sebelumnya ?

 Pokok no.3 dengan 8 biji buahnya

Pokok no.2 dengan 20 biji buahnya dan pokoknya sudah semakin condong bila semakin besar buahnya

Selamat berkebun...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Pisang

Sabtu, 11 Julai 2020

Pokok Pisang Rendah ( Batas Timbun vs Cara Biasa )

Terdapat perbezaan yang ketara pada pokok pisang renek, rendah, serendah aka dwarf cavendish yang ditanam dibatas timbun berbanding yang ditanam secara biasa ( konvensional ).

Antara perbezaan yang dapat dilihat dengan mata kasar ialah :

1. Kadar pertumbuhan / pembesaran pisang.
Walaupun mengunakan anak benih sulur dari induk yang sama, pembesaran pokok lebih cepat dibatas timbun berbanding yang ditanam secara biasa.

2. Ketinggian dan pembesaran batang pisang.
Pokok pisang rendah di batas timbun lebih tinggi, tegap dan besar saiz batangnya.

3. Sulur pisang.
Anak pisang rendah dibatas timbun juga lebih besar berbanding pokok yang ditanam secara biasa.

4. Jangkamasa berjantung.
Pokok di batas timbun lebih cepat berjantung berbanding yang di tanam di tanah biasa.

5. Saiz jantung
Saiz jantung pokok pisang rendah dibatas timbun lebih besar.

6. Jumlah sisir dan jejari.
Pokok di batas timbun lebih banyak sisir dan jejari buahnya berbanding yang ditanam diatas tanah biasa.




Empat gambar diatas adalah pokok pisang rendah yang ditanam cara biasa





Lima gambar diatas pula ialah pokok pisang rendah yang ditanam di batas timbun

Selamat berkebun ...


Khamis, 2 Julai 2020

Buah Pisang di Kebun Jom Tanam Sayur ( JTS )

Kebun pisang mini di tepi rumah yang mengamalkan campuran sistem Batas Timbun dan sistem tanaman biasa telah menghasilkan buah.

Terdapat 3 jenis pokok pisang yang telah berbuah iaitu pisang nangka, pisang tanduk dan pisang renek / rendah / serendah / dwarf cavendish.

2 pokok pisang nangka, 2 pokok pisang tanduk dan sepokok pisang rendah menggunakan sistem Batas Timbun manakala lagi 2 pokok pisang rendah ditanam ditepi pagar dengan cara mengorek lubang.

Jantung pokok pisang rendah ini rebah sekitar 11 Mac 2020 ( batas timbun )

Pokok pisang rendah yang jantungnya rebah pada penghujung bulan April 2020  ( tanpa batas timbun )

Jantung pokok pisang rendah ini rebah pada pertengahan bulan Jun 2020 ( tanpa batas timbun )

Pokok pisang tanduk yang jantungnya rebah pada pertengahan bulan Jun 2020 ( batas timbun )

Pokok pisang tanduk yang jantungnya rebah pada hujung bulan Mei 2020 ( batas timbun )

Pokok pisang nangka yang jantungnya rebah minggu pertama bulan Mei 2020 ( batas timbun )

Pokok pisang nangka yang jantungnya rebah pertengahan bulan Mei 2020 ( batas timbun )

Slideshow gambar2 buah dan pokok pisang di kebun Jom Tanam Sayur ( JTS )

Selamat berkebun...