Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 16 Mac 2023

Kali Pertama Guna Produk Milagro

Penggunaan produk yang baik inshaAllah akan membantu memberikan hasil kebun terbaik.

Ada kiriman produk dari Milagro untuk di cuba test pada tanaman di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ).

Semoga produk dari Milagro ini iaitu Baja Milagro Organik Premium, Plant Booster dan Penghalau Serangga Matado dapat memberikan hasil yang memuaskan.





Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... 

Link video :



Artikel berkaitan :





Selasa, 14 Mac 2023

4 Prinsip Pembinaan Raised Bed Tropika

Untuk mendapatkan hasil terbaik ada beberapa prinsip pembinaan raised bed tropika yang saya buat.

Ada 4 prinsip yang saya amalkan :

A. Untuk Raised Bed Baru

1. Dinding - penggunaan utama dinding untuk mendapatkan bentuk raised bed yang dikehendaki.

2. Bahan² organik - tujuan utama penggunaan banyak bahan² organik untuk melonggarkan tanah raised bed.

3. Tanpa gali - selepas dinding dipasang dan bahan² organik di masukkan barulah tanah lain dimasukkan ke dalam raised bed.

4. Sungkupan - tujuan utama sungkupan untuk mengurangkan pertumbuhan rumput rumpai.

B. Untuk Raised Bed Sedia Ada

1. Penambahan tanah dan sungkupan dibuat secara berkala bila perlu untuk raised bed yang produktif ( yg ada tanaman ).

2. Selepas setiap tuaian / musim, selepas dicabut sisa² tanaman, tanah akan digemburkan semula. Sungkupan² akan digaulkan sekali ke dalam tanah. Penambahan tanah dan sungkupan dibuat jika perlu.

3. Siraman dan pembajaan tetap dibuat walaupun raised bed masih kosong tanpa tanaman untuk memastikan raised bed bersedia untuk digunakan bila² masa.












Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat selalu ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :



Khamis, 2 Mac 2023

Part 1 : Raised Bed Mini Belakang Rumah

Projek raised bed mini belakang rumah ni dah lama tertangguh.

Sebab utama ialah untuk mengumpul kotak² gabus atau polisterin yang sama saiz.

Akhirnya dapatlah di buat projek mini raised bed di belakang rumah ni ... alhamdulillah.

Inipun adalah bahagian pertama dahulu ...














Selamat berkebun ...

Sentiasa sihat & selamat ... dengan izin الله swt 


Link video :

1. Shorts  :   https://youtube.com/shorts/Xk6mFDZ978o?feature=share


2. tiktok  : https://vm.tiktok.com/ZS893kf4p/


Artikel berkaitan : 

1.  https://jomtanamsayur.blogspot.com/2023/02/tuai-pisang-tanduk.html


2.  https://jomtanamsayur.blogspot.com/2023/02/bacaan-ph-tanah-raised-bed.html


3.  https://jomtanamsayur.blogspot.com/2023/02/penjagaan-tanah-raised-bed.html