Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 30 Mac 2018

Bunga Pokok Lidah Jin

Pokok lidah jin atau lidah mertua aka sanseviera dalam pasu sudah berbunga




Tuaian Hari Ini

Pisang nangka 40 biji, pokoknya telah tumbang walaupun buahnya belum cukup tua. Kacang kelisa mula berbunga semula.





Cili Api Akar dan Bara Hidroponik

3 pokok cili api akar dalam sistem hidroponik sumbu sudah berbunga dan berputik buah manakala 3 pokok cili api bara baru nak recover setelah digantikan dengan takung baja lebih besar.






30.3.18 :






15.4.18 :






20.4.18 :

Buat Balik Batas Timbun Tanpa Gali

Salah satu keseronokan berkebun sayuran ialah kita boleh menukar layout / tataletak batas kita sesuka hati. Bergantung kepada kreativiti, selain mendapat hasil dapat juga menghilangkan kebosanan.

Pokok pegaga yang cepat merebak telah dituai dan di tanam semula. Begitu juga pokok ulam raja yang tumbuh begitu banyak juga sebahagian telah di tuai, sebahagian dijarak2kan.

Di bahagian sebelah pokok terung, bayam hidup tak hidup sahaja, akan disemai dengan kangkung. Pokok kaduk sudah ada yang bertunas manakala pokok sireh telah mati.

Bahan kompos dan kompos serta tanah hitam di tabur di sekeliling tanaman. Sungkupan daun serai ditabur atas batas.










Rabu, 28 Mac 2018

Putik Buah Tomato Ceri

Pokok tomato ceri yang disemai pada 17.1.18 sudah nampak putik buahnya pada 3 pokok yang ditanam secara sistem hidroponik sumbu menggunakan botol bekas air mineral / botol minyak masak.


28.3.18 :


25.4.18 :

Tuaian Hari Ini

Tuaian pegaga, terung telunjuk dan ulam raja ( tuaian pertama )


Bunga Orkid

Bunga orkid dalam pasu



Isnin, 26 Mac 2018

Tomato Klon Ke-2 Sudah Berakar

Satu lagi keratan batang pokok tomato telah berakar. Perancangan untuk dipindahkan ke sistem hidroponik botol bekas air.



Tomato Ceri Hidroponik vs Tomato Ceri Batas Tanah

Sistem hidroponik lebih cepat kadar tumbesaran pokok tomato ceri berbanding yang di atas batas tanah.





Ahad, 25 Mac 2018

Pokok Kurma Di Kebun Bandar

Banyak anak pokok kurma yang hidup dan ada yang dah besar. Semaian bulan Ramadhan tahun lepas dan lepas2.

2 pokok di luar pagar, 3 pokok dalam pagar dan yang lain masih dalam beg poli.