Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 22 April 2024

Masa Untuk Menukar Dinding Raised Beds

April 2021, papan pallet yang disambung telah dijadikan dinding raised beds yang baru.

Dinding yang lama adalah kombinasi berbagai bahan sekitaran rumah.

Papan atau kayu yang tidak dibuat kawalan / treatment adalah tidak tahan lama.

Cuaca tropika juga mempercepatkan proses pereputan berlaku yang mana baik untuk pereputan sisa² organik kebun.

Setelah 3 tahun, banyak papan² pallet yang dah mulai mereput.

Penggunaan batu bata pasir mungkin lebih jimat dan tahan lama ... inshaAllah.
















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :






Jumaat, 12 April 2024

Tanam Keratan Pokok Kelor / Moringa

Antara 'super food' yang terkenal keseluruh dunia adalah pokok kelor / moringa ... dengan pelbagai nama lain mengikut geografi yang berbeza.

Penanamannya juga biasanya mudah sahaja iaitu dengan menanam keratan batangnya dalam jarak yang sesuai mengikut kegunaan bahagian² akhirnya.

Antara bahagian yang popular ialah daunnya yang biasa dibuat masakan atau dikeringkan, dihancurkan menjadi serbuk berbentuk tablet / pil dan sebagainya.

Ada juga teh moringa yang dipercayai dapat membantu membaiki keadaan kesihatan seseorang.





Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :




Selasa, 2 April 2024

Tebu 2 Bulan Di Raised Bed

Tebu mudah di tanam. Korek lubang dan letakkan keratan batang tebu jika tanah sesuai.

Keratan yang mempunyai 3 - 4 mata tunas dipotong dan biasanya dari bahagian pucuk yang dipercayai lebih produktif berbanding bahagian yang lebih tua.

Kebiasaannya bahagian pucuk untuk benih dan bahagian lain untuk perahan airnya.

Lubang di tanah keras dan padat akan menakung air dan menyebabkan benih tebu rosak dan busuk.

Raised bed antara penyelesaian paling mudah untuk bercucuk tanam di halaman rumah taman ( terutamanya ) jika tanahnya bermasalah.

Sedikit pengubahsuaian diperlukàn kerana tebu adalah tanaman berakar serabut dan ketinggian batang tebu yang melebihi 9 - 10 kaki semasa berusia 8 - 9 bulan.

Tiang yang kukuh dibuat terlebih dahulu supaya tidak mengganggu pertumbuhan pokok tebu di kemudian hari.

Tebu yang tumbuh tegak akan dapat menggugurkan daunnya sendiri berbanding tebu yang bengkok.

Daun² tua yang tidak tertanggal atau tidak di tanggalkan / dibuang akan menakung air hujan dan juga menjadi sarang perosak seperti semut.







Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah 

Link video :



Artikel berkaitan :











Sabtu, 30 Mac 2024

Tuai Separuh Padi Untuk Biji Benih

Beberapa rumpun ( asalnya 5 anak ) pokok padi dalam bekas tong cat telah melebihi 3 bulan dan sebahagiannya telah pun masak.

Hari ini beberapa tangkai ( mungkin separuh ) telah dituai untuk dijadikan biji benih baru.

Biji benih padi yang baru biasanya lebih produktif berbanding biji padi yang dah lama.

Agak mudah untuk menanam padi sawah kerana ianya sukakan air, jadi penggunaan bekas atau tong sekitar 5 liter macam bekas tong cat atau baldi sudah memadai.

Bekas² ini tidak perlu dilubangi dan siraman sehari sekali sudah memadai dengan memenuhkan air dalam bekas tersebut.

Pembajaan juga mudah, 2 minggu sekali dengan urea pada bulan pertama dan seterusnya baja sebatian padi atau npk buah juga boleh digunakan.

Gunakan sesudu kecil beransur² kepada sudu lebih besar mengikut perkembangan anak pokok padi tersebut.

Biji padi keluar dalam bentuk bertangkai yang mempunyai agak banyak bilangan biji / buah padi pada satu² tangkai.

Tuaian dibuat dengan memotong tangkai² tersebut.








Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video : 



Artikel berkaitan :




Selasa, 26 Mac 2024

Tebu Yang Bertunas

Seringkali anak benih tebu di ambil dari keratan batang yang muda / bahagian pucuk & pokok tebu biasanya setelah ditebang.

Keratan ini disemai samada terus ke tempat tanam / lubang tanam atau di tempat semaian dahulu.

Tetapi bolehkah anak benih tebu diambil dari tunas yang tumbuh dari pokok yang masih aktif?

Dan apakah perlu ditunggu sehingga tunas² ini keluar akarnya.





Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Link video :



Artikel berkaitan :





Selasa, 19 Mac 2024

Tanam Pokok Padi Dalam Bekas Tong Cat

Hanya untuk suka² dan sedikit ilmu tentang penanaman padi.

5 anak pokok padi dipindahkan ke dalam bekas tong cat 5 liter dari semaian di raised bed.

Padi sawah memerlukan air yang banyak, jadi penggunaan bekas tanpa lubang lebih mudah dan jimat air.

Pembajaan juga senang, hanya letakkan baja dalam bekas tersebut. Ianya akan larut dan turun ke tanah dalam bekas tersebut.













Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video : 



Artikel berkenaan :





Ahad, 17 Mac 2024

Perah Tebu Sambut Ramadhan

Bersamaan dengan bulan puasa atau ramadhan, beberapa batang tebu telah di tebang dan diperah secara manual.

Mendapatkan 5 botol 1.5 liter air tebu untuk berbuka puasa.

Air tebu premium yang ditanam sendiri dan diperah sendiri terasa lain macam sedapnya.
















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... insha Allah

Link video :



Artikel berkaitan :