Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 9 Ogos 2021

Tanah Hitam Sawit

Tanah hitam sawit semakin popular sejak kebelakangan ini sebagai media tanam atau campuran media penanaman samada sayuran, bunga, herba, buah dan sebagainya.

Harganya yang rata2 lebih murah, hasilan tempatan dan mudah didapati juga menjadi tarikan pekebun2 kecil dan pekebun hobi di kawasan perumahan atau komuniti.

Asal tanah hitam sawit :

Seperti namanya, tanah hitam sawit terhasil dari pemeraman dan pereputan sisa tandan kosong ( EFB ) dan sisa buah kelapa sawit ( hampas ) yang telah diproses untuk mendapatkan minyaknya serta afluen ( POME ) yang terhasil.

Ada juga tanah sawit hitam yang terhasil dari pembakaran terkawal sisa2 kelapa sawit.

Gabungan teknoloji memproses EFB ( tandan sawit kosong ) dan POME ( cecair likat keperangan yang mengandungi banyak minyak, pepejal dan gris ) telah dapat menghasilkan baja kompos berkualiti yang juga dikenali sebagai tanah sawit hitam.

Kegunaan tanah hitam sawit :

Tanah hitam sawit adalah tanah berbaja tersedia ( mineral & zat ) hasil bahan2 organik sisa sawit yang telah terkompos ( dari mendapan kolam takungan sisa sawit ).

Terdapat bahan2 yang menjadi baja pelepasan cepat ( fast release ), pelepasan sederhana ( moderate release ) dan pelepasan perlahan ( slow release ) didalam tanah hitam sawit yang asal ( bergantung jenis tapisan ).

Tanah hitam sawit yang ditapis halus akan kekurangan baja pelepasan sederhana dan sangat kurang baja pelepasan perlahan. Lebih cepat mengumpal dan perlu di sokong oleh pembajaan untuk jangkamasa panjang.

Tanah hitam sawit asal akan dapat membantu meronggakan tanah dalam jangkamasa lama kerana mempunyai sisa2 serat tandan & tempurung biji sawit  yang belum hancur sepenuhnya.

Tanah hitam sawit boleh terus digunakan atau dicampur dengan bahan lain mengikut keperluan.

Serat2 buah & tandan kelapa sawit terkompos akan membantu memegang air pada tempoh lebih lama berbanding tanah biasa.

Oleh itu siraman hari hujan tidak diperlukan manakala penyiraman hari biasa lebih menjimatkan air.

Tanah hitam sawit juga sangat sesuai ditambah ke batas sayuran atas sebab2 diatas.

Tapi mungkin untuk penggunaan kali kedua memerlukan penambahan bahan2 lain seperti pasir, sekam, kokopeat dan sebagainya kerana tanah hitam sawit mungkin sudah menjadi keras.

Biojisim sawit :

Biojisim sawit terdiri dari tandan buah kosong ( EFB ), tempurung sawit ( PKS ), efluen kilang kelapa sawit ( POME ) & kek kernel kelapa sawit ( PKC ).

Hampir keseluruhan biojisim kelapa sawit dapat diproses termasuk untuk bidang perkebunan / pertanian.

Harga tanah hitam sawit :

Harga tanah hitam sawit bergantung kepada lokasi kilang sawit, lebih dekat lebih murah kerana tanah sawit hitam adalah berat.

Rata2 yang dijual di atas talian juga berbeza harganya tidak termasuk kos penghantaran.

Satu guni 25kg

Agak berat 

Sebelum diletakkan tanah hitam sawit

Selepas diletakkan seguni tanah hitam sawit

Empat guni di batas timbun ini

Batas timbun bentuk bulat

Selepas ditambah tanah hitam sawit seguni setiap batas timbun

Video ringkas tanah hitam sawit di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) dibawah 



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :





#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture
#TanahHitamSawit

2 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian tuan, terdapat beberapa kemusykilan yang bermain difikiran saya. Sekiranya jika kita gunakan tanah sawit sebagai kompos, (yang mana ramai pekebun sawit guna baja kimia). Adakah kompos tanah sawit itu dikira baja organik atau terdapat unsur kimia? kerana saya dalam proses untuk menyiapkan kebun skala kecil organik dan ingin memohon Myorganik daripada Mafi. Mohon pandangan tuan .

    Zulfaizal - Tawakkal Hidroponik - https://thetawakkal.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pendapat peribadi saya ialah sebarang aktiviti pertanian yg melibatkan manusia dan mesin adalah bukan organik ... bukan sekadar melihat samada melibatkan penggunaan bahan² kimia sahaja ... mungkin lebih sesuai dinamakan " separa organik " ... pengertian " organik " itu sendiri perlu kpd takrifan yg lebih tepat ... hanya pendapat peribadi saya sahaja ...

      Padam